wadah3

wadah3

UMS, Sabah - Ijtima' Harakiy dan Muktamar Sanawi WADAH Negeri berakhir pada hujung minggu yang lalu dengan berlangsungnya tiga muktamar Negeri termasuklah Sabah. Ijtima' Harakiy negeri pada kali ini telah diadakan pada 5 & 6 September 2015 bertempat di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seperti negeri yang lain, WADAH Sabah turut tidak ketinggalan dalam menganjurkan konvensyen ilmu pada muktamar kali ini bertajuk 'Konvensyen Dunia Islam: Islam Rahmat Sarwa Alam' yang berlangsung pada 5 September 2015. Tn. Hj. Ahmad Azam Abd Rahman selaku Timbalan Presiden WADAH telah hadir mewakili Pusat. Beliau turut menyampaikan syarahan bertajuk 'Islam dan Masyarakat Majmuk: Cabaran Aktualisasi Rahmat Sejagat' pada konvensyen tersebut. Muktamar Sanawi Sabah kali ke-2 diadakan pada keesokannya, 6 September 2015.  

 

Tagged under

KUALA LUMPUR, UTM - Ijtima' Harakiy dan Muktamar Sanawi WADAH peringkat Wilayah Persekutuan telah berlangsung pada 5 September 2015 yang lalu. Bertempat di UTM Jalan Semarak, Dr. Ab Halim Muhammad yang mewakili Pusat ke Muktamar WADAH Wilayah Persekutuan kali ini turut menyampaikan ucaptama bertajuk 'Penghayatan Islam Agama Rahmat dalam Pembinaan Bangsa Malaysia' sempena Seminar Rahmat '15 yang turut diadakan pada sebelah pagi. Antara panel lain yang turut terlibat serta tajuk yang dibincangkan dalam Seminar Rahmat '15 adalah seperti berikut:

1. Hj. Asri Abdul (WADAH Wilayah Persekutuan), 'Maqasid Syariah dalam Pembinaan Ekonomi'

2. Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail (Grup Peguam ABIM), 'Undang-undang Sivil vs Undang-undang Syariah'

3. Saudara Ooi Kok Hin (Universiti Terbuka Anak Muda), 'Elemen yang Menghalang Pembinaan Masyarakat Majmuk'

4. Saudara Jacob Simon (Friendship Group for Inter Religious Service-FGIS), 'Kerjasama Pertubuhan Agama untuk Keharmonian Negara: Pengalaman FGIS'

Tagged under

BATU GAJAH, Perak - Ijtima' Harakiy dan Muktamar Sanawi WADAH Negeri Perak telah berlangsung pada 6 September 2015 bersamaan 22 Zulkaedah 1436 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM). Setiausaha Agong, Ab Halim Ismail turut hadir ke muktamar Perak kali ini mewakili Pusat. Beliau turut menyampaikan syarahan perdana bertajuk ' Islam Sebagai Rahmat Sejagat, Masyarakat Majmuk dan Pembinaan Hidup bersama Secara Aman dan Saling Menghormati' bersempena Seminar Islam Rahmatan Lil 'Alamin yang turut dianjurkan pada muktamar kali ini.

 

 

Tagged under

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengalu-alukan penubuhan parti politik baru, yang diwar-warkan bakal menggunakan nama Parti Amanah Negara (PAN), sebagai satu perkembangan positif yang membantu menyuburkan amalan demokrasi dengan sistem pelbagai-parti (multi-party system) yang menjadi amalan di negara ini. Selain dari memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memilih parti politik yang difikirkan lebih mampu memenuhi aspirasi mereka, penubuhan parti baru ini juga diharap dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan parti-parti politik yang sedia ada, agar masing-masing berusaha lebih keras menawarkan pendekatan dan penyelesaian yang lebih baik terhadap pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan negara, terutama di akhir-akhir waktu ini ketika negara dilanda dengan berbagai kemelut dan masalah termasuk krisis kepimpinan.

WADAH turut mengalu-alukan kenyatan Mohammad Sabu bahawa parti politik baru ini akan menjadikan Islam dan Syari’ah sebagai dasar perjuangan dan bakal membuka keahlian kepada bukan-Islam sebagai ahli dan pimpinan. Dengan dasar yang demikian, WADAH berharap parti baru ini tidak hanya berjuang bagi mendapatkan kuasa, tetapi juga memanfaatkan siasah syar’iyyah dalam pendekatannya dan berusaha menjadikan maqasid al-syari’ah sebagai matlamat perjuangannya. Lebih jauh lagi, adalah menjadi harapan kami agar parti politik baru ini turut membantu membina ‘amalan politik beramanah dan bersih’, iaitu ciri-ciri politik yang semakin hari semakin pupus dari budaya politik negara.

WADAH berharap pihak pemerintah akan akur kepada prinsip-prinsip demokrasi yang memberi kebebasan berpersatuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan memberi laluan kepada penubuhan parti baru ini. WADAH juga menyeru supaya masyarakat Malaysia menerima kehadiran parti baru ini dengan tangan terbuka dan dengan sikap yang positif serta memberi peluang kepada parti ini membuktikan kemampuannya beraksi di pentas politik tanah air.

 

ABDUL HALIM ISMAIL

Setiausaha Agung

Tagged under
  • Terkini
  • Popular
  • Sistem Nilai Islam Dalam Era Pascamoden Dan…
  • 12 Julai 2017, GOMBAK - Alhamdulillah selesai…
  • Pernyataan Sikap ISU LARANGAN MENUTUP AURAT PEKERJA…
  • Pernyataan Wadah sempena Hari Kemerdekaan ke-60 dan…
  • Memperingati 15 Julai 2016: Kemenangan Rakyat Turki…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map