Pernyataan Sikap dan Pendirian Terhadap Kudeta Tentera dan Kekejaman Ke Atas Rakyat Mesir

Tindakan barbaric regim tentera pimpinan Abdul Fattah al-Sisi tidak ubah seperti tindakan Fir’aun yang sanggup membunuh anak-anak kecil kerana takutkan kemunculan kesedaran baru dalam kalangan rakyat. Kekejaman melampau tentera yang menggunakan kereta kebal, helikopter dan peluru hidup telah mengakibatkan lebih 600 orang awam terbunuh dan lebih 4,000 orang cedera, hanya dalam tempoh sehari, adalah satu bentuk state terrorism, satu tindakan tidak bertamaddun lagi memalukan di abad ini. Hanyalah kerana hendak mempertahankan kepentingan kelompok dan kedudukan selesa yang mereka nikmati sejak zaman Mubarak, pemerintah tentera sanggup ‘berperang’ dengan saudara-saudara mereka sendiri, membunuh rakyat tidak bersenjata yang hanya memprotes secara aman bagi mendapatkan kembali keadilan dan kehidupan demokratik mereka. Kebencian pihak tentera, kelompok nasionalis dan golongan liberal-sekular terhadap bangkitnya satu kesedaran baru denagn Islam sebagai tunjangan, tidak dapat diselindung-selindung lagi. Islamophobia kini tidak sahaja datang dari luar tetapi juga dari orang-orang Islam yang hilang kewarasan.

Kita mempunyai keyakinan bahawa usaha menyingkirkan Ikhwan Muslimin dan Morsi telah bermula dari hari pertama beliau memegang tampuk pemerintahan. Kuasa-kuasa Barat bersama boneka mereka yang terdiri dari pemerintah negara Arab tertentu telah berkonspirasi secara jahat dengan menggunakan wang, media dan pelbagai tipu muslihat bagi menggagalkan apa juga usaha positif yang boleh memberi kredit kepada Morsi. Media digunakan oleh mereka untuk memomok Morsi dan menggelapkan segala usaha baik yang dibuatnya. Mereka sengaja membentuk dan membina kebencian rakyat untuk memberi justifikasi untuk mereka bertindak. Tindakan tentera menjatuhkan Morsi adalah kudeta, walaupun dipanggil dengan nama-nama lain diberi, adalah salah dan tidak sah. Dengan kudeta menjatuhkan Morsi, bererti tentera telah meminjak-mijak demokrasi yang diperjuangkan selama ini dan mengangkat semula dictatorship serta kembali ke era sebelum 2011. Tindkan mereka menjadi precedent bahawas siapa sahaja pemerintah awam pada masa akan datang boleh disingkirkan dengan keputusan uniliteral tentera sekalipunpemerintah tersebut dipilih secara sah melalui pilihan raya.

Kami menegaskan bahawa tentera dan al-Sisi tidak mempunyai legitimasi untuk memerintah Mesir. Kami menegaskan bahawa tidak ada penyelesaian lebih baik dari memulang kembali kuasa kepada Morsi dan Parti Kebebasan dan Keadilannya. Parti tersebut mesti diberi tempat dalam sebarang proses demokrasi dan pilihan raya masa akan datang. Tindakan mengharamkan Ikhwan Muslimin dan menafikannya dari terlibat dalam proses demokrasi adalah satu kesilapan besar yang akan membawa Mesir ke dalam kancah keganasan yang memusnahkan masa depannya. Sikap terbuka dan positif Ikhwan untuk terlibat dalam proses demokrasi secara terbuka dan sihat menjadi tidak bermakna sama sekali. Tindakan-tindakan kejam dan ganas Ini hanya akan mencetus generasi baru yang kecewa dengan kaedah demokrasi dan pendekatan aman lalu memilih tindakan-tindakan keras, ganas dan penentangan bersenjata sebagai alternatif.

WADAH menyeru semua para pejuang keadilan dan pendokong demokrasi supaya bangun menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap kudeta oleh tentera dan tindakan ganas tanpa peri kemanusiaan membunuh rakyat yang tidak berdosa. Kita percaya tindakan tentera ini akan menambahkan polarisasi di kalangan rakyat Mesir dan mengundang konfrontasi yang tidak akan berkesudahan antara pemerintah dan rakyat. WADAH menyeru negara-negara dunia, khususnya OIC dan negara-negara Islam supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan Mesir dan mengkaji hubungan perdagangan dengannya sekiranya tentera dan as-Sisi masih berkuasa dan bertegas untuk bertindak ganas. Selanjutnya WADAH berpandangan tentera dan as-Sisi mesti bertanggungjawab terhadap kudeta dan pembunuhan beramai-ramai yang mereka lakukan. Satu tribunal perlu ditubuhkan bagi mengadili tindakan mereka dan menentukan hukuman berasaskan jenayah yang telah mereka lakukan.

 Ab. Halim Ismail

Setiausaha Agung.
20 Ogos 2013.

Read 658 times
  • Terkini
  • Popular
  • CONGRATULATORY MESSAGE TO TURKEY We wish to…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • 3 APRIL 2016, Ahad - Lawatan Kerja…
  • 12 MAC 2016 - Lawatan Kerja WADAH…
  • Penculikan Paderi Raymond Koh Keng Joo, 62…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map