wadah3

wadah3

Memperingati 15 Julai 2016: Kemenangan Rakyat Turki Mempertahankan Demokrasi

 

 

 

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan setinggi tahniah kepada rakyat Turki sempena setahun memperingati Percubaan Kudeta terhadap Kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyib Erdoğan yang dipilih rakyat melalui pilihanraya.

 

2. Rakyat Turki telah mempertaruhkan darah dan nyawa demi mempertahankan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi. Seramai 250 jiwa terkorban dan 2200 lagi mengalami kecederaan akibat serangan pihak tentera yang menganggotai Gerakan Fethullah Gulen yang dilabel sekarang sebagai Fethullah Gulen Terrorist Organizatio ( FETO).

 

3. Percubaan Kudeta berdarah 15 Julai ini merupakan antara beberapa siri pengkhianatan dalaman dengan sokongan Barat untuk menjatuhkan Kerajaan AKParti pimpinan Recep Tayyib Erdoğan sejak 2002. Antaranya Demonstrasi Anti Kerajaan, yang terkenal sebagai Gezi Park, 28 Mei 2013, Tuduhan Rasuah terancang oleh Institusi Kehakiman pada 17 Disember 2013. Kudeta 15 Julai 2016, adalah usaha yang mutakhir dan paling terancang serta paling berdarah.

 

4. Walaupun AKParti telah memilih jalan demokrasi untuk meraih tampuk kekuasaan, namun Kuasa Barat tidak menyenanginya kerana Erdoğan melaksanakan dasar kehendak rakyat iaitu Turki kembali bebas menentukan haluannya,iaitu kembali kepada kekuatan Islam sekaligus meninggalkan Model Barat yang dianuti Pemerintah Turki sebelum ini.

 

5.Erdoğan telah berjaya membuktikan bahawa Islam dan Demokrasi sangat selari dan 'compatible' serta bukan suatu masalah untuk dilaksanakan dalam pemerintahan bernegara. Model Turki mulai menarik perhatian khususnya dunia Islam di Timur Tengah yang umumnya masih menganut sistem beraja yang feudalistik dan sistem pemerintahan tentera yang otokratik.

 

6. Justeru itu bukanlah suatu yang menghairankan ketika berlaku Kudeta, negara Barat membisu dan negara Arab menikus. Sedangkan sepatutnya, negara Barat yang mendabik dada sebagai juara demokrasi menjadi pembela Kerajaan Turki yang sah dipilih oleh rakyat. Namun apa yang berlaku, adalah sebaliknya. Negara Barat membuat kenyataan yang hambar tanpa sebarang komitmen mempertahankan Turki.Dunia Islam umumnya terus membisu kecuali beberapa negara yang berani menyatakan sikap tegas menyokong Turki.

 

7.Apa yang dilalui Turki dibawah kepemimpinan Erdoğan ialah cabaran untuk membebaskan diri dari cengkaman Barat terhadapnya sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Misi pembebasan ini pastinya terpaksa melalui pelbagai cabaran. Namun demikian, sejak berlakunya Percubaan Kudeta 15 Julai 2016, bila rakyat sanggup berkorban jiwa dan raga kerana misi besar ini, maka rasanya Turki sudah muncul sebagai pemimpin dan pembela dunia Islam untuk misi pembebasan dari hegemoni Barat.

 

7. Musuh Turki selain kuasa Barat, ialah negara-negara Islam yang masih rela menjadi abdi dan budak suruhan Barat untuk kekal berkuasa dan membutakan mata terhadap perubahan dunia yang sedang berlaku.

 

8. WADAH sekali lagi ingin menegaskan akan sokongan terhadap rakyat dan negara Turki dan usaha Misi Pembebasan ini dan berdoa agar Rahmah dan Barakah terus dilimpahi ALlah kepada Presiden Recep Tayyib Erdoğan.

 

 

 

Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden,
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

16 Julai 2017.

 

 

 

Nota : Disertakan link bagi kenyataan media di atas yang turut mendapat liputan portal web dalam dan luar negara.

 

 

Selangorkini, Malaysia - https://selangorkini.my/2017/07/memperingati-15-julai-2016-kemenangan-rakyat-turki-mempertahankan-demokrasi/

 

Portalsatu, Indonesia - http://portalsatu.com/read/news/ahmad-azam-peringatan-15-juli-kemenangan-rakyat-turki-mempertahankan-demokrasi-31898

 

Anadolu Ajansi, Turki - http://aa.com.tr/tr/15-temmuz-darbe-girisimi/wadah-genel-baskani-rahman-turk-halki-devletini-cani-ve-kaniyla-savundu/862765

 

Tagged under

12 Julai 2017, GOMBAK - Alhamdulillah selesai sudah Majlis Jamuan Aidilfitri WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) dan Agensi yang diadakan di Perkarangan Dataran Sekretariat Abim Pusat , Taman Cemerlang, Kuala Lumpur yang bermula pada jam 11:30 pagi sehingga jam 4:00 petang.

Turut hadir ke majlis ini ialah barisan pimpinan Wadah Pencerdasan Umat seperti Tn. Hj. Ahmad Azam Ab Rahmanselaku Presiden Wadah serta barisan pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Semoga pertemuan di antara rakan-rakan jemaah dengan agensi di majlis yang mulia ini dapat menguatkan lagi hubungan silaturahim agar urusan kerja masa akan datang dapat dipermudahkan bersama izin-Nya Insyaallah.

 

Tagged under

ALlahu Akbar, ALlahu Akbar, ALlahu Akbar. Alhamdulillah berakhirnya Ramadhan, tibanya Syawal bermakna kekentalan spiritual melalui Tarbiah Rabbani bakal mempersiapkan diri untuk memikul taklif Islah ketika fasad makin menggejala. 


Jumlah pelarian perang meningkat ke 65 juta jiwa mengikut perangkaan UNHCR tahun 2016. Perang Afghanistan sejak 2001 dan seterusnya Iraq, Libya, Syria dan Yaman mengakibatkan dunia Islam berantakkan, berpecah dan semakin lemah. 


Krisis politik negara juga semakin parah. Kes 1MDB telah menjadikan Malaysia fokus media antarabangsa sebagai negara kleptokrasi yang sarat dengan rasuah berskala mega. 


Sempena menyambut Eidul Fitri yang mulia ini, WADAH menyarankan atas semangat persaudaraan, semangat kembali kepada fitrah insani, semangat berma'af-ma'afan, agar semua lapisan masyarakat baik di peringkat tertinggi hingga ke lapisan terbawah, pihak Pemerintah mahupun Pembangkang punya 'political will' atau keazaman politik untuk mencari titik temu ke arah penyelesaian kefasadan yang telah menarik perhatian dunia antarabangsa. Kegagalan untuk berjiwa besar bagi menangani kefasadan ini, maka sejarah akan menghukum generasi ini yang menjerumuskan negara ke lembah kehancuran. 


Semoga Syawal ini menjadi momentum ke arah kesejahteraan umat dan negara tercinta. 


ALlahu Akbar, ALlahu Akbar, ALlahu Akbar wa lilLahil hamd.

 

 

Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden 
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
1 Syawal 1438H/25 Jun 2017

Tagged under

[PENYATAAN SIKAP WADAH]

Pemboikotan Qatar dan Senarai Pengganas Termasuk Sheikh Qaradawi Hanya Mencipta Krisis Dalaman umat.

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia dengan ini menyatakan sokongan dan dokongan kepada Qatar dan menggesa semua pihak untuk turut serta  dalam usaha mencari titik perdamaian di bulan Ramadhan yang mulia ini.

1. Tindakan memboikot Qatar ini akan hanya menimbulkan perpecahan dalaman umat yang tidak berfaedah malah menguntungkan musuh Islam.

2. Seluruh tenaga sepatutnya digembleng untuk membebaskan Palestin dari penjajahan Israel, dan HAMAS yang memperjuangkan pembebasan itu wajib disokong dan dibantu. Keputusan menyenaraikan HAMAS sebagai Gerakan Pengganas adalah strategi Israel untuk melumpuhkan sebarang usaha untuk membebaskan tanah Palestin.

3. Keputusan menyenaraikan Ikhwan Muslimin juga suatu tindakan yang hanya menguntungkan Israel memandangkan pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat di seluruh Timur Tengah telah menimbulkan ruh al jihad untuk umat Islam terus memperjuangkan pembebasan Kota Suci ketiga umat Islam.

4. Lebih malang, keputusan menyenaraikan Sheikh Yusof Al Qaradawi sebagai pengganas, sedangkan beliau adalah ulama yang tersohor dan dihormati dunia Islam disamping mengetuai Kesatuan Ulama Islam Sedunia adalah tindakan yang paling menguntungkan Israel dan musuh Islam.

5. Justeru itu, peranan Turki dan Kuwait untuk mencari titik damai melalui pintu rundingan adalah sesuatu yang wajar dan wajib disokong oleh Pertubuhan Kerjasama Negara Islam ( OIC).

6.Negara Islam lainnya tidak sepatutnya campur tangan dan menyokong tindakan memboikot Qatar ini. Tuduhan keatasnya amatlah meragukan disegala segi.

7.Semoga kemuliaan bulan Ramadhan membuatkan semua pihak terbabit lebih tawadhu' dan insaf bahawa bulan ini adalah bulan pengampunan, bulan persaudaraan, bulan merapatkan Ukhuwwah sesama umat, dan bukannya bulan permusuhan.

 

AHMAD AZAM AB RAHMAN

Presiden

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia.

9 Jun 2017/14 Ramadhan 1438H

Tagged under
  • Terkini
  • Popular
  • Memperingati 15 Julai 2016: Kemenangan Rakyat Turki…
  • ALlahu Akbar, ALlahu Akbar, ALlahu Akbar. Alhamdulillah…
  • [WADAH MEDIA STATEMENT] ISOLATING QATAR ONLY CREATES…
  • [PENYATAAN SIKAP WADAH] Pemboikotan Qatar dan Senarai…
  • 29 April 2016, Jumaat - Majlis Antarabangsa…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map