Profil (8)
Huruf-huruf waw-alif-dal-ha yang membentuk perkataan WADAH tidak hanya mewakili huruf-huruf jawi tradisi yang diguna bagi mengungkap hati budi masyarakat Islam di Alam Melayu, tetapi yang lebih penting huruf-huruf tersebut adalah huruf-huruf hijaiyyah yang membentuk kalimat bagi ayat-ayat suci al-Quran. Di samping membayangkan penghargaan terhadap tradisi keintelektualan umat rantau ini, huruf-huruf ini juga menegaskan sikap Wadah untuk sentiasa menjunjung Wahyu Ilahi sebagai sumber kebenaran dan petunjuk bagi kehidupan dengan Keredhaan Allah sebagai matlamat dari seluruh amal dan perjuangan.
Alif yang menjulang tinggi tidak hanya sebahagian dari kalimat WADAH, tetapi Alif juga adalah huruf pertama untuk kalimat lafz al-jalalah, al-ism al-a'zam iaitu ALLAH.
Aturan dan posisi huruf-huruf waw-alif-dal-ha yang berimbangan kiri dan kanan, membayangkan usaha untuk mewujudkan keseimbangan (tawazun) dalam pendekatan dan tindakan. Namun apapun tindakan yang diambil adalah dengan tujuan yang satu iaitu bagi mengangkat martabat umat. Begitu yang dibayangkan oleh hujungan huruf-huruf waw-alif-dal yang menyatu mengangkat huruf ha.
Warna hijau pada kalimat Wadah memanifestasikan Islam sebagai agama malar segar yang menjanjikan nikmat balasan terindah dari Allah subhanahu wa taala.
Penubuhan WADAH adalah dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir mereka terutama dalam memahami agama Islam serta dalam menanggapi persoalan-persoalan penting yang dihadapi dalam masyarakat.
WADAH didaftarkan pada 09 November 2005 dengan angka pendaftaran PPM-003-10-11092005 (Selangor)
WADAH ditubuhkan dengan tujuan-tujuan berikut :
1. Melaksanakan program-program dakwah dan kesedaran sosial yang dapat meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab masyarakat terhadap agama, bangsa dan negara.
2. Mengadakan latihan-latihan bagi melahirkan da'i yang kompeten.
3. Mengembleng tenaga da'i bagi melaksanakan program dakwah secara lebih bersepadu dan berkesan.
4. Mendidik umat melalui usaha menyebarluas pandangan dan pendirian mengenai pelbagai isu yang berbangkit berasaskan perspektif Islam melalui pelbagai saluran dan media yang ada.
Pejabat Wadah kini : (Kiri) Sekretariat Wadah di Seksyen 9, Bangi; dan (Kanan) Anjung Rahmat, Pusat Dakwah dan Tarbiah, di Sg. Merab, Bangi.
More...
WADAH telah membangunkan Pusat Dakwah dan Tarbiah yang kini dikenali dengan nama 'Anjung Rahmat'. Dibina di atas sebidang tanah berukuran lebih kurang 1,045 meter persegi (11,248 kaki persegi) di Lot 2996, Persiaran Makmur, Sg. Merab Luar, Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk :
- Menganjurkan program latihan bagi tenaga penggerak masyarakat dan sukarelawan agar lebih kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas dakwah,kesukarelawan dan kemanusiaan.
- Menyediakan kemudahan penginapan dan premis untuk tujuan sewaan kepada badan kerajaan atau NG0-NGO yang melaksanakan aktiviti pendidikan bukan formal atau peserta yang mengikuti latihan, di samping orang awam yang memerlukan kemudakan bilik inap.
- Menyediakan ruang bagi melaksanakan program pendidikan lanjutan kepada masyarakat setempat yang meliputi kuliah pengajian Islam, kursus/seminar kekeluargaan dan kesedaran sosial agar dapat meningkatkan rasa tanggungjawab masyarakat kepada agama, bangsa dan negara.
Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa terkini yang menguruskan Pusat Infaq WADAH (PIW) :
Struktur Organisasi PIW
PANEL SYARIAH
Panel Syari'ah diwujudkan bagi menasihati perjalanan PIW dan memastikan urusan kutipan infaq dan agihannya adalah patuh syari'ah. Berikut merupakan panel syariah untuk PIW:
Kemaskini Feb 2018
Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan oleh AJKP WADAH sebagai inisiatif memperkasakan usaha-usaha menjana sumber kewangan untuk kepentingan jamaah. PIW diwujudkan bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada usaha penjanaan dana dan kewangan secara cekap dan berkesan bagi membiayai program dan aktiviti-aktiviti jamaah. Antara peranan utama PIW adalah:
- Menerima sumbangan dan infaq dari anggota WADAH dan masyarakat.
- Membantu menggalakkan masyarakat membayar zakat dan menyalurkannya ke institusi-institusi zakat negeri.
- Membantu institusi-institusi zakat mengagihkan infaq dan zakat kepada asnaf serta mereka yang layak menerima.
Kelebihan menggunakan PIW untuk membayar infaq/zakat:
- Melaksanakan tuntutan syara'.
- Membantu membangunkan jamaah dan mengembangkan kegiatannya.
- Memastikan sumber-sumber dapat digunakan secara cekap dan berkesan untuk program-program dakwah yang benar-benar strategik.