PENGENALAN
Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan oleh AJKP WADAH sebagai inisiatif memperkasakan usaha-usaha menjana sumber kewangan untuk kepentingan jamaah. PIW diwujudkan bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada usaha penjanaan dana dan kewangan secara cekap dan berkesan bagi membiayai program dan aktiviti-aktiviti jamaah. Antara peranan utama PIW adalah:
- - Menerima sumbangan dan infaq dari anggota WADAH dan masyarakat.
- - Membantu menggalakkan masyarakat membayar zakat dan menyalurkannya ke institusi-institusi zakat negeri.
- - Membantu institusi-institusi zakat mengagihkan infaq dan zakat kepada asnaf serta mereka yang layak menerima.
Kelebihan menggunakan PIW untuk membayar infaq/zakat:
- - Melaksanakan tuntutan syara'.
- - Membantu membangunkan jamaah dan mengembangkan kegiatannya.
- - Memastikan sumber-sumber dapat digunakan secara cekap dan berkesan untuk program-program dakwah yang benar-benar strategik.
AHLI JAWATANKUASA PIW
Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa terkini yang menguruskan Pusat Infaq WADAH (PIW) :
Struktur Organisasi PIW
Kemaskini Feb 2018
PANEL SYARIAH
Panel Syari'ah diwujudkan bagi menasihati perjalanan PIW dan memastikan urusan kutipan infaq dan agihannya adalah patuh syari'ah. Berikut merupakan panel syariah untuk PIW:
Panel Syariah PIW
Kemaskini Feb 2018
PRESTASI PIW TAHUN 2014
Prestasi penerimaan dan pengagihan wang zakat WADAH pada tahun 2014 boleh dilihat di pautan berikut:
http://www.wadah.org.my/component/k2/item/504-kutipan-zakat.html
SASARAN PIW TAHUN 2015
Sasaran perolehan dan agihan wang zakat bagi tahun 2015 berjumlah RM 500,000.00. Beberapa strategi dan langkah akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran tersebut agar agihan zakat dapat diberikan pada yang memerlukan.
'Berinfaq Sambil Menyumbang Kepada Jamaah'