Print this page

Hentikan Politik Keji dan Murahan

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merasa amat dukacita atas sebaran video seks yang mengaitkan individu berprofil tinggi dalam negara. Tindakan sesetengah pihak yang sengaja menyebarkan video ini amat jijik dan tidak bertanggungjawab berkemungkinan mempunyai motif politik yang terancang.

Wadah berasa amat bimbang dengan sikap sesetengah pihak yang sengaja menjadikan video murahan seperti ini sebagai senjata menjatuhkan musuh politik mereka dan ini amat bertentangan dengan nilai dan agama yang melarang melakukan tuduhan tanpa asas. Sikap sedemikian sudah tentu mengundang kepada fitnah dan tuduhan tidak berasas tambahan penggunaan video sebegini yang boleh dimanipulasi oleh banyak pihak.

Justeru, Wadah menggesa rakyat malaysia khususnya masyarakat Muslim agar kekal waras dan rasional, mempertahankan akhlak Islamiyyah dan tidak keterlaluan dalam membuat sebarang tuduhan rambang dan berkemungkinan boleh terjebak kepada tuduhan Qazaf.

Wadah mengesa pihak berkuasa segera menyiasat pihak terbabit dan tidak bertolak ansur dalam kes ini dan segera membongkarkan perancangan jahat pembikinan video tersebut dan membawa mereka kemuka pengadilan yang sebaiknya.

Ahmad Azam Ab Rahman Presiden
12 Jun 2019

Read 1771 times