

Jumaat 23 Mei 2008













Selasa 27 Mei 2008


Sebelah petang di bawa melawat ke makam Osman Gazi, Sultan pertama dan pengasas kerajaan Othmaniah pada tahun 1299. Kami kemudian singgah di Masjid Ulu Cami, yang di bina pada tahun 1399 dan masjid tertua kerajaan Othmaniah. Bursa ialah pusat pemerintahan kerajaan Othmaniah yang pertama.

Rombongan kemudian makan tengahari sekali dengan makan malam di atas satu bukit di Bursa dimana terdapat sepohon pokok yang dikatakan berumur 700 tahun.
Rombongan kembali ke Istanbul melewati feri (macam feri Pulau Pinang) dan tiba di hotel di Istanbul lewat malam.
Rabu 28 Mei 2008
Sebelah pagi rombongan telah pergi melawat ke Miniaturk. Kompleks seluas 60,000 meter persegi menempatkan replika mini (kecil) struktur-struktur bersejarah dari seluruh Turki.

Kemudian rombongan di bawa menaiki kereta kabel ke Pierre Loti, sebuah bukit di Istanbul di mana kita dapat menikmati permandangan indah kota Istanbul.
Makan tengahari kami di kompleks MUSIAD, sebuah badan yang menggabungkan ahli-ahli bisnis dan perniagaan Turki.
Sebelah petang rombongan telah ke Covered Bazaar (Kapali Carci). Pada hari ke tujuh rupanya baru kami berpeluang untuk membeli belah. Terdapat lebih dari 3500 gerai yang menjual pelbagai jenis barangan di sini.

Untuk makan malam hari ini kami telah di bawa ke Cemile Sultan Korosu (Taman Puteri Jemilah), bekas istana puteri Sultan yang sekarang di jadikan restoren eksklusif. Tempat yang indah dan dapat menikmati permandangan Selat Bosphorus sambil menjamu selera.
Ustaz Uthman Muhhammady telah berpisah dengan rombongan dan pulang ke Malaysia petang hari ini. Walaupun program Ustaz pada 30 Mei di Kuala Lumpur telah pun di tunda, namun beliau terpaksa juga pulang awal kerana tiket beliau tidak dapat di tunda kerana penerbangan yang penuh. Ustaz Uthman nampak sedih kerana terpaksa pulang awal dan tidak akan dapat mengikuti beberapa acara termasuk Sambutan Penakhlukan Kota Konstantinople yang jatuh pada 29 Mei 2008.
Khamis 29 Mei 2008
Pagi ini kami sarapan pagi di Restoran Mihmandar, dekat dengan Masjid Abu Ayub al Ansari. Ahli rombongan nampaknya bersemangat menikmati sarapan pagi. Selepas lapan hari ada yang teringin untuk menikmati nasi lemak dan roti canai dengan teh tarik, namun agak mustahil untuk memperolehinya.


Kami berjalan kaki ke Masjid Ayub al Ansari. Makam beilau terdapat di masjid ini. Ayub al Ansari adalah sahabat Nabi Muhammad saw. Di rumah Ayub al Ansari lah Rasulullah memilih untuk tinggal selama enam bulan ketika Hijrah ke Madinah.
Ayub telah bersama dengan Rasulullah dalam banyak perang-perang termasuk Uhud, Khandak dan Hunain. Dia juga terlibat dalam perang di zaman Abu Bakar dan Umar. Pada umur 80 tahun beliau terlibat sama dalam serangan pertama ke atas kota Konstantinople sekitar tahun 674 ke 678, dan telah gugur syahid.
Hari ini 29 Mei 2008 adalah hari sambutan ke 555 tahun penakhlukan kota Konstantinople oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad II pada tahun 1453.


Sebelah pagi kami mengikuti sambutan anjuran Perbandaran Fatih. Sambutan di isi dengan dengan ucapan, bacaan sajak, perarakan dan lakonan semula penakhlukan.
Untuk makan tengahari kami di bawa ke Restoran Konak berdekatan dengan Galata Tower. Makan di 'roof top' sambil menikmati permandangan Selat Bosphorus dan Golden Horn. Selepas makan tengahari pulang ke hotel.
Sebelah malam, selepas makan malam, kami mengikuti sambutan yang di anjurkan oleh Dewan Perbandaran Istanbul. Sambutan di adakan di tepi Golden Horn (sebuah teluk) yang dipenuhi dengan persembahan light, water and sound (cahaya, bunyi dan air). Persembahan multimedia penakhlukan Fath Istanbul di tayangkan pada layar besar (big screen) di tengah teluk. Bukan layar besar yang konvensional, tapi dari wap air (water vapour) yang menjadikan persembahan multimedia itu kelihatan tiga dimensi.

Sambutan diakhiri dengan persembahan bunga api (fire works display) sekitar 20-30 minit. Sungguh cantik dan menarik.
Jumaat 30 Mei 2008
Hj Ahmad Azam telah berpisah dari rombongan kelmarin. Beliau terbang ke Kuwait lewat malam kelmarin bersama dengan rombongan dari Turki untuk menghadiri mesyuarat Exco Union of the NGO's of the Islamic World (UNIW) bertempat di Kuwait.
Esok, Sabtu 31 Mei 2008, rombongan akan pulang ke Malaysia. Jadi hari ini kira hari akhir (last day) untuk membeli belah dan melawat. Kelihatan beberapa orang berbincang membandingkan harga barang-barang yang telah mereka beli. Siapa yang pandai menawar nampaknya akan mendapat harga yang lebih baik. Sebentar tadi Sdr Suhaili dari Seri/Semi ABIM Pusat, kelihatan di bilik Sdr Alias, Bendahari WADAH Pahang untuk melihat tudung-tudung yang telah di beli oleh Sdr Alias.
Masing-masing pun dah pandai pergi sendiri ke Grand Bazaar. Dari Hotel Hamideye, tempat kami menginap, cuma 15 minit berjalan kaki ke Grand Bazaar.
Sebelah pagi kami singgah dulu di Masjid Sultan Muhammad Fatih yang telah membuka kota Istanbul pada tahun 1453. Makam beliau bersebelahan dengan masjid.

Kemudian pergi melawat Hagia Sophia. Hagia Sophia yang di bina pada tahun 537 oleh Emperor Justinian kerajaan Byzantium, dijadikan gereja selama 916 tahun sahingga tahun 1453 bila Sultan Muhammad berjaya menakhluk kota Konstatinople. Hagia Sophia dijadikan mesjid selama 481 tahun hingga tahun 1934 bila ia dijadikan sebuah muzium.
Dari Hagia Sophia kami menaiki tram (keretapi bandar) pulang ke Beyazit dekat hotel dan Grand Bazaar. Kaum ibu nampaknya terus pergi 'shopping', sementara kaum bapa solat Jumaat di Masjid Beyazit dan Masjid Sehzadebasi; kedua-duanya tidak jauh dari hotel. Dah lebih seminggu di Istanbul, maka dah tahu sedikit sebanyak selok belok jalan sekitar hotel tempat penginapan.
Sebelah petang masa bebas, terpulang pada masing-masing nak buat apa. Ramai yang mengambil kesempatan untuk ke bazaar dan kedai buku.

Sebelah malam kami pergi ke pejabat Hayrat Foundation untuk makan malam. Malam terakhir di Istanbul, kami di jamu makanan ala Malaysia. Nasi putih, 2 jenis ikan bakar, ayam bakar, sambal tumis ala Turki dengan minyak Zaitun dan lain-lain lagi. Saya dan beberapa rakan lain termasuk Dr Fauzan, Ustaz Zawawi dan Razani makan dengan tangan aje. Kami beritahu pada kawan-kawan Hayrat bahawa kami makan menggunakan tangan menandakan makanan yang dihidangkan sedap dan lazat.
Setelah makan dan solat, diadakan sesi penerangan tentang Quran Tewafuq yang di terbitkan oleh Hayrat. Panjang juga sesi perbincangan kerana ramai juga yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam.

Di akhir sesi Sdr Mohd Anuar Tahir membacakan puisi yang baru beliau nukil, meluahkan rasa gembira dan harapan beliau serta rombongan. Sdr Abdullah Dogan telah menterjemahkan ke bahasa Turki. Puisi tersebut mendapat sambutan bergemuruh dari rakan rakan Hayrat.
Hampir jam 12.30 malam baru kami tiba kembali hotel. Masing-masing sibuk memikirkan bagaimana nak mengemas semua barang-barang yang di beli serta hadiah buku dan Quran dari Hayrat; khuatir bag tak muat.
Sabtu 31 Mei 2008
Pagi ini Sdr Mohamad Raimi kembali ke UK. Jam 9.30 pagi beliau bertolak ke lapangan terbang dari hotel kami.
Ahli rombongan yang lain akan hanya berlepas pulang ke Malaysia jam 7.30 malam nanti. Jadi pagi ini sibuk membuat persiapan untuk pulang. Ada yang menacari kotak untuk memuatkan belian dan hadiah buku dan Al Quran dari Hayrat Foundation.
Kami check-out dari hotel jam 12.00 tengahari dan di bawa makan tengahari ke Sur Restaurant. Sur dalam bahasa Turki bermakna benteng. Memang restoren itu terletak bersebelahan dengan benteng lama kota Istanbul. Benteng pertahanan kota Istanbul ini mula di bina pada pemerintahan Byzantium lagi dan kemudian di buat kerja-kerja penambahan oleh pemerintah kerajaan Othmaniah.

Selepas solat, kami terus ke lapangan terbang. Masa check-in ada sekitar 65 kilo bagasi yang tidak lepas kerana lebihan berat bagasi. ini terjadi kerana pihak Emirates membuat check-in secara individu dan bukan secara kumpulan. Tidak ada kemudahan check-in secara kumpulan. Namun dengan bantuan dari rakan Hayrat, perkara tersebut telah dapat diselesaikan. Namun terdapat beberapa kotak Al Quran sumbangan Hayrat untuk di bawa ke Malaysia tidak dapat kami bawa.
Suasana sedih dan pilu di lapangan terbang, hingga ada yang menitiskan air mata kerana sedih hendak berpisah. Kami berlepas jam 8.10 malam dan tiba di Dubai jam 1.30 pagi waktu tempatan.
Ahad 01 Jun 2008
Penerbangan ke Kuala Lumpur ialah pada jam 9.30 pagi; jadi kena tunggu selama kira-kira 8 jam lagi. Saya mengambil kesempatan untuk membuat sedikit catatan sambil menunggu masuk waktu Subuh sekitar 30 minit lagi. Subuh di Dubai pada jam 4.10 pagi.
Selepas 10 hari berada di Turki rombongan alhamdulillah selamat tiba di KLIA pada jam 11.30 malam Ahad 1 Jun 2008. Perjalanan pulang yang agak lama. Berlepas dari Istanbul jam 8.10 malam, 5 jam kemudian tiba di Dubai. Transit selama 8 jam di Dubai. Kemudian 7 jam penerbangan ke Singapura. Transit selama 1 jam, dan 45 minit penerbangan ke KLIA. Jumlah tempoh perjalanan pulang sekitar 22 jam.
Namun lawatan sempena Simposium Antarabangsa Bediuzzaman dan Risale i-Nur anjuran bersama Hayrat Foundation, UNIW, WADAH dan ABIM agak sukses. Hubungan dengan rakan-rakan dan NGO dari Turki serta Mesir, Sudan dan Syria telah dapat dipertingkatkan.
Ada cadangan supaya lawatan di jadikan acara tahunan; khususnya untuk meraikan Fath Istanbul yang jatuh pada 29 Mei setiap tahun.
Rakan-rakan di Turki juga bercadang untuk datang melawat ke Malaysia. Peserta rombongan ramai yang menyampaikan jemputan untuk rakan-rakan dari Turki datang melawat ke Malaysia.
Terima kasih di rakamkan kepada semua pihak, individu mahupun organisasi yang telah menjayakan lawatan kali ini. Terima kasih juga pada rakan-rakan yang telah mengikuti catatan perjalanan ini, dan turut mendoakan keselamatan rombongan.