wadah3

wadah3

 

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH memandang berat isu Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang dan peguam persendirian menari sepentas pada majlis makan malam Opening of Legal Year 2019 (OLY) peringkat Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu Sabah.

Menurut Tertib Tatakelakuan Hakim, badan kehakiman mesti mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua aktiviti kehakiman. Di antaranya:-

Seorang hakim tidak boleh-
a. Membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman atau penghakimannya;
b. Menggunakan prestij jawatan kehakimannya untuk memajukan kepentingan peribadinya atau orang lain; dan
c. Memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada mana-mana orang bahawa mereka berada dalam kedudukan yang istimewa untuk mempengaruhinya.

Selain itu juga,
•Seseorang hakim hendaklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profesion perundangan secara individu, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan demikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah.

WADAH menolak dalih bahawa kejadian pada acara tersebut hanyalah aktivti sosial lazim atau percubaan membawa konotasi terdapat perbedaan faham resam serta keagamaan. Isu ini adalah sesuatu yang serius tentang pelanggaran prinsip profesional dan etika universal.

WADAH kesal dengan alasan-alasan remeh dan hambar yang berikan oleh wakil-wakil kerajaan kerana kedaulatan undang-undang (rule of law), integriti dan ketelusan serta kewibaaan penjawat-penjawat tinggi undang-undang merupakan harapan dan janji serta sebab berlakunya (raison d'être) Malaysia Baharu.

WADAH menggesa tindakan tegas dan segera dilakukan oleh kerajaan bagi menegur, membetulkan dan memulihkan keadaan agar mengembalikan keyakinan rakyat kepada integriti badan kehakiman dan penjawat-penjawat tinggi undang-undang negara.

Suatu keadilan bukan hanya perlu dilakukan tetapi mesti juga dilihat dilakukan.

 

AHMAD AZAM ABD RAHMAN
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
20 Januari 2019

Tagged under

 

2 November 2018 / 23 Safar 1440H

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menekuni dengan teliti polemik ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menjadi hangat kini.

Wadah berpandangan kerajaan Malaysia harus memahami keperluan dan hak asasi yang telah disepakati oleh rakyat Malaysia sejak merdeka tentang isu hak kaum dalam negara yang berbilang bangsa yang merupakan suatu keunikan berbanding negara-negara maju lain.

Inilah ‘gaya Malaysia’ dalam menangani isu kaum dan bangsa tanpa terikat, dan ini bukan bermakna Malaysia mengamalkan penindasan. Hakikat yang diperhatikan bahawa pelanggaran hak asasi dan diskriminasi yang berlaku di Barat begitu berleluasa tanpa sebarang hukuman dan tekanan dari mana-mana pihak.

Wadah menyambut baik komen YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meneliti kembali isu ini bersama semua pihak diantara kaum dan bangsa demi kebaikan seluruh rakyat Malayasia.

Sehubungan dengan itu, Wadah mengalu-alukan inisiatif Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat menjadi platform bagi percambahan fikiran dan penambahbaikan serta rekonsiliasi antara kaum dan agama di negara ini. Keperihatinan kerajaan dalam isu ini amat perlu agar Malaysia tidak mudah terperangkap dengan agenda yang merugikan negara terutama usaha menambahbaik hubungan kaum di negara ini.

 

AB HALIM ISMAIL

Timbalan Presiden

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

 

 Antara Kempen ICERD anjuran Pusat KOMAS

Sumber : https://komas.org/8th-national-conference-on-non-discrimination-malaysia-closer-towards-icerd-ratification/

 

 
Tagged under

 

3 November 2018, SEREMBAN - Alhamdulillah, tim #SToP Salwa Wadah telah dapat berpartisipasi bersama dalam Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 bertempat di Pusat Keluarga LPPKN, Seremban 2, N. Sembilan. Majlis sambutan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir (Naib Presiden Wadah) turut hadir mengisi slot bicara santai berkaitan kepentingan keselamatan siber dalam keluarga bersama NGO-NGO lain.

Ayuh turut sama sertai dalam kempen #SToP Sekeluarga Tolak Pornografi! Like Facebook page Sekeluarga Tolak Pornografi - SToP untuk info lanjut!

Tagged under

 

5 November 2018, BANGI - Kunjungan Dr Mohamed, anak kepada Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi ke Pejabat Wadah Bangi pagi tadi. Turut hadir sama, Hj.Mohamad Raimi Abdul Rahim (Presiden ABIM), Muhammad Nur Iman Abdul Khudus (Presiden PKPIM), Tn. Hj. Ab Halim Ismail (Timbalan Presiden Wadah), Tn. Hj. Abdul Khudus Mohd Naaim (Naib Presiden Wadah) serta En.Mohd Halimi Abd Hamid (Setiausaha Agung Wadah).

 

Tagged under
  • Terkini
  • Popular
  • Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH memandang berat…
  • 2 November 2018 / 23 Safar 1440H…
  • 3 November 2018 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…
  • 10 Feb 2018, BANGI - Pusat Infaq…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • EID MUBARAK 1439H
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map