14 Februari 2018, KAJANG - Pertemuan mesra di antara pelajar-pelajar Kolej Dar Al-Hikmah (KDH) bersama Presiden KDH, Prof Dato Dr Siddiq Fadzil, CEO KDH, Hj Khailani Jalil, Ahli Jawatankuasa Pusat Infaq Wadah (PIW) dan beberapa orang staf KDH telah diadakan bertempat di bilik seminar, KDH.
Pertemuan ringkas ini diadakan bertujuan bertemu mesra dan berkenalan secara lebih dekat dengan beberapa orang pelajar-pelajar yang dibiayai pengajian mereka oleh PIW. Majlis diakhiri dengan meraikan pelajar- pelajar dengan jamuan tengahari.
Semoga pelajar-pelajar tajaan ini dapat belajar bersungguh-sungguh serta menjadi orang yang bermanfaat untuk keluarga dan agama kelak.