WADAH PENCERDASAN UMAT

PERDANA MENTERI HADIR MAJLIS IFTAR AMAL SERTA PELANCARAN TABUNG PENDIDIKAN & BAIK PULIH KOLEJ DAR AL-HIKMAH (KDH)

*Repost: https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid024p56nByLQjmpiMbJadgjpUdzoQR2hkinBW5QSTdAXYenMfjHnNAzem9VHiJr5hCxl  Alhamdulillah saya dapat menunaikan solat Isyak dan tarawih dan seterusnya hadir dalam Majlis Iftar Amal serta Pelancaran Tabung Pendidikan dan Baik Pulih Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Sungai Ramal, Kajang malam tadi.  KDH ini adalah salah satu kesinambungan perjuangan pendidikan aktivis ABIM yang lebih awal seperti Yayasan Anda Akademik, Institut Sofar dan beberapa institusi pendidikan swasta yang menawarkan pendidikan kepada anak muda.  Dalam majlis ini sebanyak RM1.5 juta telah disumbangkan oleh para demawan. Selain itu, saya juga telah umumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM1.5 juta dan RM500,000 sumbangan peribadi saya sendiri kepada Tabung Pendidikan dan Baik Pulih KDH.  Di samping itu, dalam ucapan saya juga menekankan kepentingan tradisi ilmu dan akliah berdasarkan keyakinan dan akidah.  Kita juga yakin sebagaimana yang kita jadikan teras dan tunggak sejak dahulu bahawa menjalankan usaha dakwah secara bil hikmah harus lalui pengisian ilmu yang mendalam.  Dasar ilmu perlu dikupas secara mendalam untuk bangunkan tamadun. Melalui kekuatan ilmu kita boleh mengurangkan kesenjangan antara gagasan dan penghayatan amalan.  #MalaysiaMADANI


















Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi