TINDAKAN KE ATAS DR ZAKIR NAIK

Dr. Zakir Naik

 

Tindakan Hindraf dan sekumpulan 19 orang aktivis hak asasi yang menuduh Dr. Zakir Abdul Karim Naik, penceramah tele-da‘i dari India, sebagai ‘ancaman terhadap keselamatan negara’ dan mendesak Kerajaan Malaysia supaya ‘menghalangnya dari memasuki negara ini, menahannya, kiranya dia berada di negara ini, serta segera mengusirnya keluar’ tidak lain hanya menggambarkan kedangkalan pengetahuan, sikap tertutup, cara berfikir yang sempit dan emosi kebencian yang tidak berasas.

 

Tokoh Ma‘al Hijrah Malaysia 2013, dituduh sewenang-wenang sebagai ‘orang yang tidak dikehendaki’ dan sebagai ‘penyebar rasa kebencian’. Kumpulan yang mendesak tindakan ke atasnya sering menggunakan alasan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kerajaan India, UK dan Canada terhadap beliau. Sedang negara-negara Islam umumnya mengiktiraf kebolehan dan kepakarannya termasuk Malaysia, Saudi Arabia dan juga Indonesia. Di Malaysia, masyarakat Islam mainstream menerimanya dengan baik dan beliau mendapat tajaan kerajaan negeri dan universiti bagi menjayakan program-programnya.

 

Mengikuti syarahan dan kuliah yang disampaikan beliau, tidak ditemui anjuran-anjuran membenci dan bermusuh antara penganut agama-agama. Bahkan beliau sering menegaskan bahawa program-programnya bertujuan mewujudkan keharmonian antara kaum dan agama dan tidak bertujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan. Kelebihan dan kepetahannya dalam menjelaskan perbezaan antara agama dan kandungan pelbagai kitab agama adalah wacana yang perlu dira‘i secara terbuka dan rasional berasaskan ilmu dan intelek, bukan dengan ‘menutup mulut’ beliau.

 

WADAH menyeru supaya Kementerian Dalam Negeri bersikap lebih objektif dan profesional, tidak tunduk kepada desakan kumpulan kecil yang tidak mewakili masyarakat terbanyak yang berfikiran terbuka. Sebenarnya tindakan mereka yang demikian itulah yang menambah kebencian dan menjarakkan lagi jurang perbezaan antara penganut agama, khususnya antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Justru kerana itu kami mengalu-alukan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa, Dr Zakir Naik bebas bergerak di Malaysia dan beliau tidak termasuk dalam senarai individu yang mengancam keselamatan negara.

 

WADAH meminta semua pihak supaya melihat kepelbagaian yang ada di negara ini sebagai satu kelebihan dan berusaha mengurusnya dengan cara lebih bijaksana berasaskan ilmu dan fakta, bukan emosi dan perasaan.

 

'Mengangkat Martabat Umat'

 

ABDUL HALIM ISMAIL
Naib Presiden,

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

6 Mac 2017 

Read 575 times
  • Terkini
  • Popular
  • CONGRATULATORY MESSAGE TO TURKEY We wish to…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • 3 APRIL 2016, Ahad - Lawatan Kerja…
  • 12 MAC 2016 - Lawatan Kerja WADAH…
  • Penculikan Paderi Raymond Koh Keng Joo, 62…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map