Print this page

Sembah Takzim Dan Dukacita Perletakan Jawatan Yang Dipertuan Agong

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menzahirkan sembah dukacita atas perletakan jawatan DYMM Tuanku Sultan Muhammad V sebagai Yang Di Pertuan Agong ke XV.

Kami pimpinan WADAH dan seluruh rakyat menjunjung rasa dukacita atas perkara di atas kerana ianya merupakan sejarah pertama kali dalam negara tercinta ini. Seluruh rakyat masih mengharap DYMM Tuanku terus bertakhta di singgahsana dan meneruskan amanah rakyat demi menaungi agama dan bangsa di bawah pemerintahan Tuanku.

Namun demikian, kami juga yakin segala perkara yang berlaku ini ada hikmahnya dan akan dapat diatasi atas kebijaksanaan dan akur dengan keputusan Majlis Raja-Raja.

Kami pimpinan WADAH juga mendoakan akan kesejahteraan DYMM Tuanku dan seluruh kerabat diberikan kesihatan dan kesejahteraan berterusan hendaknya.

AHMAD AZAM AB RAHMAN
Presiden

Read 616 times