A+ A A-
wadah3

wadah3

SARAPAN AMAL & BICARA AMBANG RAMADHAN

 

1 Mei 2019, SG. RAMAL DALAM - Alhamdulillah, telah berlangsung majlis Sarapan Amal & Bicara Ambang Ramadhan pada pagi ini dihadiri seramai lebih 300 para penyumbang, pimpinan dan ahli WADAH-ABIM-PKPIM. Majlis ini merupakan anjuran bersama Pusat Infaq Wadah (PIW), JK Dana serta JK Keahlian WADAH Pusat. Prof. Dato' Dr Siddiq Fadzil telah menyampaikan Bicara Ambang Ramadhan di mana beliau menekankan peri pentingnya infaq dalam kehidupan seorang Muslim serta menggalakkan masyarakat khususnya ahli WAP untuk menyumbang dalam kerja-kerja dakwah dan kebaikan melalui agensi WAP sedia ada. Hal ini turut ditekankan oleh Tn. Hj Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH, yang turut menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Turut hadir sama dalam majlis ialah YB Dr. Ong Kian Ming (MP Bangi) , YB Muhd Haidir Zainuddin (wakil MB N. Sembilan), YB Dato' Ahmad Kasim (Speaker Dun Kedah), Prof. Dato' Dr. Mohd Redzuan Othman (Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan) serta Yg Amat Arif Dato Dr Hj Mohd Naim Mokhtar (Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia).

Terima kasih kepada seluruh penyumbang yang budiman, pengurusan SERI SEMI ABIM Sg. Ramal serta semua yang terlibat. Moga infaq yang diberi menjadi pemberat amalan dan diberkati Allah hendaknya.

SALWA WADAH AND HELWA ABIM PAID COURTESY VISIT TO TURKISH AMBASSADOR TO MALAYSIA

 

23 April 2019, KUALA LUMPUR - SALWA WADAH and HELWA ABIM paid a courtesy visit to H.E. Dr. Merve Kavakci, the Turkish Ambassador to Malaysia this afternoon and had a very fruitful discussion. SALWA WADAH was represented by PM Dr. Nur Izura Udzir (Vice President), Prof. Dr. Zuriati Zukarnain and Mrs. Noraizan Ismail (Assist. Secretary General) together with Ms. Nur Azura Kamarudin (Vice President of ABIM) and Ms. Fatin Nur Majdina Nordin (Exco member of ABIM).

 

H. E. Dr. Merve will be speaking as one of the panel at the International Conference on Women Secirity and Global Challenges on 4 May 2019 at Hotel Bangi Resort, organized by WADAH, ABIM, PKPIM, Bayt al-Rahmah and FAME.

The conference will also feature a keynote address by the YAB Deputy Prime Minister of Malaysia, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

 

May this collaboration will bring more upcoming beneficial program and event for the sake of ummah, In shaa Allah. 

Sembah Tahunaih Titah Ucapanan Ke Bawah DYMM Yang Dipertuan Agong XV

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menzahirkan sembah tahniah atas titah ucapan Ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dalam perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kedua Parlimen.

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) merasakan bahawa titah ucapan Baginda tersebut tepat pada masanya dan sesuai dengan dengan kedudukan DYMM al-Sultan sebagai Ketua Agama yang berperanan memelihara keharmonian dan kesejahteraan umat Islam dalam negara pelbagai kaum dan agama.

Sesungguhnya Wadah berpandangan selaras dengan kepelbagaian kaum,agama dan budaya sejak sebelum merdeka lagi usaha kerajaan telah berusaha mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan rahmatan-lil-alamin yang dilihat sesuai dijadikan panduan beserta dengan aplikasi konsep Maqasid al-Syariah.

Pendekatan Islam Rahmatan Lil Alamin amat releven dalam suasana agama Islam sebagai role model kepada negara-negara Islam yang lain di seluruh dunia. Malaysia telah menjadi negara Islam contoh kepada masyarakat dunia, maka amat tepatlah pendekatan ini menjadi model terbaik kepada umat Islam di negara-negara lain.

Wadah berpandangan bahawa pendekatan ekstrem dan mengambil jalan keras dalam menangani pelbagai isu dalam negara adalah tidak sesuai kerana ianya tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak. Formula hidup secara aman dalam berbagai bangsa (co-existence) serta berkongsi kejayaan dalam membawa negara adalah contoh yang perlu diperkukuh bagi menuju kecemerlangan Malaysia.

Wadah juga menggesa agar pihak kerajaan akan terus menjadikan agenda Islam Rahmatan lil Alamin sebagai teras dalam melaksanakan dasar-dasar negara demi kebaikan rakyat pelbagai kaum. Pemerkasaan budaya dialog dan kerjasama baik antara pelbagai kaum dalam negara akan dapat diperkukuh disamping mempertahankan perlembagaan negara yang menjadi teras keutuhan bangsa dan agama.

Dengan titah KBDYMM Al-Sultan akan memberi panduan kepada seluruh rakyat dibawah payung baginda dengan memperkukuh ajaran Islam di negara ini manakala agama-agama lain mesti dihormati demi keharmonian dan akan terus mendapat barakah dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Daulat Tuanku.


Hasri Harun
Naib Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

WADAH Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Penganjur Perhimpunan LGBT

 

                                        

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melahirkan rasa kecewa dengan insiden Perhimpunan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Ibu Negara yang dicemari dengan kehadiran golongan lesbian, bisexual and transgender (LGBT). Perhimpunan yang dijalankan tersebut telah menimbulkan kekesalan rakyat atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang berselindung disebalik sambutan Hari Wanita.
 
Isu dan perjuangan wanita di dalam negara ini tidak harus difahami menurut kaca mata hak asasi Antarabangsa dan perundangan semata-mata namun haruslah sesuai dengan budaya, agama dan adat setempat. Tindakan memperjuangkan agenda LGBT adalah suatu aspirasi hak asasi yang songsang dan tidak sesuai dengan gaya hidup masyarakat di rantau ini. Apatah lagi agama Islam menolak agenda songsang LGBT yang bertentangan dengan hukum syarak.
 
Tanpa menafikan golongan ini dalam mendapatkan hak hidup sebagaimana rakyat yang lain tetapi ianya tidak menjadi tanggungjawab kerajaan untuk bertolak ansur dengan nilai dan budaya yang bertentangan dengan adat ketimuran. Kebebasan yang diperjuangkan bukanlah tiket bagi golongan ini untuk menuntut pelbagai hak yang tidak selari dengan hak kemanusiaan sejagat. 
 
Wadah menyokong saranan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar pihak Kementerian Dalam Negeri  mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan terbabit. 
 
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia menolak sebarang usaha memperjuangkan hak asasi songsang yang boleh menjejaskan kemurnian hidup masyarakat dalam negara. Perjuangan golongan tersebut menggambarkan seolah-seolah wanita dan hak asasi dinegara ini telah dirosakkan. Betapa banyak usaha yang dilakukan kerajaan telah mengangkat martabat wanita dinegara ini yang dinafikan golongan tersebut. Sindrom penafian yang mereka pegang telah menjadi asas pelbagai tuntutan yang amat tidak bertanggungjawab.
 
Justeru, Wadah menggesa pihak kerajaan agar segera mengambil tindakan atas pihak-pihak terbabit agar usaha sebegini tidak akan menganggu ketenteraman kaum dan agama dinegara ini.
 
Hasri bin Harun
Naib Presiden
 
 
 
Media link : https://www.sinarharian.com.my/article/17518/BERITA/Nasional/Penganjur-himpunan-LGBT-perlu-dikenakan-tindakan-tegas?fbclid=IwAR2dGLf-sWbVJ8JbIoP9vGG7TpurWyCAnxhnO7hL0U-LafiLMXL8KmnTEq8