WADAH PENCERDASAN UMAT

PRESIDEN WADAH BERANGKAT KE SEMINAR PEMIKIRAN BUYA HAMKA, PADANG

Rombongan Ziarah Ukhuwah Buya Hamka (ZUBHA 22) telah berangkat pagi tadi bagi menghadiri Seminar Pemikiran Buya HAMKA bertempat di Universitas Islam Negeri (UIN) Imam Bonjol, Padang. Rombongan seramai 25 orang peserta ini diketuai oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman selaku Presiden WADAH dan turut disertai Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty (Presiden Kolej Dar al-Hikmah, KDH). Dato’ Ahmad Azam dan Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty akan menyampaikan ucaptama manakala Ust. Dr. Zuljalaludin Abd. Rani dan Ust. Dr. Mohd Nasir Mohd Tap, Pensyarah dari KDH akan membentang kertas kerja pada seminar 08 hb nanti. Moga dipermudahkan permusafiran oleh Allah swt. #PencerdasanUmat#HAMKA

Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi