Print this page

Melindungi Wilayah Jammu dan Kashmir

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH mengecam dan menolak tindakan India untuk membatalkan artikel 370 dan 35A di dalam perlembagaannya sendiri mengenai wilayah Jammu dan Kashmir yang ditadbirkan oleh India.

Artikel-artikel tersebut menjamin status khas wilayah Jammu dan Kashmir bagi memelihara sifat unik dan istimewa Jammu dan Kashmir serta kedudukannya sebagai wilayah yang dipertikaikan.

Tindakan memansuhkan artikel-artikel itu melalui cara penyelinapan yang sangat serong dan sangsi serta mengenakan ‘lockdown’ - pengurungan total di negeri ini adalah pencerobohan ketara dan serangan ke atas hak-hak penduduk Jammu dan Kashmir.

Langkah agresif kerajaan India terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa serta menafikan semua resolusi PBB dan menjadi ancaman serius terhadap keamanan serantau.

Langkah yang menyalahi undang-undang ini mesti ditarik balik dan pengurungan wilayah Jammu dan Kashmir mesti ditamatkan demi mengelakkan situasi berbahaya dan ledakan kekacauan.

India mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab sebagai negara yang gemilang serta menginginkan kedamaian.


AHMAD AZAM AB RAHMAN
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Read 2198 times