Print this page

Solat Ghaib Untuk Mangsa Tragedi Pembunuhan di New Zealand

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengutuk sekeras-kerasnya tragedi tembakan di dua buah masjid di Christchurch New Zealand.

Insiden yang berlaku ini adalah suatu tragedi yang amat menyayat hati dan sangat zalim terutama kepada umat Islam yang sedang melakukan Solat Jumaat.

Wadah bersimpati kepada keluarga mangsa tragedi dan menyeru agar semua Masjid membuat Solat Ghaib sebagai tanda solidariti dengan mangsa pembunuhan di Christchurch serta berdoa untuk keamanan dunia.

Ustaz Hasri Harun
Naib Presiden

16 Mac 2019

Read 1616 times