BELANJAWAN 2019 : HARAPAN KEMAKMURAN NEGARA
3 November 2018
 
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menganggap bahawa belanjawan 2019 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng semalam pencetus permulaan sebagai sebuah kerajaan baru bagi memacu pertumbuhan ekonomi dengan lebih mapan. Ini sebagai petanda komitmen kerajaan untuk menyusun kembali ekonomi agar berada atas landasan sebenar.
 
Sesungguhnya Wadah yakin bahawa dalam keadaan krisis keyakinan serta pelbagai polemik ekonomi dan penyelewengan yang berlaku, kerajaan telah berusaha dan mencari jalan untuk memperbaiki kembali ekonomi serta menyusun strategi yang lebih matang agar kemakmuran negara dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Bukan mudah untuk melangkah kembali dalam keadaan hutang negara yang sangat membimbangkan.
 
Wadah juga yakin dengan usaha kerajaan baru di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri akan dapat menempuhi cabaran hutang negara yang meruncing. Dengan segala usaha yang dilakukan melalui penjimatan perbelanjaan, penamatan projek-projek berskala besar serta reformasi institusi akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur untuk masa hadapan.
 
Wadah juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas usaha dan keprihatinan dengan meningkatkan belanjawan bagi urusan hal ehwal Islam yang berjumlah 1.2 bilion bagi memastikan syiar Islam diperkasakan. Ini termasuk peruntukan untuk pusat tahfiz berdaftar, pembinaan masjid dan lain-lain. Begitu juga peningkatan perbelanjaan program-program yang melibatkan melayu dan bumiputera, peningkatan belanja pendidikan, peningkatan ekonomi bumiputra yang masih diberi keutamaan. Ini membuktikan tohmahan bahawa agama Islam dan hak melayu akan hilang selepas pertukaran kerajaan adalah meleset.
 
Justeru Wadah berharap selain daripada komitmen dan janji kerajaan baru bagi meningkatkan peruntukan pembangunan negara, apa yang lebih penting adalah sistem penyampaian, integriti dan pertanggungjawaban. Ini bagi memastikan segala bentuk ketidakadilan, penyelewengan dan rasuh dapat dihapuskan. Inilah harapan rakyat kepada kerajaan demi memastikan negara terus makmur dan sejahtera.
 
Hasri Harun
Naib Presiden
 
 
 
 
Read 5262 times
  • Terkini
  • Popular
  • 2 November 2018 / 23 Safar 1440H…
  • 3 November 2018 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…
  • 10 Feb 2018, BANGI - Pusat Infaq…
  • EID MUBARAK 1439H
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • 17 Disember 2017, IPOH - Seminar Politik…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map