WADAH PENCERDASAN UMAT

AGIHAN 200 PEK CAKNA RAMADAN KEPADA 200 KELUARGA MEMERLUKAN

16 April 2023, Shah Alam – Hasil sumbangan ahli dan umum berjumlah RM21,066.00, WADAH Selangor bersama-sama rangkaiannya, SALWA Selangor, dan agensinya, Darul Fatiheen dan Forum Ekonomi Manusiawi, telah melaksanakan agihan 200 Pek Cakna Ramadan kepada 200 buah keluarga yang memerlukan.

Pek berupa barangan dapur dan makanan asas bernilai RM100.00 setiap pek telah diagihkan kepada 100 buah keluarga penduduk Pangsapuri PKNS Seksyen 7, Shah Alam dan 100 buah keluarga penduduk Kg. Padang Jawa Petaling, Shah Alam.

WADAH Selangor merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat menjayakan agihan ini termasuk YB Puan Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga), MPKK Kg. Padang Jawa Petaling, dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7 (PPPS7).

———-Ketahui maklumat terkini program dan perkembangan semasa WADAH Selangor.Ikuti kami di media sosial:

https://linktr.ee/wadahselangor

Anda juga boleh menyumbang dan mendaftar sebagai ahli WADAH.
Previous
Next

Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi