Tahniah Rakyat Malaysia: Demokrasi Semakin Mengakar

 

 

Tahniah Rakyat Malaysia : Demokrasi Semakin Mengakar

 

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan setinggi tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah memilih Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan yang baharu menggantikan Barisan Nasional yang telah memerintah lebih dari 60 tahun yang lalu.


2. Pertukaran kerajaan yang buat pertama kali berlaku dalam sejarah pilihanraya negara ini adalah sesuatu yang tidak diduga malah memeranjatkan ramai pihak.


3. Ini bermakna demokrasi sudah matang yang mana pertukaran kerajaan bukan lagi sesuatu yang mustahil sekiranya rakyat memilih untuk berbuat demikian.


4. Sistem dua parti yang bersaing untuk menubuh kerajaan dalam sistem demokrasi berperlembagaan sudah menjadi realiti baru rakyat Malaysia.


5. Dengan pengangkatan sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh sebentar tadi,Tun Dr Mahathir telah mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri tertua yang berumur 93 tahun. Malah sejarah baru juga dilakar oleh beliau kerana menjadi Perdana Menteri buat kali kedua setelah selang 15 tahun meletakkan jawatan yang sama sebagai Perdana Menteri ke-empat.


6. Tarikh 9 Mei 2018 adalah tarikh keramat kerana rakyat telah membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat yang tidak boleh diambil mudah oleh kerajaan yang memerintah.


7. Pemilihan kerajaan Pakatan Harapan bermakna rakyat mendambakan i) keadilan untuk semua, ii) mempertahankan pengasingan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman, iii) melaksanakan pemerataan ekonomi merentas kaum dan iv) menjunjung keluhuran perlembagaan.


8. 20 tahun adalah suatu penantian yang panjang untuk sebuah perjuangan reformasi. Namun perubahan kerajaan yang berlaku pada PRU14 ini membuktikan bahawa ianya bukanlah suatu perjuangan yang sia-sia. Rakyat telah menyambutnya dengan semangat reformasi yang membara.


9. Isu Islam telah menjadi sentral dalam polemik pilihanraya, dan WADAH berpendapat bahawa cabaran untuk merealisasikan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin perlu kepada komitmen kefahaman yang mendalam di kalangan pembuat dasar.


10. WADAH berharap Dato Seri Anwar Ibrahim segera dibebaskan dari penjara untuk menghirup udara kebebasan yang diperjuangkannya sejak lama. Gabungan Tun Mahathir dan Dato Seri Anwar diyakini akan mengembalikan kegemilangan Malaysia yang pernah dicipta dahulu.


11. ALlahu Akbar! ALlahu Akbar! ALlahu Akbar!

 

 

Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden,
WADAH Pencerdasan Umat Malaysia
10 Mei 2018

Read 11058 times
  • Terkini
  • Popular
  • 1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) merakam…
  • 1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • 17 Disember 2017, IPOH - Seminar Politik…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map