WADAH PENCERDASAN UMAT

LEBIH 300 MUSLIMAT HADIRI TADARUS PERDANA & FORUM SALWA SEMPENA SAMBUTAN NUZUL QURAN

8 April 2023, KLANG – Alhamdulillah telah berlangsung Forum: Keluarga Insani, Masyarakat Sejahtera sempena sambutan Nuzul Quran bertempat di Masjid An-Naim, Jalan Kebun. Forum telah disampaikan oleh Ust. Kamal Firdaus, Kaunselor SMK Kg. Jawa dan Ustz. Hazlina Abdul Razak, Biro Dakwah Pekawanis merangkap Pengerusi Darul Wardah.

Para panel menekankan kepentingan menjaga tunjang agama iaitu solat serta pemahaman isi al-Quran dalam memastikan keutuhan sesebuah institusi keluarga. Kurang kasih-sayang, perhatian dan contoh teladan yang baik daripada ibubapa merupakan antara faktor berlaku masalah sosial remaja masa kini merangkumi ketagihan pornografi, lari dari rumah, zina, kemurungan dan dadah. Al-Quran perlu dijadikan teras dalam mendidik anak dan keluarga kerana ia merupakan kunci panduan setiap muslim.

Sambutan Nuzul Quran kali ini telah dimulakan dengan Sesi Tadarus Perdana dengan dihadiri lebih 300 orang muslimat manakala agihan Bakul Kasih Ramadan SALWA telah turut disampaikan kepada 40 orang asnaf oleh YBhg. Tn. Mohd Zawawi Ahmad Mughni, ADUN Sg. Kandis.

Terima kasih kepada semua ahli kariah dan para penganjur bersama iaitu Masjid An-Naim Jalan Kebun, Srikandi, Pekawanis, Salwa Malaysia, SALWA Selangor yang telah menjayakan program. Moga beroleh manfaat dan keberkatan, InshaAllah.

Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi