26.Nov.2011

Hasrat untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang bergerak menerima ciri-ciri masyarakat madani (civil society) dengan menjunjung hak-hak asasi dan prinsip-prinsip demokrasi, tampaknya tidak kesampaian - sekurang-kurangnya buat masa ini. Pengumuman kandungan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dibentangkan di parlimen baru-baru ini dan bakal dibahaskan pada hari Selasa akan datang (29 november 2011) membuktikan bahawa apa yang disebut sebagai satu langkah bersejarah itu, mungkin berakhir dengan bertambahnya kekecewaan rakyat terhadap sikap represif pemerintah. Langkah yang diwar-war sebagai tanda sikap terbuka pemerintah ke arah perluasan ruang demokrasi, ternyata hanyalah satu helah untuk menambah kekangan ke atas hak demokratik rakyat dengan memperketat dan mempersulitkan hak untuk berhimpun secara aman.

26.Nov.2011

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) sekeras-kerasnya mengecam tindakan kumpulan Datuk T (Tan Sri Abdul Rahim Tamby Cik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim) yang bertindak mendedahkan kepada umum rakaman video yang dikatakan melibatkan perlakuan seks oleh seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita. Tindakan demikian jelas bukan sahaja berlawanan dengan undang-undang tetapi juga melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh agama dan bertentangan dengan budaya masyarakat Melayu. Perbuatan mereka, yang mengakibatkan jatuhnya maruah seseorang adalah perbuatan faahisyah (perbuatan keji) yang amat ditegah oleh Islam.

05.Oct.2011

Rangkaian gerakan Islam ABIM-PKPIM-WADAH merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam menyikapi isu hudud yang kembali dipolemikkan dan dipolitikkan sebagaimana tercermin dalam kenyataan-kenyataan pelbagai pihak, termasuk yang mengeksploitasikannya dengan motif semata-mata untuk kepentingan politik sempit, juga yang menanggapinya secara dangkal, nakal dan provokatif. Isu penting dan berimplikasi besar ini seharusnya ditanggapi dan disikapi dengan rasa tanggungjawab keagamaan, amanah keilmuan, dan kesedaran kewarganegaraan sesuai dengan nilai-nilai budaya bangsa yang bertamadun dan beradab.

03.Oct.2011

Kita mengingat  nama Ibrahim `a.s. dan keluarga  dalam selawat dan tahiyyat berkali-kali saban hari.   Tetapi mengingatnya di tengah aura `id al-adha terasa ada kelainannya,  lebih syahdu dan lebih mengharukan.  Ibrahim `a.s. adalah nama besar,  nama yang disebut dalam dua puluh lima surah al-Qur'an.  Kisah Ibrahim `a.s. memang bukan sebuah karya fiktif,  tetapi qissah Qur'aniyyah yang kerelevanannya merentas abad, melintas jagat. Para aktivis perjuangan Islam  memaknai kisah tersebut   bukan sekadar lipur lara, tetapi penyerlahan  legacy agung seorang Rasul pejuang kebenaran,  kisah yang membawa pesan wisdom perjuangan dan pendidikan hikmah kenabian.

21.Sep.2010

12 Syawal 1431H / 21 September 2010

YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin,
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PEMANSUHAN UPSR-PMR: PERNYATAAN KEPRIHATINAN TERHADAP ORIENTASI PENDIDIKAN NEGARA

Mukadimah

Terlepas dari soal setuju atau tidak, cetusan idea pemansuhan UPSR-PMR kami tanggapi sebagai isyarat positif bahawa pada tahap pembuat dasar telah ada kesediaan untuk melakukan rethinking, menilai dan memikirkan semula kerelevanan sistem pelajaran kita secara menyeluruh dan mendasar. Cadangan pemansuhan peperiksaan (UPSR-PMR) tentunya tidak hanya sekadar memansuh semata-mata untuk memansuh, tetapi dilatari kesedaran tentang wujudnya masalah, bukan hanya masalah-masalah yang berbangkit dari peperiksaan dan isu-isu yang terkait dengannya, tetapi masalah yang lebih fundamental dan mendasar.

 

26.Jul.2010

Commission for Social, Humanitarian & Solidarity, Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) denounce the government of Bangladesh for Constitutional and Human Rights violations by imprisoning top leaders of the Bangladesh Jamaat-e-Islami (BJI) on trumped up charges and for conspiring to establish a puppet state and one party government.

The Ameer of Bangladesh Jamaat-e-Islami and former Cabinet Minister Maulana Motiur Rahman Nizami including his deputy, Maulana Delawar Hossain Sayedee and Secretary General Ali Ahsan Mohammad Mojaheed were arrested on June 29, 2010 on such a vague charge that the court immediately allowed them bail.

  • Terkini
  • Popular
  • Sistem Nilai Islam Dalam Era Pascamoden Dan…
  • 12 Julai 2017, GOMBAK - Alhamdulillah selesai…
  • Pernyataan Sikap ISU LARANGAN MENUTUP AURAT PEKERJA…
  • Pernyataan Wadah sempena Hari Kemerdekaan ke-60 dan…
  • Memperingati 15 Julai 2016: Kemenangan Rakyat Turki…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map