EIDUL FITRI MENJUNJUNG NILAI PERPADUAN UMMAH

 

 

5 Jun 2019/ 29 Ramadan 1440

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengucapkan Salam Eidul Fitri al-Mubarak1440/2019 kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Sesungguhnya perayaan ini adalah merupakan satu anugerah daripada Allah SWT kepada umat Islam seluruh dunia setelah berjuang jiwa dan raga bagi mencapai darjat Taqwa di sisiNya.

Wadah menyeru kepada seluruh umat Islam agar menjadikan sambutan Eidulftri pada kali ini sebagai titik permulaan mengembalikan semangat berkasih sayang , saling hormat menghormati dan bertoleransi demi sebuah masyarakat yang kuat dan berjaya. Inilah tujuan dan falsafah Fitrah yang dilaungkan atas asas kesatuan, menjunjung nilai murni serta perpaduan yang diperjuangkan oleh umat Islam sebelum ini. Apa gunanya kita berhari raya , saling bermaaf-maafan tetapi tidak mengamalkan semangat kesatuan sesama umat Islam dalam negara sebagaimana di anjurkan dalam Al-Quran. Firman Allah :

" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah diantara dua saudara kamu yang bertelingkah itu. Dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh Rahmat" - Al-Hujurat: 10

Wadah juga menyeru seluruh umat Islam menghayati sifat al-Rahman dan al-Rahim yang menjadi tunjang kekuatan umat islanm semasa menyambut Eidulfitri. Justeru kita disunatkan bertakbir,bertasbih dan bertahmid kepadaNya adalah sebagai satu manifestasi penyerahan dan ibadah yang mutlak disamping memuji Allah SWT. Sebagaimana hadith Nabi " Hiasilah hari-hari raya kamu dengan Takbir" - Riwayat Tabrani.

Wadah juga mengajak umat Islam kembali memahami Maqasid Eidulfitri iaitu mengagungkan Kebesaran Allah dan menyedarkan manusia bahawa mereka semua adalah sama iaitu hamba-Nya yang kerdil. Dalam konteks ini, sikap-sikap chauvinistik, rasis dan etnosentris sama sekali tidak konsisten bahkan berlawanan dengan maqasid di sebalik sambutan Eidulfitri. Sikap dan pendekatan seperti ini akan hanya merosakkan hubungan sesama manusia apatah lagi dalam konteks masyarakat berbilang bangsa dan kaum seperti di Malaysia. Kita perlu menolak pendekatan demikian, sebaliknya mempertahankan konsep *li ta`aarafu* yang mendokong persefahaman dan tolak ansur sesuai dengan Islam sebagai agama dakwah dengan pendekatan wasatiyyahnya.

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Walillahil Hamd

 

Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden

Read 2078 times
  • Terkini
  • Popular
  • AYUH INFAQ BERSAMA KAMI! Mahu menyumbang tetapi…
  • We are saddened by the sudden death…
  • 5 Jun 2019/ 29 Ramadan 1440 Wadah…
  • 12 Nov 2018, Bangunan JAWI - WADAH…
  • 5 November 2018, BANGI - Kunjungan Dr…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • EID MUBARAK 1439H
  • 3 November 2018 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…

HUBUNGI KAMI

Sekretariat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 2142 / 8920 1769
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT