WADAH PENCERDASAN UMAT

WADAH MENJUNJUNG KASIH TITAH SULTAN PERAK DAN AKAN BERSAMA MENGGERAKKAN KESEDARAN UMAT MEMBENCI RASUAH

  1. Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) menjunjung tinggi pendirian Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di dalam titah pelancaran buku Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu, tulisan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Muhd Kamal Hassan pada Khamis, 22 September 2022.
  2. Pesan guru kami, almarhum Dr Siddiq Fadzil (1947-2021), bangsa yang bermaruah adalah bangsa yang tahu malu (sense of shame) – satu sifat yang juga sebahagian daripada jati diri bangsa. Sebagai gerakan pencerdasan, WADAH akan terus berjuang memugar kesedaran tentang maruah dan sifat tahu malu, agar bangsa ini berasa malu dengan kebobrokan di sekitarnya. Sehubungan itu, WADAH akan bekerjasama dengan pertubuhan dakwah dan organisasi negara sosial bagi menggerakkan kesedaran membenci gejala rasuah di kalangan umat di peringkat akar umbi.

    -DATO’ AHMAD AZAM AB RAHMAN
    Presiden
    WADAH Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Jumlah Pelawat Hari ini :
137
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
198,029
© 2024 WADAH. Hak Cipta Terpelihara.
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi