Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH kesal dan memandang berat tindakan polis mengusir lima orang warganegara Mesir anggota al-Ikhwan al Muslimin kembali ke negara asal.
Adalah difahamkan pengusiran dilakukan dengan penafian proses pengadilan di mana suspek tidak diberikan hak membela dan mempertahankan diri di mahkamah.
WADAH berpandangan sekiranya orang-orang Mesir berkenaan melakukan kesalahan serius di Malaysia maka adalah adil untuk mereka dikenakan pendakwaan secara formal di mahkamah sini.