WADAH PENCERDASAN UMAT

KEM CERIA RAMADAN BERSAMA KANAK-KANAK ORANG ASLI KG. SG. GABAI

8 & 9 April 2023, HULU LANGAT – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah menganjurkan program Kem Ceria Ramadan sempena bulan Ramadan di bawah kempen Salam Ramadan 1444H. Program telah berlangsung di Kg. Orang Asli, Kg. Sg. Gabai, Hulu Langat selama 2 hari 1 malam melibatkan seramai 30 kanak-kanak orang asli berumur antara 2-12 tahun.

Kem Ceria Ramadan turut melibatkan 6 orang sukarelawan dari Universiti Sains Islam Malaysia sebagai fasilitator program. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program seperti ‘Explorace’, Tahsinul Quran dan Kem Amali Solat. Sumbangan makanan berbuka kepada warga penduduk orang asli setempat turut diagih.

Moga program yang diadakan dapat menambah ilmu anak-anak ini seterusnya menambahkan nilai murni kasih-sayang dan prihatin bersama.

Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi