14.Mar.2019

                                   

                 

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menzahirkan sembah tahniah atas titah ucapan Ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dalam perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kedua Parlimen.

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) merasakan bahawa titah ucapan Baginda tersebut tepat pada masanya dan sesuai dengan dengan kedudukan DYMM al-Sultan sebagai Ketua Agama yang berperanan memelihara keharmonian dan kesejahteraan umat Islam dalam negara pelbagai kaum dan agama.

Sesungguhnya Wadah berpandangan selaras dengan kepelbagaian kaum,agama dan budaya sejak sebelum merdeka lagi usaha kerajaan telah berusaha mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan rahmatan-lil-alamin yang dilihat sesuai dijadikan panduan beserta dengan aplikasi konsep Maqasid al-Syariah.

Pendekatan Islam Rahmatan Lil Alamin amat releven dalam suasana agama Islam sebagai role model kepada negara-negara Islam yang lain di seluruh dunia. Malaysia telah menjadi negara Islam contoh kepada masyarakat dunia, maka amat tepatlah pendekatan ini menjadi model terbaik kepada umat Islam di negara-negara lain.

Wadah berpandangan bahawa pendekatan ekstrem dan mengambil jalan keras dalam menangani pelbagai isu dalam negara adalah tidak sesuai kerana ianya tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak. Formula hidup secara aman dalam berbagai bangsa (co-existence) serta berkongsi kejayaan dalam membawa negara adalah contoh yang perlu diperkukuh bagi menuju kecemerlangan Malaysia.

Wadah juga menggesa agar pihak kerajaan akan terus menjadikan agenda Islam Rahmatan lil Alamin sebagai teras dalam melaksanakan dasar-dasar negara demi kebaikan rakyat pelbagai kaum. Pemerkasaan budaya dialog dan kerjasama baik antara pelbagai kaum dalam negara akan dapat diperkukuh disamping mempertahankan perlembagaan negara yang menjadi teras keutuhan bangsa dan agama.

Dengan titah KBDYMM Al-Sultan akan memberi panduan kepada seluruh rakyat dibawah payung baginda dengan memperkukuh ajaran Islam di negara ini manakala agama-agama lain mesti dihormati demi keharmonian dan akan terus mendapat barakah dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Daulat Tuanku.

 

 

 

Hasri Harun

Naib Presiden

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

12.Mar.2019

SHAH ALAM - Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur himpunan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang jelas telah mengganggu ketenteraman kaum dan agama di negara ini.

Naib Presidennya, Hasri Harun berkata, pihaknya menolak sebarang usaha memperjuangkan hak asasi songsang yang boleh menjejaskan kemurnian hidup bermasyarakat.


“Wadah berasa kecewa dengan insiden perhimpunan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur Sabtu lalu yang dicemari dengan kehadiran golongan LGBT.


“Tindakan memperjuangkan agenda LGBT adalah suatu aspirasi hak asasi yang songsang dan tidak sesuai dengan gaya hidup masyarakat di rantau ini.


“Apatah lagi agama Islam menolak agenda songsang LGBT yang bertentangan dengan hukum syarak,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Menurut Hasri lagi, tanpa menafikan hak golongan songsang itu menikmati hidup seperti rakyat yang lain, namun bukan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk bertolak ansur dengan nilai dan budaya yang bertentangan dengan adat ketimuran itu.


“Kebebasan yang diperjuangkan bukanlah tiket bagi golongan ini untuk menuntut pelbagai hak yang tidak selari dengan hak kemanusiaan sejagat,” katanya.

 

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/17518/BERITA/Nasional/Penganjur-himpunan-LGBT-perlu-dikenakan-tindakan-tegas?fbclid=IwAR2dGLf-sWbVJ8JbIoP9vGG7TpurWyCAnxhnO7hL0U-LafiLMXL8KmnTEq8

11.Mar.2019

 

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH kesal dan memandang berat tindakan polis mengusir lima orang warganegara Mesir anggota al-Ikhwan al Muslimin kembali ke negara asal.

Adalah difahamkan pengusiran dilakukan dengan penafian proses pengadilan di mana suspek tidak diberikan hak membela dan mempertahankan diri di mahkamah.

WADAH berpandangan sekiranya orang-orang Mesir berkenaan melakukan kesalahan serius di Malaysia maka adalah adil untuk mereka dikenakan pendakwaan secara formal di mahkamah sini.

Al-Ikhwan al Muslimin bukan kumpulan pengganas malah sebuah pertubuhan politik yang berpartisipasi secara demokratik tetapi kini ditindas di negara mereka. Malaysia tidak pernah mengisytiharkan atau menetapkan al Ikhwan al Muslimin sebagai organisasi pengganas.

Polis difahamkan membuat tuduhan serius terhadap mereka melalui kenyataan akhbar tanpa memberi mereka peluang untuk menjawab. Juga dilaporkan bahawa mereka tidak mempunyai peluang untuk menemui peguam atau memperolehi representasi bagi membawa kes mereka ke muka pengadilan di mahkamah sini.

Adalah difahami juga anggota Ikhwanul Muslimin yang diusir bakal menghadapi penyeksaan, penganiayaan dan penafian hak pengadilan di Mesir nanti. Justeru, pengusiran mereka adalah bertentangan dengan prinsip perlindungan suaka dan kewajipan antarabangsa Malaysia iaitu tidak memaksa pelarian atau pencari suaka untuk kembali ke negara di mana mereka bakal dikenakan kezaliman.

WADAH ingin menegaskan demi keadilan bahawa definisi dan naratif ‘pengganas’ mesti dinilai dari pada perspektif yang adil bukan memangsakan mereka yang berjuang mempertahankan hak demokratik di negara mereka.

WADAH membantah keras tindakan pengusiran ini dan menggesa kerajaan agar tiada lagi tindakan pengusiran berlaku secara mengejut dan terburu-buru tanpa mematuhi proses pengadilan serta layanan perlindungan suaka.

 

Ahmad Azam Abd Rahman 
Presiden 
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
10 Mac 2019

11.Mar.2019

 

                                        

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melahirkan rasa kecewa dengan insiden Perhimpunan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Ibu Negara yang dicemari dengan kehadiran golongan lesbian, bisexual and transgender (LGBT). Perhimpunan yang dijalankan tersebut telah menimbulkan kekesalan rakyat atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang berselindung disebalik sambutan Hari Wanita.
 
Isu dan perjuangan wanita di dalam negara ini tidak harus difahami menurut kaca mata hak asasi Antarabangsa dan perundangan semata-mata namun haruslah sesuai dengan budaya, agama dan adat setempat. Tindakan memperjuangkan agenda LGBT adalah suatu aspirasi hak asasi yang songsang dan tidak sesuai dengan gaya hidup masyarakat di rantau ini. Apatah lagi agama Islam menolak agenda songsang LGBT yang bertentangan dengan hukum syarak.
 
Tanpa menafikan golongan ini dalam mendapatkan hak hidup sebagaimana rakyat yang lain tetapi ianya tidak menjadi tanggungjawab kerajaan untuk bertolak ansur dengan nilai dan budaya yang bertentangan dengan adat ketimuran. Kebebasan yang diperjuangkan bukanlah tiket bagi golongan ini untuk menuntut pelbagai hak yang tidak selari dengan hak kemanusiaan sejagat. 
 
Wadah menyokong saranan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar pihak Kementerian Dalam Negeri  mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan terbabit. 
 
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia menolak sebarang usaha memperjuangkan hak asasi songsang yang boleh menjejaskan kemurnian hidup masyarakat dalam negara. Perjuangan golongan tersebut menggambarkan seolah-seolah wanita dan hak asasi dinegara ini telah dirosakkan. Betapa banyak usaha yang dilakukan kerajaan telah mengangkat martabat wanita dinegara ini yang dinafikan golongan tersebut. Sindrom penafian yang mereka pegang telah menjadi asas pelbagai tuntutan yang amat tidak bertanggungjawab.
 
Justeru, Wadah menggesa pihak kerajaan agar segera mengambil tindakan atas pihak-pihak terbabit agar usaha sebegini tidak akan menganggu ketenteraman kaum dan agama dinegara ini.
 
Hasri bin Harun
Naib Presiden
 
 
 
Media link : https://www.sinarharian.com.my/article/17518/BERITA/Nasional/Penganjur-himpunan-LGBT-perlu-dikenakan-tindakan-tegas?fbclid=IwAR2dGLf-sWbVJ8JbIoP9vGG7TpurWyCAnxhnO7hL0U-LafiLMXL8KmnTEq8
 
 
30.Jan.2019

 

The Movement for an Informed Society Malaysia (WADAH) fully and unequivocally supports YAB Tun Dr. Mahathir and the Malaysian Government in refusing the entry of two Israeli athletes into the country to participate in the scheduled Paralympic events.

Israelis have acted blatantly and immorally against international laws. Israel has time and again shown flagrant disregard for humanity and even basic common human decency. If we simply brush aside all these gross and continual violations of human rights and the rule of law, then what are we as a proud and moral nation?

We are not anti-Jew nor anti-Semitic. We simply condemn inhuman and oppressive behaviour no matter who the perpetrator is and it is the least that we could do. Israel deserves to be condemned for crimes against humanity and deserves to be treated as such.

Western countries ban entry of refugees at will simply because of colour and religion. There are no repercussions.

Israel itself has politicised sports by banning a Gaza football team from crossing into the West Bank for the Palestine Soccer Cup. Israel illegally and regularly prevents movements of Palestinian athletes. Israel coerced the US National Basketball Association (NBA) to exclude visiting Palestine in 2018.

World sports bodies and the world at large should remember how we stood tall together against Apartheid and how South Africa was banned from the Olympics until the nation was set free. Israel shall have its day of reckoning if more nations stood up for truth and justice.

WADAH stands with freedom, honour and dignity. We shall never be cowered into self contempt by world bodies which unashamedly bury their heads in the sand for fear of confronting brutal oppression and being incapable of at least doing something for justice and humanity.

What say you?

 

AHMAD AZAM AB RAHMAN 
President
The Movement for an Informed Society Malaysia (WADAH)

30.Jan.2019

 

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyokong dan mendokong sepenuhnya Tun Dr Mahathir dan pendirian Kerajaan Malaysia menolak kemasukan dua atlet Israel ke negara ini bagi mengambil bahagian dalam acara Paralimpik yang dijadualkan.

Israel telah bertindak kejam secara terang-terangan dan dengan tidak bermoral melanggari undang-undang antarabangsa. Israel telah kesekian kali menunjukkan sikap tidak menghiraukan kemanusiaan dan juga nilai peradaban manusia. Jika kita tidak mengendahkan malah hanya mengetepikan semua pencabulan hak asasi manusia dan pelanggaran kedaulatan undang-undang yang berlaku depan mata serta sedang masih berterusan, maka apakah kedudukan kita sebagai negara yang bermaruah dan bermoral?

Kita bukan anti-Yahudi atau anti-Semitik. Kita hanya mengutuk keras tingkah laku yang tidak berperikemanusiaan dan kezaliman tidak kira siapa pelakunya. Tindakan kerajaan adalah yang paling kecil yang mampu kita lakukan. Israel sepatutnya telah lama dihukum kerana melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan memang patut dilayani sedemikian.

Banyak negara-negara Barat dengan mudah sahaja mengharamkan kemasukan pelarian semata-mata kerana kelainan warna dan agama. Tiada kesan balas dunia ke atas mereka.

Israel sendiri telah mempolitikkan sukan dengan mengharamkan pasukan bola sepak Gaza dari menyeberang ke Tebing Barat untuk pertanding Piala Bola Sepak Palestin. Israel secara haram dan berterusan menyekat pergerakan para atlet Palestin. Israel telah memaksa Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Amerika Syarikat (NBA) agar tidak melawat Palestin pada tahun 2018.

Badan-badan sukan sedunia dan masyarakat antarabagsa amnya perlu ingat serta mengenang bagaimana kita telah berdiri teguh serta berjuang bersama-sama melawan ‘Apartheid’ dan bagaimana Afrika Selatan telah diharamkan daripada penyertaan sukan Olimpik sehinggalah negara itu dibebaskan. Israel pasti berhadapan dengan hari perhitungannya jika lebih banyak negara-negara bangkit dan bertindak demi kebenaran dan keadilan.

WADAH tetap teguh bersama-sama perjuangan kebebasan, kehormatan dan kemuliaan martabat keinsanan. Kita tidak akan rela dihina atau dicela oleh badan-badan dunia yang sengaja menanam kepala mereka di bawah pasir kerana bacul dan takut menangani penindasan kejam serta terlalu lemah longlai hingga tidak mampu melakukan apa-apa demi keadilan dan kemanusiaan.

Ayuh kita bersama!

 

 

AHMAD AZAM ABD RAHMAN
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

20.Jan.2019

 

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH memandang berat isu Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang dan peguam persendirian menari sepentas pada majlis makan malam Opening of Legal Year 2019 (OLY) peringkat Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu Sabah.

Menurut Tertib Tatakelakuan Hakim, badan kehakiman mesti mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua aktiviti kehakiman. Di antaranya:-

Seorang hakim tidak boleh-
a. Membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman atau penghakimannya;
b. Menggunakan prestij jawatan kehakimannya untuk memajukan kepentingan peribadinya atau orang lain; dan
c. Memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada mana-mana orang bahawa mereka berada dalam kedudukan yang istimewa untuk mempengaruhinya.

Selain itu juga,
•Seseorang hakim hendaklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profesion perundangan secara individu, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan demikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah.

WADAH menolak dalih bahawa kejadian pada acara tersebut hanyalah aktivti sosial lazim atau percubaan membawa konotasi terdapat perbedaan faham resam serta keagamaan. Isu ini adalah sesuatu yang serius tentang pelanggaran prinsip profesional dan etika universal.

WADAH kesal dengan alasan-alasan remeh dan hambar yang berikan oleh wakil-wakil kerajaan kerana kedaulatan undang-undang (rule of law), integriti dan ketelusan serta kewibaaan penjawat-penjawat tinggi undang-undang merupakan harapan dan janji serta sebab berlakunya (raison d'être) Malaysia Baharu.

WADAH menggesa tindakan tegas dan segera dilakukan oleh kerajaan bagi menegur, membetulkan dan memulihkan keadaan agar mengembalikan keyakinan rakyat kepada integriti badan kehakiman dan penjawat-penjawat tinggi undang-undang negara.

Suatu keadilan bukan hanya perlu dilakukan tetapi mesti juga dilihat dilakukan.

 

AHMAD AZAM ABD RAHMAN
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
20 Januari 2019

12.Nov.2018

 

2 November 2018 / 23 Safar 1440H

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menekuni dengan teliti polemik ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menjadi hangat kini.

Wadah berpandangan kerajaan Malaysia harus memahami keperluan dan hak asasi yang telah disepakati oleh rakyat Malaysia sejak merdeka tentang isu hak kaum dalam negara yang berbilang bangsa yang merupakan suatu keunikan berbanding negara-negara maju lain.

Inilah ‘gaya Malaysia’ dalam menangani isu kaum dan bangsa tanpa terikat, dan ini bukan bermakna Malaysia mengamalkan penindasan. Hakikat yang diperhatikan bahawa pelanggaran hak asasi dan diskriminasi yang berlaku di Barat begitu berleluasa tanpa sebarang hukuman dan tekanan dari mana-mana pihak.

Wadah menyambut baik komen YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meneliti kembali isu ini bersama semua pihak diantara kaum dan bangsa demi kebaikan seluruh rakyat Malayasia.

Sehubungan dengan itu, Wadah mengalu-alukan inisiatif Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat menjadi platform bagi percambahan fikiran dan penambahbaikan serta rekonsiliasi antara kaum dan agama di negara ini. Keperihatinan kerajaan dalam isu ini amat perlu agar Malaysia tidak mudah terperangkap dengan agenda yang merugikan negara terutama usaha menambahbaik hubungan kaum di negara ini.

 

AB HALIM ISMAIL

Timbalan Presiden

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

 

 Antara Kempen ICERD anjuran Pusat KOMAS

Sumber : https://komas.org/8th-national-conference-on-non-discrimination-malaysia-closer-towards-icerd-ratification/

 

 
03.Nov.2018
3 November 2018
 
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menganggap bahawa belanjawan 2019 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng semalam pencetus permulaan sebagai sebuah kerajaan baru bagi memacu pertumbuhan ekonomi dengan lebih mapan. Ini sebagai petanda komitmen kerajaan untuk menyusun kembali ekonomi agar berada atas landasan sebenar.
 
Sesungguhnya Wadah yakin bahawa dalam keadaan krisis keyakinan serta pelbagai polemik ekonomi dan penyelewengan yang berlaku, kerajaan telah berusaha dan mencari jalan untuk memperbaiki kembali ekonomi serta menyusun strategi yang lebih matang agar kemakmuran negara dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Bukan mudah untuk melangkah kembali dalam keadaan hutang negara yang sangat membimbangkan.
 
Wadah juga yakin dengan usaha kerajaan baru di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri akan dapat menempuhi cabaran hutang negara yang meruncing. Dengan segala usaha yang dilakukan melalui penjimatan perbelanjaan, penamatan projek-projek berskala besar serta reformasi institusi akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur untuk masa hadapan.
 
Wadah juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas usaha dan keprihatinan dengan meningkatkan belanjawan bagi urusan hal ehwal Islam yang berjumlah 1.2 bilion bagi memastikan syiar Islam diperkasakan. Ini termasuk peruntukan untuk pusat tahfiz berdaftar, pembinaan masjid dan lain-lain. Begitu juga peningkatan perbelanjaan program-program yang melibatkan melayu dan bumiputera, peningkatan belanja pendidikan, peningkatan ekonomi bumiputra yang masih diberi keutamaan. Ini membuktikan tohmahan bahawa agama Islam dan hak melayu akan hilang selepas pertukaran kerajaan adalah meleset.
 
Justeru Wadah berharap selain daripada komitmen dan janji kerajaan baru bagi meningkatkan peruntukan pembangunan negara, apa yang lebih penting adalah sistem penyampaian, integriti dan pertanggungjawaban. Ini bagi memastikan segala bentuk ketidakadilan, penyelewengan dan rasuh dapat dihapuskan. Inilah harapan rakyat kepada kerajaan demi memastikan negara terus makmur dan sejahtera.
 
Hasri Harun
Naib Presiden
 
 
 
 
18.Sep.2018

 

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah berjaya melaksanakan Muktamar Nasional kali ke-12 pada 15-17 September 2018 lalu bertempat di Bangi Convention Centre (BCC), Bandar Baru Bangi Selangor. Muktamar Nasional juga diserikan dengan Majlis Makan Malam Kiambang Bertaut yang menampilkan kehadiran YBhg Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama lebih 1200 peserta pada malam tersebut.                        .                                                                                                                        

2. Bersempena dengan acara tahunan tersebut juga telah dilaksanakan Seminar Gerakan Islam dan Perubahan Politik yang menampilkan Ucaptama oleh Tokoh Maal Hijrah 1440/2018, Prof Dato' Dr Siddiq Fadzil yang mengupas tajuk Realisasi Agenda Malaysia Baharu. Pada sebelah petang pula diadakan forum Malaysia Baharu menampilkan tiga panelis iaitu YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden/Naib Canselor UNISEL dan Amidi Abd Manan, Mantan Presiden PKPIM dan ABIM. .                                                                                                       

3. Muktamar Nasional kali ke-12 Wadah pada kali ini mengangkat tema dalam Amanat Pimpinan yang disampaikan oleh Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah bertajuk "Dakwah dan Politik : Ibrah daripada Madinah al-Nabi. Amanat yang mengandungi 30 mukasurat itu menggariskan gagasan dan idea besar menyorot perjuangan reformasi sebagai pencetus kepada kejayaan hari ini hingga tertubuhnya kerajaan baharu. Perjuangan yang dimulai dengan kesedaran para pengerak awal menentang penyelewengan dan rasuah pemimpin negara sehingga mencetuskan kekuatan rakyat mengemudi perubahan dengan segala cabaran.                                                                                                                               .      

4. Api dan obor reformasi telah  dimulai sejak 6 September 1998 oleh NGO Islam termasuk ABIM, JIM dan Asasi yang yang kemudiannya mencetuskan penubuhan NGO ADIL dan GERAK. Permulaan perjuangan ini yang telah membawa kepada kesedaran masyarakat sivil, NGO-NGO masyarakat sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (Keadilan). .                                                                                                      .                                                                                                         

5. Perjuangan 20 tahun reformasi yang digerakkan oleh rakyat Malaysia adalah kesedaran dan kecintaan rakyat untuk melihat negara Malaysia dibebaskan daripada kebobrokan pemimpin yang rakus dan tidak bertanggungjawab.                                                                                                            

6. Amanat Pimpinan WADAH juga telah mengenengahkan idea menyorot sejarah perjuangan awal Islam dibawah kepimpinan Agung Nabi Muhammad SAW meneroka model pemerintahan yang berjaya. Dalam mengharungi pembinaan negara  bangsa dalam konteks kerajaan baharu selepas 9 Mei 2018, WADAH optimis dengan segala kekuatan yang boleh dibentuk dalam era Malaysia baharu untuk menyertai usaha membangunkan negara dengan nilai dan jatidiri bangsa Malaysia yang berkualiti.                                                                                                                                                                                                                        

7. WADAH berpandangan bahawa Model pemerintahan yang bercirikan Fiqh Taayush Silmi (hidup bersama secara aman) adalah satu usaha bersama yang harus dilakukan oleh pemerintah dan rakyat dalam rangka kepelbagaian yang wujud sejak awal kemerdekaan. Sewajarnya seluruh rakyat bersedia dengan segala perbezaan bangkit membangunkan negara tanpa mengenepikan lunas-lunas perundangan yang termaktub dalam perlembagaan negara.                                                                                                                                                                                                         

8. WADAH juga berpandangan bahawa seluruh rakyat Malaysia harus kembali menyatukan semangat bersama untuk membangunkan negara, mengurus kejayaan dan kemenangan dengan niat yang ikhlas, berusaha menyatupadukan rakyat dan menyebarluaskan kerahmatan Islam.                                                                                                                                                                                                               

9. Muktamar Nasional kali ke-12 WADAH telah juga menyaksikan pelantikan kepimpinan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia bagi sesi 2018-2021 yang telah diperakui oleh sidang muktamar seperti berikut:

Presiden                 :      Ahmad Azam Ab Rahman

Timbalan Presiden   :       Ab Halim Ismail

Naib Presiden I       :      Ab Khudus Mohd Naaim

Naib Presiden II      :      Prof Madya Dr Nur Izura Udzir

Naib Presiden III     :     Hasri Harun

Naib Presiden IV     :     Naharuddin Abdullah

Setiausaha Agung                   :   Mohd Halimi Abdul Hamid

Penolong Setiausaha Agung     : Nor Aizan Ismail

Setiausaha Kewangan             : Mohd Yusop Hasan

 

10 orang Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat

1. Kamin Samadi

2. Amidi Abdul Manan

3. Ismail Che Ku

4. Prof Dr Mohamad Fauzan Noordin

5. Fauwaz Hasbullah

6. Adibah Ahmad

7. Dato Hadzir Md Zain

8. Khairul Ariffin Mohd Munir

9. Zamri Zainal Abidin

10. Mahanom Basri

Barisan Ahli Jawatankuasa WADAH sesi 2018-2021

 

Mohd Halimi Abdul Hamid

Setiausaha Agung

18 September 2018/8 Muharam 1440H

 

Lampiran – Biodata Presiden WADAH.                 

         .                                                                                                                                                                                                                           BIODATA: AHMAD AZAM ABDUL RAHMAN

Ahmad Azam Abdul Rahman ialah seorang tokoh pemimpin NGO yang sangat aktif berperanan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Dengan bermula sebagai pemimpin gerakan pelajar semasa di universiti pada tahun awal 1980-an, beliau kini telah dipilih sebagai Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), iaitu sebuah NGO yang bertujuan memperkasa umat dengan cara meningkatkan kesedaran dan kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas.  

Ahmad Azam telah dipilih menganggotai jawatankuasa penaja Union of NGOs in the Islamic World (UNIW) organisasi yang beribu pejabat di Istanbul, Turki sejak Mei 2005. Penubuhan UNIW bertujuan untuk menyatukan umat Islam di dunia ini.  Pengasas UNIW berpendapat bahawa usaha penyatuan lebih mudah dilakukan melalui gerakan NGO oleh kerana pendekatan kerja NGO tidak mempunyai banyak kerenah birokrasi. Bagi memastikan NGO-NGO Muslim yang terdapat di mana-mana pelusuk dunia ini bersatu maka ia perlulah digabungkan di bawah naungan kesatuan ini (UNIW).  Ahmad Azam Abdul Rahman telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung UNIW mewakili kawasan Asia Pasifik untuk sesi 2015-2017 dan dipilih sekali lagi untuk sesi 2017 – 2020.  Beliau juga telah disambung khidmat sebagai Ahli Majlis Amanah Munazzamat Dakwah (Sudan) untuk sesi 2018 -2022.

Ahmad Azam telah dijemput bertemu Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan pada 18 Ogos 2016 mewakili UNIW Asia Pasifik bagi mendapatkan maklumat sebenar berkaitan cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016 dan kesannya kepada geo-politik dunia Islam.  Lanjutan dari pertemuan itu Ahmad Azam telah menulis buku Erdogan Bukan Pejuang Islam?.

Sebagai pengiktirafan kepada projek-projek membangunakan masyarakat Islam khususnya pendidikan di Kemboja melalui Global Peace Mission (GPM) Ahmad Azam telah dianugerahkan “Royal Order of Monisaraphon Moha Sena oleh Kerajaan Kemboja pada 26 September 2015 dan  “The Royal Order of the Kingdom of Cambodia of Commander (Thipden)” pada November 2012.

Sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan beliau dalam pembangunan belia dalam dan luar negara, Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah melantik beliau sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Negara bagi tahun 2003-2004.  Beliau juga telah dianugerahkan Pingat Bakti Belia Malaysia (P.B.B.M) oleh Majlis Belia Malaysia pada 12 Ogos 2005.

Ahmad Azam lahir pada 21hb Jun 1960 di Gombak, Selangor.  Beliau mendapat pendidikan di St John Institution dan kemudian meneruskan pengajiannya ke ITM dalam bidang Pentadbiran Awam. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan MBA dari universiti di Amerika Syarikat. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai MARA Daerah Seberang Perai Utara, Pengurus Latihan, Institut Kajian Dasar, Pengarah Latihan P&Q Consult Sdn Bhd, serta Pensyarah di Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam.

11.Sep.2018

                   

       

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) merakam ucapan Tahniah dan Syabas kepada murabbi ummah Dato' Dr Siddiq Fadzil, Pengerusi Majlis Istisyari Wadah atas penganugerahan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018.

 

2. Sesungguhnya anugerah yang diterima adalah suatu penghargaan tinggi oleh pihak kerajaan atas sumbangan beliau dalam dunia akademik dan dakwah sejak lebih 40 tahun lalu. "Ini adalah kemenangan ummah" adalah rakaman ucapan ringkas beliau yang sangat monumental disaksikan ribuan rakyat Malaysia. Satu penghargaan kepada seluruh penggerak dakwah.

 

3. Dato' Dr Siddiq Fadzil adalah seorang tokoh ilmuwan negara, seorang ahli akademik disegani yang banyak menyumbangkan idea dan ilmu-ilmu kontemporari dalam bidang dakwah dan kenegaraan yang menjadi sumber rujukan banyak pihak dalam negara. Idea dan gagasan yang diilhamkan oleh beliau dalam mengenengahkan Fiqh Maliziy sejak tahun 80an hingga kini telah banyak menyumbang kepada kajian dan rujukan para sarjana dalam dan luar negeri.

 

4. Selain banyak menyumbang kepada dunia akademik melalui Universiti Kebangsaan Malaysia, nama Siddiq Fadzil lebih dikenali oleh NGO-NGO dan Pertubuhan Islam di Malaysia melalui penglibatan beliau sebagai Presiden ABIM sejak 1982.

 

5. Kini, Dato' Dr Siddiq Fadzil masih menyumbang idea dan tenaga dalam dunia pendidikan dan masyarakat selaku Presiden Kolej Dar al Hikmah, Profesor Adjung Universiti Selangor (UNISEL), Pengerusi Institut Darul Ehsan sebuah think tank yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor malah kini sering dijemput menyampaikan kertas kerja dan dilantik sebagai pakar rujuk oleh banyak agensi kerajaan.

 

6. Kami warga besar Wadah Pencerdasan Umat Malaysia seluruh negara berasa bertuah dan bersyukur ke hadrat Allah SWT atas penganugerahan besar ini kerana telah memilih seorang putra utama dan pakar rujuk umat yang banyak sumbangan dan jasanya dalam pembangunan umat Islam di Malaysia.

 

 

 

 

Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
1 Muharam 1440/10 September 2018

17.May.2018
Sekretariat Hal Ehwal Wanita (SALWA), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengucapkan ;
 
SELAMAT HARI GURU 2018
 
kepada semua warga PENDIDIK,
baik yang bergelar “guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah, professor”, dan sebagainya.
 
Sambutan Hari Guru pada tahun 2018 ini bertemakan “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”.
Tema ini dipilih bagi membuktikan peri pentingnya peranan guru sebagai agen dalam memperteguh transformasi pendidikan negara selaras dengan PPPM 2013-2025.
Guru memainkan peranan sebagai pemacu transformasi pendidikan dalam memastikan kejayaan dan aspirasi dasar-dasar transformasi negara tercapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru juga berperanan besar dalam menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan. [pendidik2u.my]
 
Pendidik berperanan untuk mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian pelajar secara menyeluruh dan seimbang yang akan mencorakkan masa depan negara, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugas sebagai guru harus dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab, serta dengan penuh dedikasi dan cemerlang, kerana ia tugas yang sangat penting untuk membimbing dan membentuk pelajar agar menjadi insan seimang dari segi kognitif (intelektual), afektif (insaniah), dan psikomotor (kemahiran praktikal).
 
Gersang bumi tanpa hujan,
Gersang akal tanpa ilmu,
Gersang hati tanpa iman,
Gersang jiwa tanpa amal.
 
Akal perlu dipandu dengan ilmu, dan hati dibimbing dengan iman. Namun ilmu yang tinggi akan sia-sia jika tidak diamalkan, dengan berpandukan iman. Justeru, kita seharusnya menekankan kepada pendidikan bersepadu yang bukan sahaja bermatlamatkan pencapaian akademik semata-mata, tetapi lebih menitik beratkan pembinaan peribadi berpaksikan keimanan dan prinsip nilai dan akhlak. Pendidikan WATAK harus diberi penekanan seiring dengan pendidikan OTAK.
 
Jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, setiap kita adalah pendidik, dan harus berperanan untuk mendidik anak bangsa dengan menyampaikan ajaran yang baik, sesuai dengan saranan Rasulullah s.a.w.,
“Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat.”
 
Setinggi penghargaan kepada semua guru dan pendidik yang tidak pernah jemu menyumbangkan tenaga, menyampaikan ilmu, dan mendidik anak bangsa. Semoga semua ilmu yg dicurahkan bermanfaat dan menjadi amal soleh sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
 
Selamat Hari Guru 2018.
 
Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir
Naib Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
  • Terkini
  • Popular
  • Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menzahirkan sembah…
  • Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melahirkan rasa…
  • SHAH ALAM - Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…
  • 16 Sept. 2018, BANGI - Sahabat-sahabat dari…
  • Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH kesal dan…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • EID MUBARAK 1439H
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map