wrapper

Pengumuman

Slideshow (4)

 
09 SEPTEMBER 2021 - Sekalung penghargaan diucapkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang menyediakan teks khas untuk mengenang jasa Ustaz Prof. Dato' Dr Siddiq Fadzil yang telah kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 2021, Selasa yang lalu. Sisipan teks khutbah Jumaat bertarikh 10 September 2021 dengan tajuk 'Ulama' Pewaris Nabi' itu adalah seperti berikut:
 
 
 
 
Gambar 1 & 2: Tangkap layar Khutbah Jumaat 10 September 2021: ULAMA’ PEWARIS NABI
Jabatan Agama Islam Perak, muka surat 3 & 4
 
 
"Ummah dihujani gerimis sedih menerima berita pemergian seorang tokoh murabbi dan ulama’ yang sepanjang hayatnya, gigih menyumbangkan ilmu melalui pemikiran yang disampaikan baik secara lisan begitu juga tulisan. Kembalinya ke Rahmatullah, Ustaz Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, anak kelahiran Kampung Sungai Tiang Barat, Bagan Datoh, sekitar jam 6.30 petang, hari Selasa, 22 Muharam 1443 Hijrah, bersamaan 31 Ogos 2021, merupakan satu kehilangan besar, ibarat terpadamnya cahaya daripada sebutir bintang di langit ilmu. Ustaz Siddiq Fadzil telah mengabadikan diri, berdakwah dan mengembangkan ilmu dengan jayanya, dan dikenali sebagai seorang ilmuwan. Ustaz Siddiq Fadzil menyahut seruan penciptanya ketika berusia 74 tahun 8 bulan, pada hari negara menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-64. Semasa hayatnya, beliau senantiasa menegaskan bahawa perkara lebih penting selepas kemerdekaan tanah air ialah kemerdekaan pemikiran.

Ustaz Siddiq Fadzil merupakan seorang tokoh murabbi dan ulama’ yang dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak pada tahun 1427 Hijrah (2006 Masihi), dan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada tahun 1440 Hijrah (2018 Masihi). Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Ustaz Siddiq Fadzil dilantik sebagai anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak selama dua puluh tahun; dari tahun 1991 sehingga 2011; dan dikurniakan Darjah Paduka Mahkota Perak pada tahun 2001, dan sering dijemput menyertai majlis-majlis wacana ilmu di negeri Perak. Mudah-mudahan khazanah ilmu dan gagasan idea yang ditinggalkan, menjadi semangat dan azimat untuk kita terus semarakkan.
Kepada Allah SWT kita pohonkan doa, agar segala khidmat dan jasa bakti Ustaz Dato’ Dr. Siddiq Fadzil diterima sebagai amal soleh; semoga roh Allahyarham dilimpahi sebesar-besar rahmat dan ditempatkan bersama roh para anbia’, siddiqin, syuhada’ dan solihin, di samping mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham diberikan kesabaran dan kekuatan, ketabahan dan keredhaan menghadapi ujian Ilahi."
 
 
 
Semoga dengan khutbah itu dapat mendidik umat mengenal dan mengenang tokoh-tokoh ilmuan yang cemerlang yang pernah dilahirkan dari negeri Perak khususnya.
 
Sesungguhnya khutbah yang diterbitkan oleh MAIPk ini menampakkan sikap keterbukaan dan dinamika yang patut dipuji. Tahniah Dato Seri Mohd Annuar Zaini selaku Yang Di-Pertua yang banyak melakukan pembaharuan.
 
Seluruh warga WADAH, ABIM dan PKPIM khususnya ingin merakamkan perasaan syukur dan penghargaan atas usaha MAIPk mengangkat tokoh penting ini sebagai kandungan teks khutbah Jumaat di seluruh negeri Perak.
 
 
 
* Teks khutbah penuh dilampirkan seperti di bawah. Juga boleh dimuat turun di http://jaipk.perak.gov.my/index.php/muat-turun/category/151-september 
 
 
 
Kredit FB post: Nasir Kamarudin
 
31 OGOS 2021, Sg. Ramal Dalam -  Jenazah Almarhum Dato' Dr. Siddiq Fadzil telah dibawa dari Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi ke Surau al-Mujahidin, Desa Surada, Seksyen 8 pada jam 08: 50 malam untuk dimandikan dan dikafankan. Seterusnya, solat jenazah dilakukan secara berperingkat bermula jam 09:00 malam bagi memenuhi Standard of Procedure (SOP) semasa pandemik Covid-19 dan peraturan JAIS. Rakan-rakan termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim yang merupakan rakan karib Almarhum, serta anak didik Almarhum telah hadir ke surau memberi penghormatan terakhir.
 
Jenazah seterusnya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kariah Kg. Sg. Ramal Dalam untuk dikebumikan. Urusan pengebumian selesai lebih kurang jam 11:00 malam.
 
Terima kasih kepada semua yang membantu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  

 

KENYATAAN MEDIA

31 Ogos 2021

WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH)

MARI BERSAMA ISLAH NEGARA, JAYAKAN CITA-CITA MERDEKA

  1. Kesyukuran setingginya ke hadrat Allah SWT kerana negara kita dapat terus menyambut hari kemerdekaan ke 64 dalam keadaan aman, rukun dan damai. Kita hendaklah menginsafi akan kedapatan banyak lagi negara di dunia ini yang sedang bergelut dengan permasalahan penjajahan serta kesan-kesan peninggalannya hingga ke hari ini. Sesungguhnya, penjajahan ialah satu bahana kemanusiaan yang hakikatnya telah banyak meninggalkan mudarat kepada kehidupan. Oleh itu, kita hendaklah menolak sebarang bentuk penjajahan ke atas sesama manusia kerana ia bertentangan dengan prinsip kemuliaan insan yang diajarkan oleh agama Islam. Dalam surah al-Isra’, ayat 70, Allah SWT berfirman: “Dan sesungguhnya Kami muliakan anak cucu Adam dan Kami membawa mereka ke daratan dan lautan dan Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka atas kebanyakan daripada siapa saja yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”
  2. Bersempena sambutan kemerdekaan tahun 2021 ini, mari kita meningkatkan iltizam untuk bersama jayakan agenda Islah Negara sebagai landasan ke arah merealisasikan cita-cita merdeka. Perjuangan kemerdekaan oleh para ulama, pemimpin dan rakyat di negara kita adalah berasaskan cita-cita bagi membina sebuah negara yang bermaruah seterusnya mengangkat kedudukan ummah Malaysia menikmati kemakmuran, kebebasan dan keadilan bersama. Cita-cita kemerdekaan ini adalah inspirasi mulia yang dipandu oleh prinsip dan nilai kesejagatan hidup damai bersama sebagaimana terkandung dalam ajaran agama Islam yang menganjurkan pembinaan negara yang baik serta dirahmati Allah SWT berasaskan nilai berkeadilan dan berkebajikan. Dalam surah Al-Ma-idah, ayat 8, Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

  3. Sejajar dengan itu, marilah kita selaku rakyat Malaysia yang merdeka bersama-sama menjayakan cita-cita mulia kemerdekaan ini. Marilah juga kita beriltizam menjayakan Islah Negara iaitu melaksanakan pembaikan dan pembaharuan dalam tatakelola negara yang dipandu oleh prinsip keadilan dan ihsan sesama individu dan masyarakat. Kita mestilah sentiasa gigih berjuang mengukuhkan keutuhan rukun dan nilai luhur kenegaraan ini serta bersama-sama mengatasi sebarang bentuk rintangan yang menghalang perlaksanaannya dalam kehidupan ini.

  4. Kita ingin mengajak seluruh rakyat untuk mengambil kesempatan dari nikmat kemerdekaan negara kita dengan berusaha meningkatkan keupayaan diri dari segenap segi kehidupan. Dalam masa yang sama, kita mesti sentiasa peka dengan perkembangan urustadbir negara dan bertanggungjawab menjadi benteng penghalang dari sebarang perbuatan dan tindakan yang berunsur penyelewengan dan penyalahgunaan yang boleh melemahkan rukun-rukun kemakmuran dan kemajuan negara kita.

  5. Sesungguhnya tugas menjayakan cita-cita kemerdekaan negara ini adalah tanggungjawab bersama kita seluruh rakyat. Mari kita syukuri anugerah kemerdekaan ini dengan menjadi rakyat yang sentiasa bersedia menyumbang terhadap aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat dan dihormati oleh masyarakat dunia.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 64.

DATO’ AHMAD AZAM AB RAHMAN

Presiden

 
 
Dipanggil pulang yang terbaik di kalangan kita.
 
Hanya ditinggal ilmu, nasihat dan buah fikiran buat amalan dan pedoman.
 
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim)
 
Ayuh dengar dan sebarkan buah fikir 2 mujaddid dakwah ini yang banyak sumbangannya di persada dakwah sejak zaman PKPIM, ABIM dan WADAH.
 
Koleksi Kuliah, Tazkirah dan Tausiyah ini merupakan koleksi siaran channel YOUTUBE.MYWAPTV.COM.
 
[Koleksi Allahyarham Ustaz Dato' Dr Siddiq Fadzil]
Link kompilasi:
 
[Koleksi Allahyarham Cikgu Ab Halim Ismail]
Link kompilasi:
SEMOGA BERMANFAAT!
 
 

Info Wadah

Penubuhan WADAH adalah dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir mereka terutama dalam memahami agama Islam serta dalam menanggapi persoalan-persoalan penting yang dihadapi dalam masyarakat. 

Alamat Perhubungan

No 23A-2-2A, Tingkat 2 Jalan Medan Pusat Bandar 2A,  Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
 
Telefon: 603-8920 2142
Faks: 603-8912 2346
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 
 

 

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family