Perginya permata dakwah, pencatat sejarah Jamaah, Mohd Asri Abdul, 63 tahun pada 17 Mei 2022.
Tak sempat menghadiri solat jenazah kerana masih di Pulau Pangkor ketika berita kematian diterima.
Aku bersaksi ya ALlah Asri Abdul adalah insan yang tulus berkorban dirinya demi agama-Mu. Seorang insan yang ‘selfless’, mementingkan orang lain lebih dari dirinya. Apalagi jika kepentingan Jamaah dan dakwah. Langsung tidak berkira.
Beliau di arah ke Bosnia, dia akur, di arah ke Afghanistan, dia akur, diarah berhenti dari bekerja di Bank Bumiputra, dia akur, di arah ke Acheh dan Maninjau, Jakarta, dia akur. Tanpa soal, demi kepentingan Jamaah dan Islam.
Baiklah Sheikh, kalau itu arahan anta. Ana setuju.
Itulah kalamnya setiap kali diminta untuk melaksanakan misi dakwah.
Memang engkau tiada galang gantinya. Pengorbanan tanpa bertepi…Engkaulah antara asbab Jamaah tetap gagah hingga kini.
Kepada ALlah engkau kembali dengan penuh redha dan ketaatan.
InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.
* Kredit nukilan: Ahmad Azam Ab Rahman (fb post).
Kredit gambar: FB Ahmad Azam Ab Rahman & WADAH Wilayah Persekutuan.