MUKTAMAR NASIONAL WADAH 2010

sempena

IJTIMAK HARAKIY PERTAMA

7- 8 OGOS 2010 bersamaan 26-27 Sya’aban 1431H (Sabtu-Ahad)
Bilik Syura Kolej Dar al Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang

'MEMPERTEGUH UKHUWWAH MEMPERKASA JAMAAH'

Alamat Perhubungan

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
(WADAH) (1947-05-7)
No 8, Jalan Surada Satu,
Taman Desa Surada
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

(Tel) 603-8925 2344
(Fax) 603-8922 2561

(Mel-e) wadahpusat@gmail.com

Login Ahli



Seminar Demokrasi di Malaysia : Aspirasi & Realiti

Print PDF

Peserta seminar juga bersetuju bahawa media adalah komponen keempat selain kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman. Namun dari segi realitinya terdapat hambatan dalam penerbitan dengan indeks kebebasan akhbar yang tidak begitu baik, yang sukar didapati dan ruang kebebasan berfikir tidak dapat disalurkan secara demokratik dalam media massa.

Mereka turut menyedarai perlunya pilihan raya yang adil dan bebas sebagai tunjang pemantapan demokrasi walaupun realitinya pertembungan idea demokrasi, kebebasan dan keadilan masih belum mendapat tempat sepenuhnya.

Pilihan raya hanya memberikan kelebihan kepada parti pemerintah tetapi menghalang parti-parti politik nyang lain daripada terus beroperasi.

Seminar turut memandang berat amalan demokrasi di IPTA yang semakin terhakis, sedangkan sewajarnya ia memberikan kebebasan befikir dan berorganisasi kepada pelajarnya bagi membolehkan berlakunya perkembangan minda.

Rakyat hendaklah dididik dengan lebih serius tentang fahaman demokrasi dalam erti kata yang sebenar demi kepentingan raktyat dan negara kerana demokrasi tidak sewajarnya dijadikan wahana mengabsahkan pemerintahan dengan menjadikan demokrasi sebagai alat.

Seminar yang dihadiri lebih 150 peserta itu turut menyaksikan tiga pembentangan kertas kerja oleh Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah (Demokrasi dan Media), Dr Sivamurugan Pandian, pensyarah Antropologi dan Sosiologi USM (Demokrasi dan Tingkahlaku Masyarakat, Negara), Dr Mohd Nor Nawawi, Pengarah Bersama CESMACS (Dermokrasi dan Politik Pilihanraya ).

Presiden WADAH, Dr Siddiq Fadzil menyampaikan ucapan perdana manakala Prof Dr Redzuan Othman bertindak sebagai pengerusi pelaksana seminar.

Sumber : Akhbar Harakah, 16-31 Ogos 2007, hal 39