HARI KELUARGA JAMAAH WADAH-ABIM-PERKEPIS SARAWAK 2017

04 NOVEMBER 2017, Sabtu - Sekretariat Majlis Syura Negeri Sarawak (MSN Sarawak) telah menganjurkan Hari Keluarga Jamaah WADAH-ABIM-PERKEPIS Sarawak dan Majlis Pengkisahan 40 Tahun ABIM Sarawak bertempat di Ibu Pejabat TASKI ABIM, Taman Sri Wangi, Kuching. Program ini turut dihadiri oleh 3 orang wakil daripada WAP Pusat iaitu Ustz. Ismail Che Ku (Exco Wadah Pusat), Pn. Nur Azura Kamaruddin (Ketua HELWA ABIM) dan Sdr. Muhamad Zaki Khairul (Naib Presiden PKPIM).

Program dimulakan seawal jam 8:45 pagi dimulai dengan ucapan alu-aluan Pengarah Program, En. Safiee bin Hanapi (Ketua Sekretariat Majlis Syura Negeri Sarawak) dan diteruskan dengan ucapan sambutan Pengerusi Majlis Syura Negeri Sarawak, Tn. Haji Raslie Shahran. Seterusnya, ucapan dan pengenalan barisan kepimpinan bagi Wadah-ABIM-Perkepis bagi sesi 2017-2018 diperkenalkan dari setiap wakil ; Sdr. Awang Syazuan Syafiq bin Awang Jayah (YDP PERKEPIS), Sdr. Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin (YDP ABIM Sarawak) dan Hj Zamri bin Mohamad (Pengerusi WADAH Sarawak).

 

Sesi Pengkisahan 40 tahun ABIM Sarawak diteruskan melalui pengkisahan dari Al-Fadil Ustaz Haji Jahidin bin Abang Abdul Latif & Haji Raslie Shahran yang telah berkecimpung sebagai aktivis jamaah sedari awal di bumi Sarawak.

Turut diadakan pada program kali ini adalah Sesi Menghadam Ucapan Dasar PKPIM & ABIM dan Amanat Pimpinan WADAH Pusat. Ketiga-tiga wakil dari Pusat telah membentang dan menyampaikan intipati utama ucapan dari ketiga-tiga Presiden pada Ijtimak Harakiy WAP kali ke-5 yang baru berlangsung pada 13-15 Oktober lalu. Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

 

 

Moga dengan berlangsungnya program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim agar segala gerak kerja dakwah yang dirancang dapat dilaksana secara bersama dan menyeluruh, in shaa Allah. 

Read 2099 times
  • Terkini
  • Popular
  • 2 November 2018 / 23 Safar 1440H…
  • 3 November 2018 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…
  • 10 Feb 2018, BANGI - Pusat Infaq…
  • EID MUBARAK 1439H
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • 17 Disember 2017, IPOH - Seminar Politik…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map