KITA BERDIRI TEGUH BERMARUAH MEMPERTAHANKAN KEMULIAAN INSAN. KITA BERSAMA-SAMA RAKYAT MALAYSIA MENOLAK ISRAEL

 

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyokong dan mendokong sepenuhnya Tun Dr Mahathir dan pendirian Kerajaan Malaysia menolak kemasukan dua atlet Israel ke negara ini bagi mengambil bahagian dalam acara Paralimpik yang dijadualkan.

Israel telah bertindak kejam secara terang-terangan dan dengan tidak bermoral melanggari undang-undang antarabangsa. Israel telah kesekian kali menunjukkan sikap tidak menghiraukan kemanusiaan dan juga nilai peradaban manusia. Jika kita tidak mengendahkan malah hanya mengetepikan semua pencabulan hak asasi manusia dan pelanggaran kedaulatan undang-undang yang berlaku depan mata serta sedang masih berterusan, maka apakah kedudukan kita sebagai negara yang bermaruah dan bermoral?

Kita bukan anti-Yahudi atau anti-Semitik. Kita hanya mengutuk keras tingkah laku yang tidak berperikemanusiaan dan kezaliman tidak kira siapa pelakunya. Tindakan kerajaan adalah yang paling kecil yang mampu kita lakukan. Israel sepatutnya telah lama dihukum kerana melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan memang patut dilayani sedemikian.

Banyak negara-negara Barat dengan mudah sahaja mengharamkan kemasukan pelarian semata-mata kerana kelainan warna dan agama. Tiada kesan balas dunia ke atas mereka.

Israel sendiri telah mempolitikkan sukan dengan mengharamkan pasukan bola sepak Gaza dari menyeberang ke Tebing Barat untuk pertanding Piala Bola Sepak Palestin. Israel secara haram dan berterusan menyekat pergerakan para atlet Palestin. Israel telah memaksa Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Amerika Syarikat (NBA) agar tidak melawat Palestin pada tahun 2018.

Badan-badan sukan sedunia dan masyarakat antarabagsa amnya perlu ingat serta mengenang bagaimana kita telah berdiri teguh serta berjuang bersama-sama melawan ‘Apartheid’ dan bagaimana Afrika Selatan telah diharamkan daripada penyertaan sukan Olimpik sehinggalah negara itu dibebaskan. Israel pasti berhadapan dengan hari perhitungannya jika lebih banyak negara-negara bangkit dan bertindak demi kebenaran dan keadilan.

WADAH tetap teguh bersama-sama perjuangan kebebasan, kehormatan dan kemuliaan martabat keinsanan. Kita tidak akan rela dihina atau dicela oleh badan-badan dunia yang sengaja menanam kepala mereka di bawah pasir kerana bacul dan takut menangani penindasan kejam serta terlalu lemah longlai hingga tidak mampu melakukan apa-apa demi keadilan dan kemanusiaan.

Ayuh kita bersama!

 

 

AHMAD AZAM ABD RAHMAN
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Read 6648 times
  • Terkini
  • Popular
  • Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyokong dan…
  • The Movement for an Informed Society Malaysia…
  • Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH memandang berat…
  • 2 November 2018 / 23 Safar 1440H…
  • 3 November 2018 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • EID MUBARAK 1439H
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map