Print this page

Pengenalan Pusat Infaq WADAH (PIW)

Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan oleh AJKP WADAH sebagai inisiatif memperkasakan usaha-usaha menjana sumber kewangan untuk kepentingan jamaah. PIW diwujudkan bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada usaha penjanaan dana dan kewangan secara cekap dan berkesan bagi membiayai program dan aktiviti-aktiviti jamaah. Antara peranan utama PIW adalah:

  • Menerima sumbangan dan infaq dari anggota WADAH dan masyarakat.
  • Membantu menggalakkan masyarakat membayar zakat dan menyalurkannya ke institusi-institusi zakat negeri.
  • Membantu institusi-institusi zakat mengagihkan infaq dan zakat kepada asnaf serta mereka yang layak menerima.

Kelebihan menggunakan PIW untuk membayar infaq/zakat:

  • Melaksanakan tuntutan syara'.
  • Membantu membangunkan jamaah dan mengembangkan kegiatannya.
  • Memastikan sumber-sumber dapat digunakan secara cekap dan berkesan untuk program-program dakwah yang benar-benar strategik.
Read 1038 times Last modified on Monday, 21 October 2019 06:45