
MUKTAMAR NASIONAL WADAH 2010
sempena
IJTIMAK HARAKIY PERTAMA
7- 8 OGOS 2010 bersamaan 26-27 Sya’aban 1431H (Sabtu-Ahad)
Bilik Syura Kolej Dar al Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang
'MEMPERTEGUH UKHUWWAH MEMPERKASA JAMAAH'
Rombongan seramai 30 orang terdiri daripada pimpinan dan ahli Wadah Pusat dan Negeri, professional pendidikan, ahli perniagaan, penjawat awam dan swasta serta ahli keluarga masing-masing. Rombongan selamat tiba di Istanbul Khamis 22 Mei 2008, jam 6.10 petang waktu Istanbul (Jumaat 23 Mei jam 12.10 pagi waktu Malaysia) setelah berlepas dari KLIA jam 1 pagi Khamis 22 Mei 2008. Perjalanan yang agak panjang selama 24 jam, termasuk 10 jam transit di Dubai.
Di lapangan Terbang Atartuk, Istanbul rombongan telah di sambut oleh wakil dari Hayrat Foundation yang menjadi hos kepada rombongan. Rombongan lewat keluar dari lapangan terbang kerana salah seorang peserta rombongan telah kehilangan bagasi. Bagasi beliau yang di 'check in' dari Kuantan lagi telah tidak sampai ke Istanbul. Rombongan menginap di Hotel Hamideye,Sehzadebasi,Istanbul.
Jumaat 23 Mei, rombongan dibawa melawat sekitar Istanbul termasuk ke Muzium Hagia Sophia dan Istana Topkapi. Ketika ini dipenghujung musim panas di Turki. Waktu malam pendek. Subuh masuk jam 3.30 pagi dan syuruk jam 5.30 pagi. Maghrib jam 8.30 malam dan Isyak jam 10.30 malam. Waktu zohor dan Asar hampir sama dengan Malaysia.
Ahad 25 Mei, tengahari hingga malam rombongan mengikuti sesi tertutup bengkel tentang Risale i-Nur di salah sebuah sekolah Hayrat Foundation. Bengkel melibatkan 50 orang peserta dari Turki, Malaysia, Mesir, Sudan dan Syria. Rombongan turut dibawa melawat Isparta yang kaya dengan tanaman aprikot, badam, wallnut dan ceri sepanjang perjalanan. Isparta terkenal dengan Bandar bunga Ros (mawar). Pelbagai jenis dan warna tanaman bunga ros dilewati sepanjang perjalanan di Isparta. Antara industri utama di sini ialah pemprosesan air bunga ros. Rombongan turut melawat kilang percetakan AlQuran milik Hayrat.Perjalanan diteruskan ke Barla yang merupakan antara tempat Badiuzzaman Said Nursi dibuang (exile). Dua pertiga daripada Risale i-Nur telah beliau siapkan semasa dalam buangan di Barla. Rombongan telah dibawa melawat ke rumah dan masjid beliau. Disebelah rumah beliau terdapat sepohon pokok dengan binaan pangkin di atasnya tempat beliau bertafakkur dan mencari ilham.
Selasa 27 Mei, rombongan dibawa melawat sekitar Bursa. Bursa ialah ibu negara pertama kerajaan Othmaniah. Penjelajahan rombongan kali ini merangkumi Istanbul, Isparta, Bolvadin dan Bursa sebelum bertolak kembali ke Kuala Lumpur pada 31 Mei 2008.