wrapper

Pengumuman

Malaysia Dipilih Semula ke IPHRC, OIC Penggal 2019-2022

PUTRAJAYA: Malaysia dipilih semula ke Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi penggal 2019 hingga 2022. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, wakil Malaysia, Ahmad Azam Ab Rahman akan berkhidmat dalam suruhanjaya itu bagi penggal 2019 hingga 2022 bermula pada Ogos ini menggantikan Prof Datin Dr Raihanah Abdullah yang akan menamatkan tempoh dua penggal perkhidmatannya.

“Pemilihan semula itu dibuat sewaktu sesi pemilihan yang diadakan semalam di sela-sela Sesi Ke-46 Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri (CFM) di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). “Ahmad Azam adalah seorang aktivis yang aktif dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dan di peringkat antarabangsa. “Dengan asas yang kukuh dan pembabitannya dengan NGO di seluruh dunia, pengalaman beliau akan memberi perspektif yang baru kepada IPHRC,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, IPHRC ditubuhkan pada 30 Jun 2011 dan berperanan sebagai badan pakar bebas yang memberi khidmat nasihat kepada OIC dalam bidang hak asasi manusia. “IPHRC terdiri daripada 18 pesuruhjaya yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu dan dicalonkan oleh kerajaan masing-masing dan mereka juga dipilih berdasarkan prinsip keseimbangan geografi dan kesamarataan jantina. “Malaysia, sebagai ahli dalam suruhanjaya itu sejak awal penubuhannya, sudah banyak memberikan sumbangan yang signifikan kepada kejayaan IPHRC melalui pesuruhjayanya yang dipilih,” katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/536653/malaysia-dipilih-semula-ke-iphrc-oic-penggal-2019-2022?fbclid=IwAR3jRh28f5jp0IAoRTSi7wFMjJJA-89o5R5M4SFqQlGhFLS-YmpF__Oq2Xs 

Read 2454 times Last modified on Tuesday, 29 October 2019 02:03

Info Wadah

Penubuhan WADAH adalah dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir mereka terutama dalam memahami agama Islam serta dalam menanggapi persoalan-persoalan penting yang dihadapi dalam masyarakat. 

Alamat Perhubungan

No 23A-2-2A, Tingkat 2 Jalan Medan Pusat Bandar 2A,  Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
 
Telefon: 603-8920 2142
Faks: 603-8912 2346
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 
 

 

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family