Profil
Profil (4)

11.Jan.2018 Written by

 

6 Agenda Teras Wadah :

 

1. Peningkatan Kualiti Kepimpinan.

 

2. Pembinaan Rijal.

 

3. Pentarbiyahan & Pencerdasan Umat.

 

4. Advokasi, Jaringan & 'Reaching Out'.

 

5. Peningkatan Kualiti Pengurusan.

 

6. Kewangan, Dana & Kebajikan.

11.Jan.2018 Written by

 

Visi :

Menjadi wadah pemerkasa umat yang berwibawa dan kompeten berasaskan petunjuk al-Kitab dan al-Hikmah.

 

 

Misi :

Memperkasa umat dengan cara meningkatkan kesedaran dan kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas.

10.Jan.2018 Written by

 

        

Penubuhan WADAH adalah dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir mereka terutama dalam memahami agama Islam serta dalam menanggapi persoalan-persoalan penting yang dihadapi dalam masyarakat.

 

WADAH didaftarkan pada 09 November 2005 dengan angka pendaftaran PPM-003-10-11092005 (Selangor)

 

WADAH ditubuhkan dengan tujuan-tujuan berikut :

1. Melaksanakan program-program dakwah dan kesedaran sosial yang dapat meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab masyarakat terhadap agama, bangsa dan negara.

2. Mengadakan latihan-latihan bagi melahirkan da'i yang kompeten.

3. Mengembleng tenaga da'i bagi melaksanakan program dakwah secara lebih bersepadu dan berkesan.

4. Mendidik umat melalui usaha menyebarluas pandangan dan pendirian mengenai pelbagai isu yang berbangkit berasaskan perspektif Islam memalui pelbagai saluran dan media yang ada.

Pejabat Wadah kini :

(Kiri) Sekretariat Wadah di Seksyen 9, Bangi; dan (Kanan) Anjung Rahmat, Pusat Dakwah dan Tarbiah, di Sg. Merab, Bangi. 

03.Jun.2014 Written by
 
 
 
Logo rasmi WADAH
 

Huruf-huruf waw-alif-dal-ha yang membentuk perkataan WADAH tidak hanya mewakili huruf-huruf jawi tradisi yang diguna bagi mengungkap hati budi masyarakat Islam di Alam Melayu, tetapi yang lebih penting huruf-huruf tersebut adalah huruf-huruf hijaiyyah yang membentuk kalimat bagi ayat-ayat suci al-Quran. Di samping membayangkan penghargaan terhadap tradisi keintelektualan umat rantau ini, huruf-huruf ini juga menegaskan sikap Wadah untuk sentiasa menjunjung Wahyu Ilahi sebagai sumber kebenaran dan petunjuk bagi kehidupan dengan Keredhaan Allah sebagai matlamat dari seluruh amal dan perjuangan.

Alif yang menjulang tinggi tidak hanya sebahagian dari kalimat WADAH, tetapi Alif juga adalah huruf pertama untuk kalimat lafz al-jalalah, al-ism al-a'zam iaitu ALLAH.

Aturan dan posisi huruf-huruf waw-alif-dal-ha yang berimbangan kiri dan kanan, membayangkan usaha untuk mewujudkan keseimbangan (tawazun) dalam pendekatan dan tindakan. Namun apapun tindakan yang diambil adalah dengan tujuan yang satu iaitu bagi mengangkat martabat umat. Begitu yang dibayangkan oleh hujungan huruf-huruf waw-alif-dal yang menyatu mengangkat huruf ha.

Warna hijau pada kalimat Wadah memanifestasikan Islam sebagai agama malar segar yang menjanjikan nikmat balasan terindah dari Allah subhanahu wa taala.

  • Terkini
  • Popular
  • 1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) merakam…
  • 1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • 17 Disember 2017, IPOH - Seminar Politik…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • RAMADAN MUBARAK!SELAMAT BERPESTA IBADAH, BERLUMBA SEDEKAH. "…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map