WADAH Membantah Pengusiran 5 orang Warganegara Mesir

 

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH kesal dan memandang berat tindakan polis mengusir lima orang warganegara Mesir anggota al-Ikhwan al Muslimin kembali ke negara asal.

Adalah difahamkan pengusiran dilakukan dengan penafian proses pengadilan di mana suspek tidak diberikan hak membela dan mempertahankan diri di mahkamah.

WADAH berpandangan sekiranya orang-orang Mesir berkenaan melakukan kesalahan serius di Malaysia maka adalah adil untuk mereka dikenakan pendakwaan secara formal di mahkamah sini.

Al-Ikhwan al Muslimin bukan kumpulan pengganas malah sebuah pertubuhan politik yang berpartisipasi secara demokratik tetapi kini ditindas di negara mereka. Malaysia tidak pernah mengisytiharkan atau menetapkan al Ikhwan al Muslimin sebagai organisasi pengganas.

Polis difahamkan membuat tuduhan serius terhadap mereka melalui kenyataan akhbar tanpa memberi mereka peluang untuk menjawab. Juga dilaporkan bahawa mereka tidak mempunyai peluang untuk menemui peguam atau memperolehi representasi bagi membawa kes mereka ke muka pengadilan di mahkamah sini.

Adalah difahami juga anggota Ikhwanul Muslimin yang diusir bakal menghadapi penyeksaan, penganiayaan dan penafian hak pengadilan di Mesir nanti. Justeru, pengusiran mereka adalah bertentangan dengan prinsip perlindungan suaka dan kewajipan antarabangsa Malaysia iaitu tidak memaksa pelarian atau pencari suaka untuk kembali ke negara di mana mereka bakal dikenakan kezaliman.

WADAH ingin menegaskan demi keadilan bahawa definisi dan naratif ‘pengganas’ mesti dinilai dari pada perspektif yang adil bukan memangsakan mereka yang berjuang mempertahankan hak demokratik di negara mereka.

WADAH membantah keras tindakan pengusiran ini dan menggesa kerajaan agar tiada lagi tindakan pengusiran berlaku secara mengejut dan terburu-buru tanpa mematuhi proses pengadilan serta layanan perlindungan suaka.

 

Ahmad Azam Abd Rahman 
Presiden 
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
10 Mac 2019

Read 1949 times
  • Terkini
  • Popular
  • 5 Jun 2019/ 29 Ramadan 1440 Wadah…
  • 12 Nov 2018, Bangunan JAWI - WADAH…
  • 5 November 2018, BANGI - Kunjungan Dr…
  • 3 November 2018, SEREMBAN - Alhamdulillah, tim…
  • 17 September 2018 - Liputan Makan Malam…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • EID MUBARAK 1439H
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map