WADAH ANJUR PERSIDANGAN MEJA BULAT HASIL PENYELIDIKAN DAN PERKONGSIAN PROJEK KEMASYARAKATAN BERSAMA NGO
November 14th, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Putrajaya, 12 November 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan sesi Roundtable Discussion (RTD) bertajuk Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ceria 2, Hotel Dorsett, Putrajaya yang telah menampilkan empat orang panel jemputan dari Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sesi ini dimulakan dengan pengenalan ringkas panel jemputan dan para peserta yang hadir. Antara panel yang hadir ialah Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah, selaku Peneraju Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani yang membentangkan tajuk Indeks Madani di Putrajaya. Berikutnya, Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim, selaku Ketua Kumpulan Penyelidikan Universiti Governans untuk Pemuliharaan telah membentangkan tajuk ‘‘Di mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung’’. Komuniti Setempat sebagai Khalifah dalam Pemuliharaan Warisan melalui Geopark di Malaysia. Seterusnya, Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun turut hadir membentangkan tajuk ‘‘Ruang Bermain yang Hilang: Persepsi dan Harapan Kanak-kanak terhadap Peluang Rekreasi di Kawasan Bandar’’. Prof. Madya Dr. Mashitoh Yaacob jugaturut hadir membentangkantajuk “Tingkah Laku Beretika Alam Sekitar Masyarakat Melayu-Islam”.
Program ini juga menekankan kepentingan kolaborasi strategik antara organisasi masyarakat sivil bagi memastikan setiap usaha pembangunan sosial dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, tersusun dan berasaskan data. Sesi pembentangan penyelidikan, perkongsian projek lapangan dan perbincangan dua hala turut diadakan bagi mengenal pasti cabaran serta peluang baharu dalam melaksana program kemasyarakatan. Sesi ini diakhiri pada jam 1.00 petang dengan rumusan serta cadangan tindakan susulan bagi memastikan perbincangan yang berlangsung dapat diterjemahkan ke dalam bentuk penyelesaian yang berkesan untuk masyarakat perumahan rakyat
Putrajaya, 12 November 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan sesi Roundtable Discussion (RTD) bertajuk Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ceria 2, Hotel Dorsett, Putrajaya yang telah menampilkan empat orang panel jemputan dari Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sesi ini dimulakan dengan […]
SUNGAI MERAB, 3 November 2025 — Kolej Dar al-Hikmah (KDH) melancarkan Skim Infaq Makanan Tambahan Siswa/Siswi KDH sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu pelajar kategori asnaf, khususnya dalam menyediakan makanan yang lebih bernutrisi sepanjang pengajian. Pelancaran disempurnakan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merangkap Presiden Kolej Dar al-Hikmah yang baharu, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab […]
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali.” Dengan penuh dukacita, WADAH merakamkan ucapan takziah atas pemergian Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam, seorang tokoh ilmuwan, sarjana dan intelektual negara yang amat dihormati, serta merupakan pengasas dan ahli Profesor Melayu G70. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia akademia dan pemikiran intelektual tanah […]
Semangat Ummatik Dalam Agenda Pemberdayaan Ekonomi Umat PUTRAJAYA, 22 Oktober 2025 — Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman menegaskan bahawa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) perlu terus menjadi institusi pemangkin yang menjelmakan semangat Ummatik dalam setiap agenda pemberdayaan ekonomi umat. Berucap dalam Program Bicara Madani: YAPEIM dan Semangat […]