Laporan Program

Wisata Dakwah Buya Hamka Mac 2008

Print PDF

Sumatera Barat, Mac 2008 – Satu wisata dakwah telah diadakan ke Sumatera Barat meliputi Padang, Bukit Tinggi dan Maninjau. Penjelajahan rombongan yang terdiri daripada 25 orang peserta ini meliputi daerah Maninjau, Bukit Tinggi dan Padang. Menjejakkan kaki di Maninjau yang dikenali sebagai ranah minang memberi satu pengalaman baru bagi yang pertama kali sampai ke sini. Maninjau terkenal dengan keindahan danau atau tasik yang memukau pandangan dan masih terpelihara dengan persekitaran yang segar menghijau.

Rombongan telah disambut dengan semangat ukhuwah dan kegembiraan oleh anak-anak pelajar dan para guru dari Pesantren Prof Dr Hamka selaku tuan rumah yang menjadi persinggahan pertama dan agenda utama dalam ziarah kali ini.

 

Seminar Pencerdasan Umat Dalam Pembinaan Masyarakat Madani

Print PDF

Kajang, 16 Februari 2008 - Seminar Pencerdasan Umat Dalam Pembinaan Masyarakat Madani sempena Muktamar Nasional Kedua WADAH telah selamat diadakan pada hari Sabtu 16 Februari 2008 di Kompleks Dar al-Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang. Sekitar 180 orang perwakilan dan pemerhati muktamar serta para peserta seminar telah hadir di majlis perasmian. Program telah diadakan di Bilik Syura Kolej Dar al Hikmah dengan liputan selari melalui siaran TV litar tertutup ke Bilik Seminar dan Ruang Lobi Bilik Syura.

 


Page 2 of 2