WADAH PENCERDASAN UMAT

GOOD VIBES FESTIVAL DAN KONTROVESI KUMPULAN THE 1975

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) memandang berat penganjuran Good Vibes Festival yang menampilkan kumpulan The 1975 baru-baru ini, kerana ia boleh meninggalkan kesan yang buruk kepada masyarakat. WADAH mengalukan-alukan tindakan segera pihak Kementerian Komunikasi dan Digital melalui menterinya, Fahmi Fadzil yang membatalkan konsert ini serta-merta. WADAH memandang serius setiap pendekatan dan tindakan memperkenal, mempromosi atau menghidupkan sebarang perbuatan melampaui agama, budaya dan adat masyarakat. Penganjuran konsert dengan kehadiran artis yang popular dalam kalangan peminat walaupun diketahui dengan jelas latar belakangnya, tidak harus menjadi kayu ukur kepada membenarkan penganjurannya tanpa pemantauan dan pematuhan ketat sesebuah negara terutama Malaysia. Untuk itu WADAH mengajak semua pihak terutama penganjur dan pihak Kementerian Komunikasi bagi mengkaji semula kehadiran kumpulan Coldplay yang dijangka bakal mengadakan persembahan konsert pada September akan datang. Mengambil pendekatan dan asas kepada Rukun Negara kesopanan dan kesusilaan – WADAH justeru mencadang perkara berikut :· Mengkaji latar belakang, sejarah persembahan dan prrofil setiap artis antarabangsa yang dibawa masuk ke dalam negara;· Mengkaji semula dan memperketat garis panduan sedia ada dan menambah baik kepada pematuhan undang-undang dan norma masyarakat Malaysia· Tegas dalam tindakan tidak hanya kepada artis yang menyebabkan kerosakan dan masalah tetapi juga kepada penganjur untuk mengambil tanggungjawab terhadap risiko yang berlaku.· Memastikan setiap artis yang dijemput mengetahui latar belakang Malaysia dengan undang-undang dan hukum sedia ada serta menghormati sensitiviti dari sudut agama, budaya dan adat negara. WADAH turut ingin menyeru pimpinan negara dan masyarakat untuk bersama dalam proses pendidikan generasi masa hadapan negara dan mengekal serta mempertahan prinsip rukunegara selari dengan gagasan membangun Malaysia MADANI.  AZIZUDDIN AHMADSetiausaha Agung

Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi