WADAH PENCERDASAN UMAT

PIMPINAN WADAH HADIR MAJLIS IFTAR AMAL KOLEJ DAR AL-HIKMAH (KDH)

19 April 2023, SG. RAMAL – Alhamdulillah, Presiden Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman dan pimpinan WADAH berkesempatan hadir ke Majlis Iftar Amal Kolej Dar al-Hikmah (KDH). Turut diadakan Pelancaran Tabung Pendidikan dan Baik Pulih KDH yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

Hadir sama Presiden ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, pimpinan ABIM, PKPIM serta para penyumbang dan beberapa tetamu luar negara. 

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim amat berbangga dengan usaha ABIM dalam melakukan dakwah bilhal dalam bidang pendidikan melalui KDH. Beliau turut menekankan kepentingan tradisi ilmu dan akliah bersandarkan keyakinan dan akidah. Hal ini kerana, kedangkalan hanya akan menghambat dan menghalang kebangkitan suatu generasi. Beliau turut menyeru agar konteks Malaysia Madani difahami agar pembinaan tamadun dapat direalisasi. Moga KDH terus membangun dan maju dalam usaha memartabatkan pendidikan al-Hikmah dan ilmu kepada masyarakat dan generasi akan datang.

#MalaysiaMadani#pendidikanalhikmah
























Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi