wadah3

wadah3

23 OGOS, Seremban - Ijtima' Harakiy WADAH-ABIM-PPINS Peringkat Negeri Sembilan kali ke-5 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad bersamaan 8 Zulkaedah 1436H bertempat di Dewan Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM, Seremban. Dato' Dr. Siddiq Fadzil selaku Presiden Wadah yang mewakili Pusat turut menyampaikan syarahan perdana yang bertajuk 'Rahmatan Lil'alamin' sekaligus merasmikan muktamar negeri pada kali ini.

                                  

Tagged under

ALOR SETAR - Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah (KOMBES), telah berlangsung Ijtimak Harakiy kali ke 2 pada 22 Ogos 2015, Sabtu yang lalu. Sidang muktamar menyaksikan pertukaran kepimpinan WADAH, ABIM dan Siswazah Muda ABIM Kedah (SISMA). WADAH Pusat telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Shaharuddin b. Badaruddin dan seterusnya merasmikan Ijtima' Harakiy Kedah pada kali ini. 

 

 

 

Tagged under

15 OGOS 2015, Kuching - Telah berlangsung Muktamar Sanawi Wadah Negeri Sarawak dan Pusat telah diwakili oleh Dr. A Bakar Sarpon selaku AJK Pusat. Muktamar WADAH Negeri Sarawak kali ini telah diadakan di surau Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, serentak dengan Muktamar ABIM Sarawak kali ke-36. Majlis Ramah Tamah Aidilfitri turut diadakan pada sebelah pagi sebelum bermula muktamar bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli ABIM dan WADAH.

Moga dakwah di Sarawak dapat diteruskan dan diperhebat untuk tahun-tahun seterusnya. 

Tagged under

KANGAR, Perlis - Muktamar Sanawi Wadah Perlis kali ke-9 telah berlangsung pada 8 Ogos 2015, Sabtu yang lalu bertempat di Sekretariat Wadah Perlis, Taman Guru Jaya, Kangar. SUA Wadah Ab Halim Ismail​ telah hadir mewakili Pusat pada muktamar kali ini. Majlis Ramah Mesra Aidilfitri turut diadakan seusai selesai muktamar.

 

Tagged under
  • Terkini
  • Popular
  • 2 November 2018 / 23 Safar 1440H…
  • 3 November 2018 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…
  • 10 Feb 2018, BANGI - Pusat Infaq…
  • EID MUBARAK 1439H
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • 17 Disember 2017, IPOH - Seminar Politik…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map