WADAH PENCERDASAN UMAT

WADAH ANJUR SIDANG MULTAQA SEKRETARIAT NGO ISLAM

27 Jun 2023, KAJANG – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan Sidang Multaqa Sekretariat NGO Islam bertempat di Kolej Dar al-Hikmah (KDH). Sidang ini diadakan bagi membincangkan hala tuju dakwah dan pendekatan kontemporari bersesuaian dengan situasi semasa negara. Ia juga bagi menjalin kesepakatan dan kebersamaan dalam isu-isu terkini dan semasa melibatkan pembangunan dan pemikiran umat Islam secara khususnya dan rakyat Malaysia secara umum.
Sidang ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Muhamad Razak Idris, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan dipengerusikan oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).
Terima kasih kepada semua wakil-wakil NGO yang telah hadir. Moga misi dakwah dan pencerdasan dapat dilakukan secara bersama dengan lebih harmoni demi mencapai Islam rahmatan lila’alamin.
Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi