UCAPAN TAHNIAH ATAS ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH KEBANGSAAN 1440H/2018, YBHG. DATO' DR SIDDIQ FADZIL

                   

       

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) merakam ucapan Tahniah dan Syabas kepada murabbi ummah Dato' Dr Siddiq Fadzil, Pengerusi Majlis Istisyari Wadah atas penganugerahan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018.

 

2. Sesungguhnya anugerah yang diterima adalah suatu penghargaan tinggi oleh pihak kerajaan atas sumbangan beliau dalam dunia akademik dan dakwah sejak lebih 40 tahun lalu. "Ini adalah kemenangan ummah" adalah rakaman ucapan ringkas beliau yang sangat monumental disaksikan ribuan rakyat Malaysia. Satu penghargaan kepada seluruh penggerak dakwah.

 

3. Dato' Dr Siddiq Fadzil adalah seorang tokoh ilmuwan negara, seorang ahli akademik disegani yang banyak menyumbangkan idea dan ilmu-ilmu kontemporari dalam bidang dakwah dan kenegaraan yang menjadi sumber rujukan banyak pihak dalam negara. Idea dan gagasan yang diilhamkan oleh beliau dalam mengenengahkan Fiqh Maliziy sejak tahun 80an hingga kini telah banyak menyumbang kepada kajian dan rujukan para sarjana dalam dan luar negeri.

 

4. Selain banyak menyumbang kepada dunia akademik melalui Universiti Kebangsaan Malaysia, nama Siddiq Fadzil lebih dikenali oleh NGO-NGO dan Pertubuhan Islam di Malaysia melalui penglibatan beliau sebagai Presiden ABIM sejak 1982.

 

5. Kini, Dato' Dr Siddiq Fadzil masih menyumbang idea dan tenaga dalam dunia pendidikan dan masyarakat selaku Presiden Kolej Dar al Hikmah, Profesor Adjung Universiti Selangor (UNISEL), Pengerusi Institut Darul Ehsan sebuah think tank yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor malah kini sering dijemput menyampaikan kertas kerja dan dilantik sebagai pakar rujuk oleh banyak agensi kerajaan.

 

6. Kami warga besar Wadah Pencerdasan Umat Malaysia seluruh negara berasa bertuah dan bersyukur ke hadrat Allah SWT atas penganugerahan besar ini kerana telah memilih seorang putra utama dan pakar rujuk umat yang banyak sumbangan dan jasanya dalam pembangunan umat Islam di Malaysia.

 

 

 

 

Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
1 Muharam 1440/10 September 2018

Read 24442 times
  • Terkini
  • Popular
  • 2 November 2018 / 23 Safar 1440H…
  • 3 November 2018 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…
  • 10 Feb 2018, BANGI - Pusat Infaq…
  • EID MUBARAK 1439H
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • 17 Disember 2017, IPOH - Seminar Politik…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map