×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 42
10.Jun.2014

Sabtu- 7 Jun 2014 telah berlangsung Seminar Pemantapan Aqidah Dan Pemberdayaan Ummah bersempena dengan Sambutan Ijtimak Harakiy Pertama WADAH-ABIM-PERKEPIS Sarawak dan Muktamar ABIM Negeri Sarawak kali yang ke-35. Seminar yang dianjurkan bersama oleh WADAH-ABIM dan Perkepis Sarawak diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya Jabatan Agama Islam Sarawak, JAKIM Caw. Sarawak, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dan juga beberapa jabatan dan syarikat swasta.

03.Jun.2014

Lawatan ini telah diadakan pada 20 April 2014 (Ahad) pada 9.00 pagi sebelum kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan. Antara aktiviti yang dilakukan adalah melihat deraf pelan susun atur bangunan, tanda sempadan tapak dan kerja-kerja ukur tanah yang dijalankan.

03.Jun.2014

Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan Hayrat mengadakan Ekspedisi Pendidikan ke Turki dan Uzbekistan sempena Simposium Antarabangsa kali ke-6 Badiuzzaman Said Nursi dan Risale an Nur pada 26 dan 27 Mei 2013 di Ankara, Turki. Seramai 25 orang yang terdiri dari pimpinan dan ahli WADAH telah terlibat dalam Ekspedisi Turki/ Uzbek 2013 mulai 17 Mei 2013 sehingga 31 Mei 2013. Ekspedisi ini akan melawat ke Istanbul dan Bursa di Turki, sementara di Uzbekistan ke Tashkent, Bukhara dan Samarkhand.

Diketuai oleh Hj Ahmad Azam Ab Rahman, Timbalan Presiden WADAH, ekspedisi ini terlebih dahulu akan ke Uzbekistan untuk menjalin hubungan dengan NGO-NGO Islam di sana. Selepas itu mereka akan bertolak ke Turki bagi menghadiri Simposium Said Nursi dan mengadakan lawatan ziarah dengan kerjasama Hayrat Foundation. Simposium Antarabangsa kali ini dijangkakan akan dihadiri oleh sekitar 10,000 orang peserta dengan pembentang kertas kerja dari kira-kira 15 buah negara termasuk dari Malaysia.

26.Apr.2014

Majlis Pecah Tanah dan Doa Selamat, Pusat Dakwah dan Tarbiyah WADAH, Sg. Merab diadakan pada 26 April 2014 iaitu pada hari sabtu sabtu, jam 9.30 pagi di rumah Tuan Haji Mohd Yusof Hassan. Dirasmikan oleh Dr. Abd Halim Muhammad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah Waqaf WADAH.

18.Apr.2014

Wacana siasah 3 ini telah berlangsung pada 18 April 2014 di Kolej Dar Al-Hikmah jam 8.30 malam. Wacana siasah pada kali ini adalah untuk membahaskan mengenai masa depan politik Turki semasa pentadbiran Erdogan. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman dan Tuan Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan dua orang ahli penal yang dijemput untuk menyampaikan perbahasan pada hari tersebut.

07.Sep.2013

Muktamar Nasional WADAH (MUKNAS) kali ke – 7 telah berlangsung pada 7 – 8 September 2013 yang lalu di UNISEL, Shah Alam. Kali ini, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil telah menyampaikan amanat pimpinan dengan tema “Gerakan Islam dan Politik Perubahan: Optimis Dalam Waspada”. Pada tahun ini, Muktamar Nasional WADAH (MUKNAS) kali ke – 7 diadakan serentak bersama muktamar ABIM dan PKPIM sempena  seminar antarabangsa yang dianjurkan oleh ABIM di Dewan SUK, Shah Alam.

27.Jun.2013

Pada 27 Jun 2013, Nadwah Ilmuan telah mengadakan Usrah Nadwah Siri Ke 3. Tajuk yang dibawa ialah “Tema-tema Utama Pemikiran Rashid Ghanoushi” dibentang oleh Dr Mazlee Malik dari UIAM, bertempat di Balai Seminar, Dato Dr Siddiq Fadzil.  Seramai 30 orang hadir terdiri dari ahli Nadwah dan mahasiswa.

01.Jun.2013

Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan Hayrat mengadakan Ekspedisi Pendidikan ke Turki dan Uzbekistan sempena Simposium Antarabangsa kali ke-6 Badiuzzaman Said Nursi dan Risale an Nur pada 26 - 27 Mei 2013 di Ankara, Turki. Seramai 25 orang pimpinan dan ahli WADAH telah terlibat dalam Ekspedisi Turki/ Uzbek 2013 mulai 17 - 31 Mei 2013. Ekspedisi ini akan melawat ke Istanbul dan Bursa di Turki, sementara di Uzbekistan ke Tashkent, Bukhara dan Samarkhand.

23.Nov.2012

Majlis Pecah Tanah dan Doa Selamat, Pusat Dakwah dan Tarbiyah WADAH, Sg. Merab diadakan pada 26 April 2014 iaitu pada hari sabtu sabtu, jam 9.30 pagi di rumah Tuan Haji Mohd Yusof Hassan. Dirasmikan oleh Dr. Abd Halim Muhammad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah Waqaf WADAH.  

  • Terkini
  • Popular
  • 2 November 2018 / 23 Safar 1440H…
  • 3 November 2018 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…
  • 10 Feb 2018, BANGI - Pusat Infaq…
  • EID MUBARAK 1439H
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • 17 Disember 2017, IPOH - Seminar Politik…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map