Print this page

Timbalan Perdana Menteri Kunjungi Pameran #STOP Sempena Pelancaran Buku #AWASPADA

7 September 2019, GOMBAK - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri sempat berkunjung ke pameran #SToP pada Hari Produktiviti Bersama Komuniti dan Majlis Peluncuran Buku #AWASpada (AWAS Media Sosial dan Permainan Dalam Talian) di Univeriti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyatakan kebimbangan beliau tentang kesan penggunaan internet yang ekstrem hingga menyebabkan ketagihan serta mengancam kesihatan fizikal dan mental.

 Tn. Hj. Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden WADAH) turut hadir ke majlis peluncuran buku #AWASpada selaku penganjur bersama.

Terima kasih juga atas kunjungan YBhg. Tian Chua (Pengerusi Malaysia Productivity Corporation) dan Tn. Kamal Affandi Hashim (penganalisis jenayah) ke pameran #SToP.

Ayuh kita tangani jenayah pornografi bersama!

Read 2257 times Last modified on Wednesday, 12 August 2020 08:46