WADAH PENCERDASAN UMAT

UCAPAN TAHNIAH DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI KE-10: BERSAMA MEMBINA MALAYSIA LEBIH BAIK

  1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT atas pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.
  2. Kini, masanya telah tiba untuk seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dibawah kepemimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan bersama membina Malaysia yang lebih baik dan dihormati di seluruh dunia.
  3. WADAH akan memberikan dokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan keutamaan beliau mengukuhkan ekonomi negara dan membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
  4. Sebagai pergerakan dakwah yang berteraskan prinsip wasatiyyah, WADAH akan bekerjasama dengan kepemimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi mengatasi penularan pemikiran dan budaya radikalisme berasaskan agama dan kaum yang kian berleluasa sejak mutakhir ini.
  5. WADAH akan mengembangkan budaya dialog antara penganut agama seterusnyan mendidik warganegara Malaysia yang bersikap sederhana, bertoleransi dan saling hormat menghormati diantara satu dengan lain.
  6. Kami mendokan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipermudahkan urusan membina barisan kepemimpinan kerajaan yang berwibawa, amanah dan kompetan dalam menangani cabaran ekonomi, sosial dan politik yang mencabar hari ini seterus membina masa depan negara gemilang.

DATO’ AHMAD AZAM AB RAHMAN
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi