18.Apr.2017

 

CONGRATULATORY MESSAGE TO TURKEY

 

  1. We wish to express our sincere and heartfelt congratulations to President Recep Tayyib Erdoğan and the proud people of Turkey for their success in the constitutional referendum.
  1. The Turkish people have made the decision through a democratic process to replace the existing parliamentary system of government with a presidential system.
  1. This decision must be respected by all parties especially those who lay claim to be democratic leaders and champions of democracy.
  1. The historic constitutional referendum will transform not only Turkish politics but also the world Islamic politics vis-a-vis the western world. Turkey will emerge as a new world power and will become the spokesman for the Islamic world. Turkey's foreign policy which has been considered as pro-West will become more independent and more assertive for the sake of Turkey and the Islamic world.
  1. The western media narratives demonizing Erdoğan in an attempt to paint him as a dictator have been rejected by the people of Turkey based on the results of this referendum. The success of President Erdoğan in developing Turkish economy was a major factor for this positive referendum result.
  1. The western world must acknowledge the new reality. Turkey is on the way to become a new world power representing the voice of Muslims all over the world after the failure of the OIC as spokesman and advocate for the rights and welfare of all Muslims.
  1. We sincerely hope that the trust placed in the President by the people of Turkey will be an inspiration to continue great efforts in promoting the unity of Yeni Türkiye leading it on the path of further prosperity and security of Turkey as well as the Ummah globally.

 

 

AHMAD AZAM AB RAHMAN

President           

Movement for the Enlightenment of the Ummah (WADAH)

MALAYSIA

25.Mar.2017

LeFou, watak gay dalam filem Disney 'Beauty and the Beast' lakonan Josh Gad

 

Majalah Attitude, sebuah penerbitan LGBT menganggap Beauty and The Beast (BB) sebagai “Disney’s gayest film ever” dengan “a same-sex surprise for fans”. Matt Cain, editor-in-chief majalah tersebut mengalu-alukan ‘gay character’ dan ‘exclusively gay moment’ dalam filem tersebut dengan kata-katanya, 

   “It may have been a long time coming but this is a watershed moment for Disney…By repsenting same-sex attraction in this short but    explicitky gay scene, the studio is sending out a message that will be heard in every country of the world, even countries where it’s        still socially unacceptable or even illegal to be gay…It’s only a first step towards creating a cinematic works that reflects the world in      which many of us are now proud to live… It’s a step in the right direction and I applaud Disney for being brave enough to make it –        and in doing so hopefully helping to change attitudes and bring about real social progress…By representing same-sex attraction in        this short but explicitly gay scene, the studio is sending out a message that this is normal and natural.”

 

Banyak pihak yang melihat aspek ‘gay’ sebagai aspek yang tertonjol dalam filem ini:

   “feature Disney’s first openly gay character” - Variety
   “will have Disney’s first ever exclusively gay moment” – MTV News.
   “Disney finally comes of age with its first gay character” – InUth Beta.
   “a gay romantic storyline for the first time in Disney’s history” – Independent.
   “BB to feature Disney’s first openly LGBTQ character” – comebook.com
   “Disney to make history with first ever ‘gay moment’ in movie” – Hollywood Life.
   “BB exclusively gay moment will be a Disney first, director tells magazine – Tampabay.com

 

Bill Condon, Pengarah BB, berbangga dengan karaktor gay LeFou (dilakonkan oleh Josh Gad) dan adegannya.

   “And Josh make something really subtle and delicious out of it… And that’s what it’s pay-off at the end, which I don’t want to give           away. But it is nice, exclusively gay moment in a Dishey movie” – Fox News Entertainment.

 

Filem ini dikritik oleh termasuk oleh Dr Ted Baehr, penerbit Movieguide Publisher, yang menerangkan pendiriannya kepada CBNNews tentang filem dan ‘gay moment’ dalam tersebut, “Disney has ‘marred’ its live-action remake of Beauty and The Beast…Though brief, the subplot is so in-your-face and political that it destracts from the main fantasy”. Franklin Graham, evangelis Amerika yang terkenal mengecam Disney, “They are trying to push LGBT agenda into the hearts and minds of your children… I hope Christians will say no to Disney”. Ramai pengkritik melihat, “there are many gay moments in the movie which expose a broader pro-LGBT agenda’.

 

Memahami implikasi negatif filem ini, The Henagar Drive-in Theater di Alabama, enggan menayangkan filem Beauty and The Beast. Kenyataan rasmi Henagar menyebut,
   “When companies continually force their views on us, we need to take a stand. We all make choices and I am making one.”

 

Ahli parlimen Russia juga mendesak supaya filem tersebut disekat masuk dan melabel filem tersebut (seperti yang dikutip oleh CNN) sebagai, “a blatant, shameless propaganda of sin and perverted sexual relationships”. Pelakon Russia, Pavel Derevyanko memberitahu TV Russia 24, “I will not take my kid to this movie”.

 

Masyarakat umum lega apabila Nur Jazlan Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri menyatakan dengan tegas pada 18 Mac, 
   “The government will not allow any films on lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) (for screening) because the elements          portrayed in the movie could influence us. The government is firm in its stand to not allow the screening of the film 'Beauty and the       Beast' in the country if Walt Disney could not meet the Film Censorship Board's request for a minor cut involving an allegedly gay         scene. Malaysia has its own laws and culture which should be respected by Walt Disney.

 

Namun ketegasan tersebut tidak bertahan lama. Pada 21 Mac, kenyataan dari Golden Screen Cinema bahawa "official from Disney. No cuts. PG13. 30 March.". Filem Beauty and The Beast akan ditayang tanpa sebarang potongan mulai 30 Mac dengan klasifikasi PG 13. Seperti komentar CNNIndonesia, “Malaysia akhirnya mengubah fikiran.” Ini menggambarkan bagaimana pihak Kementerian Dalam Negeri akhirnya tunduk kepada kehendak Disney yang bertegas enggan memotong mana-mana bahagian dari filem tersebut. Sedangkan Pengerusi Lembaga Penapis Filem, Abdul Halim Abdul Hamid telah mengenalpasti keperluan pemotongan 4 minit 38 saat meliputi tiga bahagian dari filem tersebut. Beliau juga menegaskan, 
   “Malaysia does not recognize the LGBT ideology. So we have to be extra cautious in our work. We have our responsibilities to the         country, the people and our constitution. If we let these scenes pass, people will wonder if Malaysia recognizes LGBT.”

 

WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) menggesa menggesa Kementeraian Dalam Negeri menarik balik kebenaran tayang filem Beauty and The Beast, kerana nyata filem ini diperbuat dengan tujuan memenuhi agenda menyebarkan fahaman LBGT. Seperti yang disebut oleh majalah Attitude, “It (the film) comes after years of pressure from some fans, who have petitioned for more representation of LBGTQ community on screen.”

 

WADAH berpandangan dengan memberi laluan kepada filem yang kontroversi dengan elemen LGBT seperti filem Beauty and the Beast bererti menyedia keadaan ‘slippery slopes’ yang memudahkan masuknya berbagai agenda LGBT lain yang akan merosakkan masyarakat.

 

Kementerian Dalam Negeri dan Lembaga Penapis Filem diminta mengambil sikap lebih tegas dalam proses penapisan dan kebenaran tayangan filem-filem, dalam dan luar negeri, demi membina kerukunan masyarakat Malaysia yang beragama, berakhlak mulia, sopan dan bersusila. Kementerian Dalam Negeri tidak harus tunduk kepada desakan mereka yang tidak mengendahkan peraturan, budaya, agama dan undang-undang negara ini.

 

 

'Mengangkat Martabat Umat'

 

Abdul Halim Ismail
Naib Presiden

25 Mac 2017.

07.Mar.2017

 

Penculikan Paderi Raymond Koh Keng Joo, 62 tahun sejak 13 Februari 2017 yang lalu menuntutkan keprihatian semua pihak. Ini tidak hanya kerana kebimbangan dan kerisauan terhadap keselamatan nyawa beliau serta simpati kita kepada keluarga dan penganut Kristian, tetapi juga kerana implikasinya terhadap hubungan antara agama di Malaysia. Ini disebabkan adanya percubaan untuk menggambarkan penculikan ini sebagai komplot orang Islam yang marah terhadap aktiviti evangelistik paderi tersebut. The Gospel Herald Society, pada 3 Mac, 2017 menggunakan tajuk berita, “Malaysia Pastor Abducted Two Weeks Ago, Likely Murdered by Muslims, Says Son.” Kenyataan seperti ini boleh menambah prejudis dan kebencian yang boleh menggugat keharmonian hidup antara kaum dan agama.


WADAH menyeru semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian hidup, agar mengekalkan sikap sabar, tenang dan rasional dalam menghadapi isu seperti ini. Apa yang perlu, tidak hanya perkongsian rasa simpati dan semangat kebersamaan antara kaum dan agama, tetapi juga bagi menunjukkan sikap kolektif yang jelas bahawa kita menolak tindakan dan perbuatan ala mafia bagi menyelesaikan masalah.


Islam tidak membenarkan tindakan di luar batas undang-undang seperti menculik dan membunuh. Islam tidak mengizinkan kezaliman dan tindakan-tindakan di luar wewenang hukum. Penyelesaian tidak akan tercapai kiranya kebencian dihadapi dengan kebencian dan provokasi dibalas dengan provokasi. Islam menegaskan bahawa sebarang perbezaan dan salah faham yang terjadi dalam masyarakat perlu diselesaikan secara bertamadun menerusi musyawarah, dialog, wacana dan interaksi positif. Sekiranya siasatan membuktikan bahawa mereka yang melakukan penculikan adalah orang-orang Islam, harus difahami bahawa tindakan tersebut sama sekali bertentangan dengan prinsip Islam dan mereka yang melakukannya bukan mewakili pendirian penganut Islam.


WADAH mendesak pihak polis, menerusi task-force yang diwujudkan agar menggandakan usaha bagi menemu kembali Paderi Raymond Koh dalam keadaan selamat dan mereka yang melakukannya dapat di bawa ke muka pengadilan. WADAH ingin menyampaikan rasa simpati kepada keluarganya dan juga kepada masyarakat Kristian di negara ini atas apa yang berlaku dan berdoa agar Paderi Raymond Koh ditemui kembali secepat mungkin, dalam keadaan selamat.


Apa yang kita harapkan ialah isu ini diselesaikan secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab melakukannya didakwa di mahkamah. Sehingga itu terjadi, dan demi memelihara keharmonian hidup antara kaum dan agama, WADAH menyeru supaya semua pihak berhati-hati serta tidak membuat kesimpulan hanya berdasarkan spekulasi dan andaian. Sekian.

 

"Mengangkat Martabat Umat"

 

ABDUL HALIM ISMAIL
Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat
07 Mac 2017

06.Mar.2017

Dr. Zakir Naik

 

Tindakan Hindraf dan sekumpulan 19 orang aktivis hak asasi yang menuduh Dr. Zakir Abdul Karim Naik, penceramah tele-da‘i dari India, sebagai ‘ancaman terhadap keselamatan negara’ dan mendesak Kerajaan Malaysia supaya ‘menghalangnya dari memasuki negara ini, menahannya, kiranya dia berada di negara ini, serta segera mengusirnya keluar’ tidak lain hanya menggambarkan kedangkalan pengetahuan, sikap tertutup, cara berfikir yang sempit dan emosi kebencian yang tidak berasas.

 

Tokoh Ma‘al Hijrah Malaysia 2013, dituduh sewenang-wenang sebagai ‘orang yang tidak dikehendaki’ dan sebagai ‘penyebar rasa kebencian’. Kumpulan yang mendesak tindakan ke atasnya sering menggunakan alasan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kerajaan India, UK dan Canada terhadap beliau. Sedang negara-negara Islam umumnya mengiktiraf kebolehan dan kepakarannya termasuk Malaysia, Saudi Arabia dan juga Indonesia. Di Malaysia, masyarakat Islam mainstream menerimanya dengan baik dan beliau mendapat tajaan kerajaan negeri dan universiti bagi menjayakan program-programnya.

 

Mengikuti syarahan dan kuliah yang disampaikan beliau, tidak ditemui anjuran-anjuran membenci dan bermusuh antara penganut agama-agama. Bahkan beliau sering menegaskan bahawa program-programnya bertujuan mewujudkan keharmonian antara kaum dan agama dan tidak bertujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan. Kelebihan dan kepetahannya dalam menjelaskan perbezaan antara agama dan kandungan pelbagai kitab agama adalah wacana yang perlu dira‘i secara terbuka dan rasional berasaskan ilmu dan intelek, bukan dengan ‘menutup mulut’ beliau.

 

WADAH menyeru supaya Kementerian Dalam Negeri bersikap lebih objektif dan profesional, tidak tunduk kepada desakan kumpulan kecil yang tidak mewakili masyarakat terbanyak yang berfikiran terbuka. Sebenarnya tindakan mereka yang demikian itulah yang menambah kebencian dan menjarakkan lagi jurang perbezaan antara penganut agama, khususnya antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Justru kerana itu kami mengalu-alukan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa, Dr Zakir Naik bebas bergerak di Malaysia dan beliau tidak termasuk dalam senarai individu yang mengancam keselamatan negara.

 

WADAH meminta semua pihak supaya melihat kepelbagaian yang ada di negara ini sebagai satu kelebihan dan berusaha mengurusnya dengan cara lebih bijaksana berasaskan ilmu dan fakta, bukan emosi dan perasaan.

 

'Mengangkat Martabat Umat'

 

ABDUL HALIM ISMAIL
Naib Presiden,

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

6 Mac 2017 

15.Nov.2015

The Malaysia National Association for Ummah Enlightenment (WADAH) condemns the recent terrorist attacks in Paris. Our hearts go out for the unfortunate victims and their grieving families. We wish our heartfelt condolences to the people of France as they mourn this gruesome tragedy. We unequivocally condemn all terrorist attacks wherever they occur and whom so ever their perpetrators maybe. The world must stand up to bring about global peace, uphold justice, defeat extremism and achieve real security.

WADAH appeals to all peace loving people to stand together to preserve liberty and harmony in a plural and diverse Europe. We reject associating such terrorist attacks with religion as such acts of indiscriminate violence are against the religious sanctity of human life, well being and honour.

 

AHMAD AZAM AB RAHMAN

President

The Malaysia National Association for Ummah Enlightenment (WADAH)

 

 

13.Oct.2015

WADAH PENCERDASAN UMAT (WADAH) ingin mengajak sekelian umat Islam menghimbau peristiwa Hijrah RasuluLlah S.A.W. 1,437 tahun lampau; menelusuri strategi dan cara‐kaedah yang RasuluLlah S.A.W. atur dan laksanakan di sepanjang perjalanan baginda dan Sayyidina Abu Bakr al‐Siddiq dari Makkah ke Madinah dalam suasana serba kepayahan dan penuh cabaran; dan mengajak kita memerhatikan urutan keutamaan (priority) strategi RasuluLlah S.A.W. membina tapak baru bagi kecemerlangan umat.

2. Dimulai dengan pemantapan ruhani menerusi pembinaan Masjid Quba sebelum memasuki kota Yathrib – sebuah masjid yang terpenting selepas Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin – RasuluLlah S.A.W. secara simbolik menggarisbawahi hakikat betapa kebangkitan umat ini perlu ditunjangi oleh kekuatan spiritual yang bukan kepalang.

3. Kesatuan umat dalam kerangka kepelbagaian dilakarkan dengan keterangkuman (inclusivity) semua pihak yang berada di Yathrib – kaum Aus dan Khazraj serta pelbagai suku kaum Yahudi – di bawah kepimpinan RasuluLlah S.A.W. Keterangkuman ini dipedomani oleh perjanjian yang mengikrarkan taat setia kepada misi keamanan dan kesejahteraan serta “sense of purpose” yang sama.

Lantaran itulah sekiranya persepakatan (tahalluf) ini dikhianati, dengan sendirinya keterangkuman ini terungkai. Maka natijahnya, suku‐suku kaum Yahudi yang tidak jemu‐jemu mencabar dan mengkhianati persepakatan ini telah menyingkirkan diri mereka dari Yathrib. Namun misi keterangkuman masih tidak berubah.

4. Kesepaduan kaum Aus dan Khazraj diperkukuhkan dengan kehadiran kaum Muhajirin, lalu membawa etos perjuangan baru dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat di Yathrib. Bertukarnya nama Yathrib kepada Madinah mencerminkan keutuhan makna “din” di dalam pengukuhan asas dan pemerincian bernegara. Sahifat al‐Madinah kemudiannya menjadi pedoman umat hingga ke hari ini.

5. Hijrah mencari tapak baru membina kekuatan memungkinkan impian menguasai Makkah yang sudah sekian lama tercemar dengan berbagai penyelewengan terlaksana – meskipun pada awalnya terhalang oleh satu demi satu strategi helah dan muslihat kaum Musyrikin Makkah sendiri.

6. Sehubungan ini, kita harus akur bahawa ada ketikanya kita perlu terbang lebih tinggi melampaui keserabutan duniawi untuk melihat lanskap bernegara secara lebih luas, mencakupi setiap ufuk (horizon) agar gambaran yang kita perolehi lebih menyeluruh dan tidak cuma menjurus kepada satu‐satu perspektif sahaja.

Meskipun demikian, kita perlu juga akui bahawa harapan tinggi dari umat terbanyak perlu ditunjangi dengan aspirasi yang membumi. Kalaupun merenung bulan di langit, janganlah kita lupa rumput di bumi. Umat adalah aset kita yang termahal yang tidak boleh kita kesampingkan. Banyak agenda yang perlu kita ketengahkan demi meningkatkan karamah insaniyyah dengan berbagai strategi dakwah.

7. Kezaliman adalah satu padah yang sudah sekian lama menggigit rasa dan menyentuh nurani umat kita. Percaturan‐percaturan yang semakin membimbangkan tidak seharusnya membuatkan kita kehilangan arah dan sirna bagaikan embun menitis disinari matahari pagi. Masih ada sinar terang di dalam kabut kekalutan ini. Dan ia memerlukan kewaspadaan pendekar di tengah gelanggang.

8. Meskipun peristiwa Hijrah RasuluLlah S.A.W. telah berlaku ribuan tahun yang lampau, namun himbauan pengajarannya sentiasa malar (evergreen) untuk dititip oleh mereka yang memahami pergulatan kehidupan hari ini – sama ada di peringkat peribadi, masyarakat atau negara.

Jangan dilepaskan peluang melebarkan dakwah “rahmatan li ‘l‐‘alamin” ini kepada setiap anggota masyarakat yang kita santuni, dan jangan dilepaskan kesempatan untuk mencerdaskan umat kita menimbang untung rugi survival secara lebih saksama!

 

 

 

AHMAD AZAM ABDUL RAHMAN

Presiden

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

14 Oktober 2015M bersamaan 1 Muharam 1437H

 

02.Oct.2015

Muslims all over the world mourn the passing away one of its great leaders in the field of Da’wah, Dr. Jamal Barzinji (76 years old) on the 26th September 2015/ 12 Dhulhijjah 1436H.

Dr. Jamal Barzinji had dedicated his entire life in the field of Da’wah founding, pioneering and venturing into all kind of diverse endeavors for the sake of Islam and the revival of the Ummah. From business ventures, into da’wah amongst youth all over the world, establishing International Institute of Islamic Thoughts, Association of Muslim Social Scientists of North America, Association of Muslim Scientists and Engineers, Islamic Society of North America and many others where he was involved either directly or indirectly.

He will be remembered by us as a man of actions, a strategic planner of the Ummah and indefatigable. His legacies serving Islam and the Ummah will linger in our memories for years to come.

The Society for the Enlightenment of the Ummah , Malaysia or better known as WADAH, a post ABIM organization ( Muslim Youth Movement of Malaysia founded by Anwar Ibrahim) wish to express our deepest heartfelt condolence to the family and friends of Dr.Jamal Barzinji for the great loss to us all.

Indeed, we have had a very good and excellent working relation with him and immensely benefited from his presence when he was serving the International Islamic University, Malaysia from 1994‐1998.

May Allah accepts all his deeds and grant him Jannah.

“We belong to Allah and to HIM shall we return” (al Baqarah 2:156)

 

 

 

AHMAD AZAM AB RAHMAN

President

Society for the Enlightenment of the Ummah, Malaysia (WADAH)

Kuala Lumpur

27th September 2015/13 Dhulhijjah 1436H

14.Sep.2015

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) kesal dengan sikap beberapa pimpinan kerajaan yang tidak mengambil pendirian tegas bagi menolak Himpunan Maruah Melayu, yang dirancang bakal dianjurkan oleh Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) dan gabungan NGO-NGO Melayu, pada 16 September 2015 ini. Ini termasuklah kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk ikut serta dan kenyataan Timbalannya, Dato' Seri Zahid Hamidi yang memberi ruang ahli-ahli UMNO untuk terlibat menyertainya. Dengan kenyataan-kenyataan demikian, mereka terlepas peluang untuk membuktikan diri mereka sebagai negarawan yang mengutamakan kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.

WADAH berpendirian adalah salah untuk menggerakkan satu kaum berhimpun bagi menunjukkan kekuatan dan kehebatannya terhadap kaum-kaum yang lain. Kenyataan jurucakap perhimpunan, Jamal Md. Yunus, bahawa 'ini adalah perhimpunan Melayu' (this is a Malay rally)- sebagai tindak balas terhadap Himpunan Bersih 4 yang dituduh sebagai perhimpunan Cina- adalah satu provokasi perkauman yang amat berbahaya dan berisiko berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah.

Pimpinan negara dan pimpinan parti-parti politik perlu diingatkan bahawa mereka tidak wajar meneruskan politik buruk menggunakan faham perkauman sempit dan faham chauvanis dengan mengapi-apikan kebencian satu kaum terhadap kaum yang lain sebagai senjata kelangsungan politik mereka. Kita mendengar para pemimpin ini, pada masa yang lain, sering bercakap tentang perlunya rakyat 'hidup bersama secara aman dan saling menghormati' (peaceful co-existence and mutual respect). Tapi sayangnya sikap dan tindakan mereka kali ini bercanggah dengan hasrat dan cita-cita tersebut.

WADAH, dengan ini menuntut tindakan tegas pihak berkuasa, pimpinan negara dan pimpinan parti-parti politik bagi memberhentikan 'Himpunan Kebangkitan Maruah Melayu' atau 'Himpunan Baju Merah' 16 September ini, demi membendung berkembangnya emosi dan sentimen perkauman yang memudharatkan negara. Penganjur himpunan perlu rasional dan berfikir secara mendalam mengenai implikasi buruk yang mungkin menimpa masyarakat. WADAH juga menyeru mereka membatalkan perhimpunan tersebut. Mereka masih mempunyai masa untuk memperbetulkan keadaan dan dihargai kerana berbuat sesuatu yang betul.

 

 

 

ABDUL HALIM ISMAIL

Setiausaha Agung

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

14 September 2015

02.Sep.2015

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengalu-alukan penubuhan parti politik baru, yang diwar-warkan bakal menggunakan nama Parti Amanah Negara (PAN), sebagai satu perkembangan positif yang membantu menyuburkan amalan demokrasi dengan sistem pelbagai-parti (multi-party system) yang menjadi amalan di negara ini. Selain dari memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memilih parti politik yang difikirkan lebih mampu memenuhi aspirasi mereka, penubuhan parti baru ini juga diharap dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan parti-parti politik yang sedia ada, agar masing-masing berusaha lebih keras menawarkan pendekatan dan penyelesaian yang lebih baik terhadap pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan negara, terutama di akhir-akhir waktu ini ketika negara dilanda dengan berbagai kemelut dan masalah termasuk krisis kepimpinan.

WADAH turut mengalu-alukan kenyatan Mohammad Sabu bahawa parti politik baru ini akan menjadikan Islam dan Syari’ah sebagai dasar perjuangan dan bakal membuka keahlian kepada bukan-Islam sebagai ahli dan pimpinan. Dengan dasar yang demikian, WADAH berharap parti baru ini tidak hanya berjuang bagi mendapatkan kuasa, tetapi juga memanfaatkan siasah syar’iyyah dalam pendekatannya dan berusaha menjadikan maqasid al-syari’ah sebagai matlamat perjuangannya. Lebih jauh lagi, adalah menjadi harapan kami agar parti politik baru ini turut membantu membina ‘amalan politik beramanah dan bersih’, iaitu ciri-ciri politik yang semakin hari semakin pupus dari budaya politik negara.

WADAH berharap pihak pemerintah akan akur kepada prinsip-prinsip demokrasi yang memberi kebebasan berpersatuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan memberi laluan kepada penubuhan parti baru ini. WADAH juga menyeru supaya masyarakat Malaysia menerima kehadiran parti baru ini dengan tangan terbuka dan dengan sikap yang positif serta memberi peluang kepada parti ini membuktikan kemampuannya beraksi di pentas politik tanah air.

 

ABDUL HALIM ISMAIL

Setiausaha Agung

19.May.2015

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengecam sekeras-kerasnya keputusan Mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas mantan Presiden Mesir, Mohammed Morsi di samping hukuman 20 tahun penjara yang diputuskan ke atasnya sebelum ini. Perbicaraan beramai-ramai (sebahagiannya in absentia) dan hukuman mati ke atas ratusan orang telah dibuat secara tergesa-gesa, termasuk ke atas Dr. Yusuf al-Qaradawi, telah dibuat tanpa mengikut proses undang-undang yang sewajarnya, berlawanan dengan prinsip-prinsip demikrasi, melanggar standard perundangan antarabangsa dan bertentangan sama sekali dengan prinsip-prinsip yang digarisi oleh Islam.

Dengan hukuman ini, Al-Sisi telah membuat kesilapan besar kerana 'mengisytihar perang' ke atas Ikhwan al-MuslimUN. Kebangkitan baru rakyat menjadi suatu yang tidak dapat dielakkan dan penentangan terhadap regim tentera pimpinannya akan menjadi lebih besar.

WADAH mendesak supaya pemimpin negara-negara Islam, pimpinan gerakan Islam seluruh dunia, para pencinta keadilan mendesak supaya hukuman ke atas Morsi dan ratusan pengikut Ikhwan al-Muslimun ditarik balik dan mereka dibebaskan sepenuhnya. Sekiranya ternyata ada kes yang perlukan perbicaraan, maka satu tribunal bebas antarabangsa perlu mengambilalih sepenuhnya proses perbicaraan yang bakal dijalankan. WADAH kesal kerana kuasa-kuasa besar Barat hanya mampu menyuarakan kekesalan merelka namun gagal menghalang terjadinya tindakan-tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan oleh regim tentera ini dari terus berlaku. Mereka lebih mengutamakan kepentingan politik, ketenteraan dan ekonomi dengan penguasa-penguasa zalim dan korup dengan mengorbankan kebebasan, keadilan, demokrasi dan rule of law.

WADAH menuntut supaya Malaysia dan negara-negara OIC tampil memainkan peranan dan mengambil tindakan yang berkesan bagi menghalang tindakan zalim regim tentera pimpinan al-Sisi. WADAH meminta umat Islam di mana jua, di samping berdoa dan bersolat hajat, turut membuat desakan agar pemerintah di negara-negara mereka bertindak lebih berani dalam menyuarakan bantahan terhadap kezaliman regim tentera Mesir ini.

                

 

 

AB.HALIM ISMAIL

Setiausaha Agung

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

  • Terkini
  • Popular
  • CONGRATULATORY MESSAGE TO TURKEY We wish to…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • 3 APRIL 2016, Ahad - Lawatan Kerja…
  • 12 MAC 2016 - Lawatan Kerja WADAH…
  • Penculikan Paderi Raymond Koh Keng Joo, 62…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map