A+ A A-
wadah3

wadah3

SELAMAT HARI GURU 2018 : “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”.

Sekretariat Hal Ehwal Wanita (SALWA), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengucapkan ;
 
SELAMAT HARI GURU 2018
 
kepada semua warga PENDIDIK,
baik yang bergelar “guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah, professor”, dan sebagainya.
 
Sambutan Hari Guru pada tahun 2018 ini bertemakan “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”.
Tema ini dipilih bagi membuktikan peri pentingnya peranan guru sebagai agen dalam memperteguh transformasi pendidikan negara selaras dengan PPPM 2013-2025.
Guru memainkan peranan sebagai pemacu transformasi pendidikan dalam memastikan kejayaan dan aspirasi dasar-dasar transformasi negara tercapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru juga berperanan besar dalam menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan. [pendidik2u.my]
 
Pendidik berperanan untuk mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian pelajar secara menyeluruh dan seimbang yang akan mencorakkan masa depan negara, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugas sebagai guru harus dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab, serta dengan penuh dedikasi dan cemerlang, kerana ia tugas yang sangat penting untuk membimbing dan membentuk pelajar agar menjadi insan seimang dari segi kognitif (intelektual), afektif (insaniah), dan psikomotor (kemahiran praktikal).
 
Gersang bumi tanpa hujan,
Gersang akal tanpa ilmu,
Gersang hati tanpa iman,
Gersang jiwa tanpa amal.
 
Akal perlu dipandu dengan ilmu, dan hati dibimbing dengan iman. Namun ilmu yang tinggi akan sia-sia jika tidak diamalkan, dengan berpandukan iman. Justeru, kita seharusnya menekankan kepada pendidikan bersepadu yang bukan sahaja bermatlamatkan pencapaian akademik semata-mata, tetapi lebih menitik beratkan pembinaan peribadi berpaksikan keimanan dan prinsip nilai dan akhlak. Pendidikan WATAK harus diberi penekanan seiring dengan pendidikan OTAK.
 
Jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, setiap kita adalah pendidik, dan harus berperanan untuk mendidik anak bangsa dengan menyampaikan ajaran yang baik, sesuai dengan saranan Rasulullah s.a.w.,
“Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat.”
 
Setinggi penghargaan kepada semua guru dan pendidik yang tidak pernah jemu menyumbangkan tenaga, menyampaikan ilmu, dan mendidik anak bangsa. Semoga semua ilmu yg dicurahkan bermanfaat dan menjadi amal soleh sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
 
Selamat Hari Guru 2018.
 
Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir
Naib Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

CONGRATULATIONS TO ALL MALAYSIANS: CELEBRATING THE SPRING OF DEMOCRACY

 

CONGRATULATIONS TO ALL MALAYSIANS: CELEBRATING THE SPRING OF DEMOCRACY 

1. The Movement for an Informed Society Malaysia (WADAH) congratulates Malaysians for voting in Pakatan Harapan to form a new government replacing the incumbent Barisan Nasional which has been in power for more than 60 years. 

2. This change of government is the first in the history of the nations elections. It was unexpected and surprised many. 

3. This shows democracy has matured and bloomed where the change in government is no longer impossible if the people are determined and uphold their right to choose. 

4. A two party system competing to form a government in a constitutional democracy is already a new reality for Malaysians. 

5. In the swearing in ceremony as the 7th Prime Minister at the Royal Palace yesterday night, Tun Dr Mahathir has created history by becoming the oldest prime minister at the age of 93. He has also made a record in becoming Prime Minister for the second time after a lapse of 15 years after he had left office as the 4th Prime Minister. 

6. 9th May 2018 shall be remembered as a sacred day where the people themselves proved that the power and will of the people can never be taken for granted by any ruling government. 

7. The victory of Pakatan Harapan means that people yearn and aspire for these:-

i) Justice for all

ii) Ensuring the separation of powers of the legislative, executive and  judiciary

iii) Implementing fair and distributive economics transcending and reaching out to all races and ethnicity 

iv) Upholding the sovereignty of the constitution. 

8. Twenty years has been a long journey for the fight and struggle for reform – ‘Reformasi’. The change in government proves that the struggle was not in vain. The people embraced the spirit of Reformasi and made it triumphant.  

9. Islam was made a central issue throughout the elections polemics. WADAH is of the view that the challenge in actualizing Islam as rahmatan lil ‘alamin – a blessing and mercy for mankind – needs a strong commitment for deep understanding among policy makers. 

10. WADAH hopes that Dato’ Seri Anwar Ibrahim shall be immediately released from prison to once again breathe the refreshing air of freedom which he had struggled for all these long years. The winning combination and successful pairing  of  Tun Mahathir dan Dato’ Seri Anwar shall in all confidence bring back the glory of Malaysia like they achieved before this. 

11. ALlahu Akbar! ALlahu Akbar! ALlahu Akbar!

 

AHMAD AZAM AB RAHMAN

Presiden 

WADAH Percerdasan Umat Malaysia/Movement for an Informed Society Malaysia

11 May 2018

Tahniah Rakyat Malaysia: Demokrasi Semakin Mengakar

 

 

Tahniah Rakyat Malaysia : Demokrasi Semakin Mengakar

 

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan setinggi tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah memilih Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan yang baharu menggantikan Barisan Nasional yang telah memerintah lebih dari 60 tahun yang lalu.


2. Pertukaran kerajaan yang buat pertama kali berlaku dalam sejarah pilihanraya negara ini adalah sesuatu yang tidak diduga malah memeranjatkan ramai pihak.


3. Ini bermakna demokrasi sudah matang yang mana pertukaran kerajaan bukan lagi sesuatu yang mustahil sekiranya rakyat memilih untuk berbuat demikian.


4. Sistem dua parti yang bersaing untuk menubuh kerajaan dalam sistem demokrasi berperlembagaan sudah menjadi realiti baru rakyat Malaysia.


5. Dengan pengangkatan sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh sebentar tadi,Tun Dr Mahathir telah mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri tertua yang berumur 93 tahun. Malah sejarah baru juga dilakar oleh beliau kerana menjadi Perdana Menteri buat kali kedua setelah selang 15 tahun meletakkan jawatan yang sama sebagai Perdana Menteri ke-empat.


6. Tarikh 9 Mei 2018 adalah tarikh keramat kerana rakyat telah membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat yang tidak boleh diambil mudah oleh kerajaan yang memerintah.


7. Pemilihan kerajaan Pakatan Harapan bermakna rakyat mendambakan i) keadilan untuk semua, ii) mempertahankan pengasingan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman, iii) melaksanakan pemerataan ekonomi merentas kaum dan iv) menjunjung keluhuran perlembagaan.


8. 20 tahun adalah suatu penantian yang panjang untuk sebuah perjuangan reformasi. Namun perubahan kerajaan yang berlaku pada PRU14 ini membuktikan bahawa ianya bukanlah suatu perjuangan yang sia-sia. Rakyat telah menyambutnya dengan semangat reformasi yang membara.


9. Isu Islam telah menjadi sentral dalam polemik pilihanraya, dan WADAH berpendapat bahawa cabaran untuk merealisasikan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin perlu kepada komitmen kefahaman yang mendalam di kalangan pembuat dasar.


10. WADAH berharap Dato Seri Anwar Ibrahim segera dibebaskan dari penjara untuk menghirup udara kebebasan yang diperjuangkannya sejak lama. Gabungan Tun Mahathir dan Dato Seri Anwar diyakini akan mengembalikan kegemilangan Malaysia yang pernah dicipta dahulu.


11. ALlahu Akbar! ALlahu Akbar! ALlahu Akbar!

 

 

Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden,
WADAH Pencerdasan Umat Malaysia
10 Mei 2018

Pengenalan Anjung Rahmat

 

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah ditubuhkan untuk :

   1. Mengembleng tenaga da'ie bagi melaksanakan program-program dakwah secara lebih terpadu.

   2. Menyediakan ruang bagi melatih tenaga-tenaga dakwah yang kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas dakwah.

   3. Menjadi wahana bagi melaksanakan program-program dakwah dan kesedaran sosial yang dapat meningkatkan rasa tanggungjawab masyarakat terhadap agama, bangsa dan negara.

 

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, WADAH telah membangunkan Pusat Dakwah dan Tarbiah yang kini dikenali dengan nama 'Anjung Rahmat'. Dibina di atas sebidang tanah berukuran lebih kurang 1,045 meter persegi (11,248 kaki persegi) di Lot 2996, Persiaran Makmur, Sg. Merab Luar, Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk :

   1. Menganjurkan program latihan bagi tenaga penggerak masyarakat dan sukarelawan agar lebih kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas dakwah,kesukarelawan dan kemanusiaan.

   2. Menyediakan kemudahan penginapan dan premis untuk tujuan sewaan kepada badan kerajaan atau NG0-NGO yang melaksanakan aktiviti pendidikan bukan formal atau peserta yang mengikuti latihan, di samping orang awam yang memerlukan kemudakan bilik inap.

   3. Menyediakan ruang bagi melaksanakan program pendidikan lanjutan kepada masyarakat setempat yang meliputi kuliah pengajian Islam, kursus/seminar kekeluargaan dan kesedaran sosial agar dapat meningkatkan rasa tanggungjawab masyarakat kepada agama, bangsa dan negara.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
            

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

                           Logo Anjung Rahmat.                                                    Bangunan Anjung Rahmat di Sg. Merab.