wrapper

Pengumuman

Kes Raymond Koh dan Amri Che Mat: Kerajaan Perlu Segera Betulkan Keadaan

WADAH ingin menyatakan keprihatinan dan kebimbangan yang mendalam terhadap kesimpulan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 3 April 2019 yang lalu, bahawa kehilangan Amri Che Mat, seorang aktivis sosial, pada tahun 2016 dan kehilangan Paderi Raymond Koh Keng Joo pada tahun 2017 adalah ‘kehilangan secara paksa’ (enforced disappearance). Dan yang lebih memprihatinkan kami, seperti yang disebut oleh Pengerusi SUHAKAM, Datuk Mah Weng Kwai, bahawa mereka telah diculik oleh agen-agen kerajaan (agents of the state) dan secara spesifik menyebut Cawangan Khas, Bukit Aman, sebagai pihak yang bertanggungjawab.

Masyarakat umum mempunyai sebab untuk merasa bimbang dan takut, kerana sebelumnya turut dilaporkan bahawa Paderi Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Sitepu Hilmy juga hilang pada tahun 2016, dan dipercayai mereka juga adalah mangsa ‘kehilangan secara paksa’. Rasa tidak selamat mungkin timbul dalam kalangan masyarakat kerana kejadian-kejadian ini memberi makna bahawa sesiapa sahaja boleh dengan mudah ‘hilang’ tanpa mengetahui sebabnya.

‘Kehilangan-kehilangan secara paksa’ memberi gambaran buruk kepada dunia tentang situasi hak asasi dan kebebasan di Malaysia. Gambaran buruk ini turut melibatkan Islam sebagai agama, kerana mereka yang ‘dihilang secara paksa’ dikaitkan dengan rekod tindakan-tindakan pendakwahan mereka terhadap orang-orang Islam. Dalam kes Amri Che Mat, beliau dikaitkan dengan usaha-usaha penyebaran fahaman Syi`ah yang bercanggah dengan mainstream Islam negara ini. Orang ramai mungkin beranggapan bahawa tindakan menculik atau ‘secara paksa menghilangkan’ individu-individu tertentu kerana sikap anti-Islam sebagai direstui oleh Islam. Ini tentunya akan menjejaskan imej Islam yang diwar-war sebagai agama kasih sayang dan agama yang membawa kebaikan (rahmatan lil `lamin) serta kesungguhannya mempertahankan prinsip keadilan. Pihak kerajaan dan pihak berkuasa agama termasuk JAKIM dan Jabatan-jabatan Agama Negeri perlu bekerjasama dengan pihak kehakiman dan polis bagi menentukan Standard Operating Procedure (SOP) yang lebih telus dan berperi kemanusiaan dalam menangani isu-isu yang berbangkit. Pendekatan dialog (hiwar) dan positive engagement dengan pihak-pihak yang dianggap bermasalah perlu dilakukan dengan penuh hikmah bagi mengelak insiden-insiden buruk yang boleh menimbulkan prasangka dan kebencian, selanjutnya boleh mengeruhkan hubungan antara agama. Pendekatan Islam sebagai agama samhah (toleransi) dan rahmah (kasih sayang) dalam menyelesaikan isu-isu seperti ini perlu diberi keutamaan.

WADAH juga sependapat dengan pandangan banyak pihak lain bahawa kerajaan perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (Royal Commission of Inquiry-RCI) bagi membuat siasatan lebih rapi dan saksama terhadap kes-kes yang telah terjadi. Selanjutnya tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang bertanggung jawab terhadap ‘kehilangan-kehilangan secara paksa’ ini. Kerajaan juga wajar menyemak sejauh mana keberkesanan peruntukan undang-undang yang sedia ada dalam menangani isu-isu seperti ini. Sekiranya perlu, undang-undang dan akta baru perlu digubal bagi memastikan insiden-insiden seperti ini tidak berulang. Kerajaan juga perlu mempertimbang meratifikasi International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance (ICPPED), 2006, bagi membuktikan kesungguhan kerajaan mempertahankan prinsip-prinsip demokrasi, mendokong kebebasan dan keadilan serta the rule of law serta tidak bertolak ansur sama sekali dengan penganiayaan dan kezaliman.


ABDUL HALIM ISMAIL
Timbalan Presiden

Jumaat, 5 April 2019.

Read 253 times

Info Wadah

Penubuhan WADAH adalah dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir mereka terutama dalam memahami agama Islam serta dalam menanggapi persoalan-persoalan penting yang dihadapi dalam masyarakat. 

Alamat Perhubungan

No 23A-2-2A, Tingkat 2 Jalan Medan Pusat Bandar 2A,  Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
 
Telefon: 603-8920 2142
Faks: 603-8912 2346
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 
 

 

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family