WADAH PENCERDASAN UMAT

EDARAN 436 PEK BUBUR LAMBUK SALAM RAMADAN 1444H KEPADA PARA PETUGAS AWAM

29 Mac 2023, BANGI – Kempen Salam Ramadan 1444H tahun ini dimulakan dengan program penyediaan dan edaran bubur lambuk di sekitar Putrajaya, Sg. Merab dan Bangi. Sebanyak 436 pek bubur lambuk Salam Ramadan telah berjaya disediakan dan diedar kepada para petugas awam merangkumi penghantar makanan (food rider), jururawat, ahli bomba, pegawai polis, pegawai keselamatan serta petugas stesen minyak. Pek turut diedar kepada pelajar kolej serta penduduk sekitar Anjung Rahmat dan Bangi.

Presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman sempat turut serta dalam proses penyediaan bubur lambuk.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang terlibat.
Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi